Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Tuesday, December 2, 2008
Exam
Hari ini aku menduduki kertas terakhir dalam peperiksaan semester ini..Tension... itulah yang dapat aku katakan..Soalan agak susah dan memeningkan namun tidaklah begitu susah jika modul dan kuliah dapat diikuti dengan sempurna.
Malangnya ...sebab belajar sambil bekerja memerlukan banyak pengorbanan masa. Dalam erti kata lain , aku dan rakan-rakan sepengajian tidak pernah punya masa yang secukupnya untuk diagihkan sama rata antara kerja, pengajian, rehat dan rumah tangga..Semuanya menuntut masa ..
Kesannya..masa untuk studi dan kuliah tidak seimbang dengan masa yang diluangkan untuk kerja dan rumah tangga. Masa untuk kerja dan keluarga sudah semestinya tiada tolak ansur..Masa untuk kerja adalah wajib..tanpa kerja..segalanya akan punah termasuk pengajian itu diborongnya..gitu juga dengan rumahtangga..
Akhirnya...daripada tolak dan ansur itu tadi..pengajianlah yang menjadi mangsa.Masa studi dan kuliah kadangkala terpaksa dikorbankan untuk yang lebih senior iaitu kerja dan keluarga. Akibatnya...aku tension kerana jawapan kertas peperiksaanku agak kurang sempurna.
Alangkah baiknya jika aku mempunyai lebihan masa yang kini hanya ada 24 jam sehari..Jika 25 atau 26 jam sehari ? Mungkinkah..segalanya perlu ku fikirkan dan ku pertimbangkan..Gitu ler apabila sudah tension..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment