Hari tu aku agak lewat pulang dari kerja. Rakan-rakanku pulang terlebih dahulu. Setelah mereka berada jauh di depan, baru aku boleh keluar dari tempat kerjaku. Rasaku waktu itu rakan-rakanku sudah pun sampai ke rumah masing-masing.Aku pula baru menunggang motorsikal Honda Fame burukku melalui jalan yang berlopak dan berdebu perlahan-lahan meredah kawasan ladang koko dan kelapa perlahan-lahan.
Kira-kira dua puluh minit menunggang motorsikal melalui jalan yang berdebu dan berlopak itu, akhirnya aku sampai ke jalan yang berturap tar. Jalan besar ke Ayer Tawar. Aku mula meninggalkan Ladang Cashwood untuk menuju ke pekan terdekat iaitu pekan Ayer Tawar.
Baru beberapa minit menunggang di atas jalan tar itu aku ternampak ramai orang sedang berkumpul di bahu jalan. Dari jauh, kelihatan macam orang ramai sedang mengerumuni sesuatu.Apabila aku menghampiri tempat itu kelihatan sebuah lori ikan yang besar sudah pun terbalik. Kelihatan orang ramai sedang memungut sesuatu di sekeliling lori itu.
Lori yang terbalik itu membawa ikan hidup yang diisi di dalam tong khas yang dibekalkan oksigen. Ikannya pula dari jenis berkualiti dan mahal seperti siakap, kerapu, jenahak dan lain-lain lagi. Aku lihat pemandu dan kelindan lori hanya memerhati saja gelagat orang ramai yang mengambil ikan-ikan yang terlepas dari tong di dalam lori itu.Tak kata apa-apa dan rileks jer.
Rupa-rupanya kawan-kawanku yang pulang awal tadi ada di situ. Mereka pun sibuk memungut ikan -ikan yang bertaburan di atas rumput. Setelah ditegur , baru mereka menyedari kehadiranku. Aku diajak memungut ikan itu untuk dibawa pulang . Aku enggan kerana aku rasa tidak baik mengambil hak orang yang ditimpa malang.Kawanku beritahu bahawa pemandu lori ikan itu membenarkan orang ramai ambil ikan itu . Kalau orang ramai tidak ambil , ikan-ikan itu akan mati begitu sahaja. Kawan-kawanku mengambil beberapa ekor ikan yang mahal. Ikan kerapu dan siakap untuk dibawa pulang.Aku pula cuma asyik menakutkan-nakutkan mereka. "Ambil la..nanti tokey ikan tu ikut hampa sampai ke rumah. Mampoih hampa. Ikan tu dah la mahal". Tapi siapa pun buat tak perduli dengan kata-kataku itu. "Balik ni buat kari ikan siakap la",kata kawanku sambil tersengih.Sampai di rumah, ikan tu dibuat gulai oleh kawanku. Aku pun tumpang semangkuk juga. Sedap juga gulai ikan lori terbalik ni.. Tapi sampai dua tiga hari la aku dok gempak kawan-kawan aku. Nampak kereta berhenti dekat-dekat rumah kami, aku pun kata kat kawan-kawanku, "Haa..tu dia tokey lori ikan tu mai dah cari hampa yang amik ikan dia hari tu."
Nampak kalut gak kekawan aku tu.. Tapi ikan tu dah jadi benda lain dah..Habis dah dimakan. Tulang pun dah tak ada.Tapi tokey ikan tu tak pernah mai cari pun. Saja ler..kekadang rasa bersalah tu ada gak sebab ambil hak orang tanpa kebenaran yang pasti dari pemilik sebenar..Gitu ler..
No comments:
Post a Comment