Pages - Menu

Tuesday, December 9, 2008

Tanah runtuh

Aku terfikir juga dalam masa dua tiga hari ini. Mengapa berlakunya tanah runtuh? Negara kita ni bukannya berada dalam kawasan gempa bumi tetapi kejadian tanah runtuh ni berlaku juga. Apabila kejadian ni terjadi maka macam-macam yang pakat cakap. Nak ambil tindakan le, kuat kuasa undang-undang dan sebagainya. Tapi semua cuma cakap saja. Abis saja perasaan takut , keadaan masih seperti dulu-dulu gak. Tak berubah pun. Cakap tak serupa bikin...


Kalau ditengok keadaan rumah dan kawasan persekitaran, semua rumah tu hebat-hebat. Bukan macam rumah kat kampung. Jauh sekali ler kalau dibandingkan dengan dangau aku kat gunung ni. Tok nenek kita sejak dulu lagi dah buat dangau kat gunung tapi tak ada pulak masalah macam ni.Dah tu tok nenek dulu-dulu bukan ada belajar geologi dan kejuruteraan pun tapi mereka menghormati alam sekeliling. Macam hormat kat manusia juga.

Bukan setakat buat dangau atau rumah kampung kat gunung tapi siap pulak buat dusun dan kebun. Tapi tok nenek kita tak lah pula mencabul alam sekitar seperti orang sekarang. Orang sekarang langsung tak hormat pada alam sekitar. Ikut suka saja..Mungkin kerana perangai yang macam ni lah yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh tu.

Satu lagi..ini adalah ujian dari Allah . Kita boleh tengok macam mana manusia yang hidup senang-lenang menghadapi susah payah dan penderitaan yang selama ini dirasai oleh orang yang susah dan miskin. Sampai ada orang yang meluahkan rasa hati kat Azmin Ali sebab petugas tak tolong bini dia angkat barang. Sebab tak tolong bini dia angkat barang sajaa..Orang yang miskin dan susah..Siapa yang yang tolong selama ni..Sabarlah banyak-banyak..Gitu lah rasanya.

Bala dari Allah pun boleh jadi juga..semasa tsunami dulu pakat insaf sekejap.Kemudian lupa pula, buat macam-macam yang dilarang. Cakap macam-macam perkara yang boleh dikira takbur. Hiburan yang keterlaluan dan melampau. Kejahatan, penindasan,tipu orang, maksiat yang tiada batasan dan entah apa lagi. Jadi, hukuman Allah akan datang tanpa mengira waktu. Jika kita lupa pada Allah , pasti Allah akan lupakan kita.

Dalam Quran ada cerita tentang bumi yang diterbalikkan..Semua sudah diterangkan dan kita perlu insaf dan mengambil iktibar. Bala yang menimpa adalah disebabkan oleh apa yang manusia lakukan selama ini. Simpati untuk yang ditimpa mala petaka tanpa mengira sesiapa..kita hanya manusia..Allah Maha Berkuasa.

No comments: