Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pada tahun 1986 dulu, aku dapat satu pengalaman yang berharga. Pengalaman ditahan polis. Inilah kali pertama aku ditahan polis. Selama ini aku tak pernah tahu bagaimana rasanya ditahan pihak polis.
Kejadian ni berlaku sewaktu aku dan rakan-rakan keluar lepak kat KL. Hari Sabtu tiada kuliah di ITM. Jadi aku pergi ke UM dan bercadang untuk tidur di asrama kawan-kawan kat UM.Malam tu aku, Chot, Ag, Kri dan beberapa orang kawan keluar ke KL. Kami menunggang motorsikal. Sampai kat Pertama Komplek, kami pun lepak-lepak kat situ sambil berbual-bual.Jam belum lagi sampai pukul sepuluh .Tiba-tiba jer ada sekumpulan orang datang pegang bahu dan minta kad pengenalan. Sesiapa yang lepak kat situ semuanya kena minta kad pengenalan. Aku pula tak ada kad pengenalan tulen.Hanya ada kad pengenalan sementara saja sebab baru tukar kad pengenalan di JPN. Masalah ler..
Polis tu kata aku ni orang Indon kot. Dia tak percaya dengan kad pengenalan sementara tu. Sumpah-sumpah aku bagi tau kata aku orang sini, pelajar ITM. Mujur ada kat matrik ITM. Dah tu semua kawan-kawan kena tunjuk kad matrik. Kekawan semua budak UM, aku seorang jer budak ITM.
Selepas tu , semua yang lepak kat situ kena angkut dengan trak polis ke sebuah balai polis. Entah balai polis apa..Aku pun dah tak ingat lagi.Berbondong-bondonglah kami naik trak polis malam tu. Rasa malu juga sebab ramai orang tengok. Tapi peduli apa, bukannya ada orang kenal.Sampai di balai polis semua kena beratur dan duduk mencangkung atas tar. Hessh..rasa macam ahli kongsi gelap pula waktu tu..Kami kemudiannya dipanggil seorang demi seorang untuk diambil maklumat. Sampai giliran aku, pegawai polis tu berleter panjang. Dah ler kad pengenalan tak ada, merayau pulak malam-malam sedangkan mak bapa hantar ke ITM untuk belajar. Bukan untuk lepak-lepak. Dia ugut nak repot kat mak bapa aku. Lorat juga aku waktu tu..
Tapi aku cuba bertenang..rilek ler encik. Saya dan kawan-kawan cuma nak release tension. Bukannya buat benda tak baik pun. Cuma ambil angin malam ja..Mujur pegawai polis tu cuma gempar aku saja. Kalau tidak kacau aku. Mesti susah juga nak jawab dengan mak bapa.
Selepas hampir dua puluh minit bersoal jawab dan diambil maklumat serta dengar syarahan panjang lebar pegawai tu, aku disuruh duduk mencangkung di atas tar. Tunggu giliran kekawan aku pula untuk diambil maklumat. Setelah selesai , kami semua berjalan kaki keluar dari balai polis menuju ke Pertama Komplek untuk ambil motorsikal.
Mood untuk lepak malam tu sudah hilang. Semua dah tak berminat nak rilek kat situ lagi. Ambil motorsikal terus balik ke asrama UM. Itulah kali pertama aku ditahan polis. Baru aku tahu macam mana rasanya ditahan polis. Lain macam saja rasanya..tapi syok pun ada juga sebab dapat rasa pengalaman macam tu.
Pengajarannya, jangan suka merayau pada waktu malam!
No comments:
Post a Comment