Pages - Menu

Saturday, December 13, 2008

Berkelah pula..

Kelmarin aku dan keluarga pergi berkelah kat Titi Hayun di Yan . Air terjun ni terletak di kaki gunung Jerai. Sebenarnya di sini, aku dan keluarga dah selalu sangat berkelah kat sini. Entah dah berapa kali. Bagi aku , tempat ni boleh la untuk lepaskan tension dan boring. Tapi tak lah best sangat. Kategorinya, boleh ler..dari tak tahu nak buat apa-apa tu..lepak la kat sini..main - main air..

Di sini ada jambatan gantung..titi hayun , kata orang Kedah. Mungkin sebab jambatan tu terhayun-hayun sewaktu melaluinya..maka dinamakan Titi Hayun.

Banyak batu-batu besar dari puncak gunung. Kalau minat dengan batu ni boleh muat lori bawa balik rumah. Buat dekorasi kat rumah lak..

Hari tu ramai sangat orang kat situ. Jadi tak berapa best sangat sebab tak ada tempat yang bagus untuk lepak. Air pun tak gitu deras kerana sekarang musim kering..tak ada hujan..Tapi bagus juga sebab tak takut batu jatuh dari atas di bawa arus sungai sewaktu hujan lebat di hulu sungai.

Ini pula persimpangan untuk ke air terjun Puteri Mandi. Jaraknya 3km dari Titi Hayun. Jauh tu..aku malas nak je sana kerana agak jauh. 3km jalan kaki pergi dan 3km pula untuk balik ke sini. Tak payah pergi ler. Lepak sini jer. Lagi satu ..tak ramai orang yang aku nampak pergi ikut jalan tu..jalan tu sunyi..adalah satu dua couple yang ikut jalan sunyi tu..cari tempat sunyi jer couple tu..

Ini pemandangan di sepanjang tebing sungai tu..Hutan saja..Bagus untuk pencinta alam..Ada ketenangan dan kedamaian.



Sebenarnya ni gambar aku turun setelah malas nak pergi lebih jauh ke bahagian atas air terjun tu. Aku cuba naik ke atas , nak cari tempat yang strategik tapi semuanya penuh dengan manusia yang bawa anak-pinak dan cucu serta menantu untuk berkelah. Ada bawa khemah, bakar ikan, gantung buaian dan penyidai kain. Baik aku blah ke bawah..

Ini pulak Tangga Kenari. Kalau rajin boleh panjat anak tangga untuk ke bahagian aras. Tapi tak nampak sesiapa pun yang ikut anak tangga tu. Sempena anak tangga ni maka tempat ni juga dikenali sebagai 'Tangga Seribu'. Tangga ni agak bahaya untuk didaki jika bersendirian. Kata orang ada banyak beruk kera kat atas yang akan kacau kita jika kita tak biasa. Satu lagi boleh sesat kat atas gunung tu.. Jumpa Puteri Gunung Jerai le..



Ini pula jalan untuk ke Tangga Kenari tu. Pemandangannya best juga..aman jer tapi kalau seorang diri tu seram juga sebab tak biasa. Tapi kat situ ada dusun buah-buahan.


Dah boring berendam dalam air sejuk gunung Jerai, kami pergi lepak-lepak kat Pantai Murni. Pantai ni pantai jenis berselut. Jadi nak berenang tu tak boleh ler..cuma tengok laut dan ambil angin laut saja..Lepak sambil makan rojak & laksa kat kerusi batu tu..sambil layan-layan..


Dari jauh tu kelihatan sebuah pulau yang dinamakan Pulau Bunting. Pulau Bunting ni dihubungkan dengan sebuah jambatan ke tanah besar. Boleh nampak dari pantai ni..Untuk ke sana kena pergi ikut jalan Sungai Kering..


Best juga petang-petang, lepak kat sini sambil dengar ombak menghempas ke pantai.Boleh ler makan-makan kat gerai di sini..Angin menderu-deru..oooh , syahdu..


Ni ler gambar Pekan Yan. Pekan kecil saja. Kami singgah beli kuih kat sini semasa perjalanan balik.


Balik singgah kat restoran Joe Cendol Pulut pula.Singgah sembahayang Asar dan tumpang ke tandas kejap. Bagus restoran ni..ada kemudahan untuk pengunjungnya. Siap dengan tandas dan surau. Jadi, semasa lepak kat sini , tak lah kalut nak cari tempat sembahayang..boleh ler lepak lama sikit.


Selesai bersolat,order ler apa yang patut untuk isi perut. 'Sini orang kata cendol pulutnya best' Bihun sup dan nasi ayam pun best gak.


Aku makan nasi ayam yang dikatakan best tu. Memang best pun ..kejap jer dah abis..Lega rasa perut aku..Cendol pulut tu pun best gak..boleh ler untuk kurangkan rasa lapar tu..Haa..dah clear semua..jom balik rumah ..tidur lak.


No comments: