Pages - Menu

Monday, September 28, 2009

Cermin keretaku meletup

Hari Sabtu (26/9/2009),aku memandu bersendirian di lebuh raya PLUS berhampiran plaza tol Sg Petani Utara .Jam waktu tu sudah hampir 3.30 petang.Kelajuan keretaku pada masa itu di antara 90-100km.Ketika aku sampai di kawasan yang terletak di antara plaza tol Sg Petani dan plaza tol Gurun, tiba-tiba aku terdengar satu letupan yang kuat. Aku tidak pasti di mana bunyi letupan itu sama ada di dalam kereta aku atau pun di luar kereta.Bunyi letupan itu mengejutkan aku.

Tiba-tiba aku terlihat cermin kereta aku retak seribu...debu kaca halus beterbangan ke dalam kereta. Segera aku memberhentikan keretaku ke tepi. Panik gak..tapi aku tak boleh tunjuk akan sifat panik ni. Jadi, aku pun berlagak macam biasa saja. Bertenang, aku tarik nafas panjang-panjang.

Aku keluar dari kereta dan ku periksa cermin yang retak seribu tu. Tak ada pun bekas seperti terkena batu atau apa-apa objek yang boleh menyebabkan cermin tu pecah. Yang ada cuma kesan retak seribu sahaja. Heran gak..macam mana boleh pecah pula..Meletup dan kemudian terus pecah...

Tak sampai 5 minit pun sebuah kereta proton iswara aeroback berhenti di belakang kereta aku. Keluar seorang lelaki Cina memakai baju merah dengan nama bengkel kereta.Terus dia bertanya tentang kereta aku,"Cermin kereta pecah ke?"

Timbul keraguan di hati aku . Macamana dia boleh tahu dengan segera bahawa kereta aku cermin pecah.Aku tanya beberapa kali macamana dia boleh tahu dengan begitu cepat. Katanya, dia sedang ronda di kawasan tu.Tak puas hati aku. Ada perasaan ragu-ragu...

Lelaki Cina tu tawar diri untuk tarik kereta aku ke bengkel mereka di Sg Petani.Katanya, kereta tarik mereka ada di belakang..Aku tanya kos nak baiki cermin tu. Dia janji dalam lingkungan RM300 saja. Janji maa..betui maaa..

Kereta tarik pun sampai. Belum kata aku sempat apa-apa,pemandunya terus pasang alat untuk 'tow' kereta aku. Aku pandang ke langit..nampak gelap juga..kacau ni. Kalau hujan, aku boleh bela ikan dalam kereta.

Tiba-tiba PLUS Ronda pula sampai..Pemandu PLUS Ronda tu buat simbul 'bagus' dengan menggunakan ibu jarinya. Heran aku..takkan dia kata bagus kat aku..cermin kereta aku pecah , PLUS Ronda bagi simbol bagus pula..Aku nampak Cina tu senyum saja.

Aku segera mendekati PLUS Ronda tu..aku tanya pendapat mereka.."Boleh ke mereka ni 'tow' kereta saya ke bengkel?". Maksud aku bolehkah mereka ini dipercayai... Boleh..katanya. Oleh kerana PLUS Ronda kata macam tu, aku pun setuju le..

Kereta aku pun ditarik ke bengkel di Sg Petani.Tinggallah lelaki Cina tu dengan PLUS Ronda kat situ. Kereta aku ditarik ke Plaza Tol Gurun untuk buat U turn, pusing balik ke Sg Petani pula.Sampai di palza tol Sg Petani, aku kena bayar RM10 sbg bayaran tol.

Sampai di bengkel tu, tokey bengkel pun anggar kos untuk aku. Katanya RM400 lebih laa. Aku perlu tunggu hingga pukul 7 petang.Tak boleh cepat, takut gam tak kering dengan elok. Aku tiada pilihan...tunggu pun tunggu la. Maka duduk sekejap..bangun sekejap. Kereta aku dah dibawa ke bengkel yang satu lagi untuk dipasang cermin yang baru.

Aduh..siksaaa menunggu..Terasa jam berjalan amat lambat. Setelah lama menunggu, jam 7 petang pun menjelma. 7.10minit, kereta kau pun sampai. Bil pun diberi...tu dia...aku dikenakan bayaran sebanyak RM530.00 untuk ganti cermin depan kereta aku termasuk kos upah tarik kereta.'Tarak mahal la..ini pun sudah kira tolong laa."Maka poket aku pun semakin kosong...

Saturday, September 19, 2009

Diet rendah Purine:

  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
    • sweetbreads, buah pinggang,hati, otak, atau sebarang daging organ lain
    • sardin
    • ikan bilis
    • hasil daging, consomm├ęs, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
    • asparagus,kacang, lentils, peas,cendawan,cauliflower,spinach,rhubarb
  • Elakkan kurang air:
    • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
    • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C,tea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.





Dipetik daripada http://tayibah.com/eIslam/gout.htm

Foods Higher In Purines

Johns Hopkins lists foods which are higher in purines

Foods very high in purines include:

  • hearts
  • herring
  • mussels
  • yeast
  • smelt
  • sardines
  • sweetbreads

Foods moderately high in purines include:

  • anchovies
  • grouse
  • mutton
  • veal
  • bacon
  • liver
  • salmon
  • turkey
  • kidneys
  • partridge
  • trout
  • goose
  • haddock
  • pheasant
  • scallops

Thursday, September 17, 2009

PENYAKIT GOUT

Gout adalah sejenis penyakit yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang, khasnya berlaku di kalangan kaum lelaki muda atau pertengahan tahun. Ia biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak ibu jari kaki.

Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan akibat daripada ketidakupayaan kimia
badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada: endogenus (disintesis dalam nukleus sel badan manusia)atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik akhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati.

Kebanyakan asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula disingkirkan melalui usus. Proses-proses tersebut mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang normal. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, badan menghasilkan terlalu banyak atau menyingkirkan terlalu sedikit asid urik dan seterusnya mengakibatkan paras asid urik yang tinggi dalam darah.

Dalam gout, hablur natrium urate termendak pada dan di sekeliling sendi serta tisu lembut dan menyebabkan kesakitan serta keradangan. Hablur-hablur ini juga boleh berkumpul dalam ginjal dan mengakibatkan batu karang urate malah kerosakan ginjal.

Penyebab - Penyebab
  1. Peningkatan penghasilan asid urik.
Ini mungkin disebabkan oleh:
    v Faktor keturunan tertentu yang mengakibatkan penghasilan purin yang lebih
    banyak

    v Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel,
    sesetengah penyakit kulit yang teruk dan sebagainya.


  • Pengurangan penyingkiran asid urik.
  • Ini mungkin disebabkan oleh:
      v Penyakit ginjal yang berterusan.
      v Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik.
      v Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit,
      contohnya tekanan darah tinggi, kebuluran.

    Tanda Dan Gejala - Gout Akut

    Satu serangan akut bermula apabila terdapatnya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah. Apabila darah diuji, asid urik dalam darah didapati melebihi 420 milimol setiap liter (7mg setiap 100ml). Satu serangan akut boleh dicetuskan oleh berbagai-bagai faktor, misalnya pengambilan purin yang tinggi dalam diet, penggunaan alkohol yang berlebihan, tekanan, jangkitan, kecederaan sendi dan sesetengah jenis rawatan.

    v Serangan adalah secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan
    yang teruk, biasanya pada tapak ibu jari kaki. Tapak jangkitan lain yang kerap dipengaruhi
    termasuklah sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari. Jika tidak
    dirawat, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu dan berhenti secara
    spontan. Serangan boleh berlaku semula secara bulanan atau tahunan.

    v Kemungkinan terjadinya loya, perut kembung dan kesakitan abdomen secara samar-
    samar.

    v Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
    v Demam yang ringan mungkin terjadi.

    Tanda Dan Gejala - Gout Kronik

    Dalam kes yang kronik, hablur mononatrium urate termendak pada sendi , di sekeliling sendi, rawan telinga serta ginjal dan menyebabkan kerosakan yang berkekalan.

    v Pemendakan pada rawan telinga boleh menyebabkan pembengkakan yang keras yang
    dikenali sebagai ‘tophi’.

    v Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan,
    kekakuan serta kecacatan sendi.

    v Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang ginjal
    dan kegagalan ginjal.

    Rawatan

    Ubat Untuk Serangan Akut
    v Ubat anti-inflamatori bukan steroid

    Ubat-ubat ini kerap digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan. (Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal).

    v Colchicine

    Ubat ini adalah berkesan untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan untuk jangka masa yang panjang diperlukan.

    v Corticosteroids

    Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek.

    Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang

    Ubat-ubat ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi.

    v Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone

    Ubat-ubat ini meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula asid urik dalam ginjal.

    v Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim

    Allopurinol ialah ubat pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik. Kedua-dua ubat tersebut tidak harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya.

    Amalan Yang Baik

    v Kurangkan pengambilan protein dalam diet, misalnya kekacang, bijiran dan daging merah.
    v Makan makanan yang kurang mengandungi purin, misalnya daging organ (hati, ginjal,
    otak, jantung, pankreas), ekstrak daging, angsa, itik, ayam belanda, telur ikan, sardin dan
    ikan hering.

    v Kurang minum bir, teh dan kopi.
    v Hadkan pengambilan lemak, khasnya golongan yang obes.
    v Minum air yang banyak (8 gelas sehari) untuk membersihkan ginjal.
    v Jangan mengamalkan diet pengurangan berat badan secara mendadak. Kekalkan berat
    badan yang sihat.

    Faktor Risiko Bagi Gout

    v Kaum lelaki- kaum lelaki merangkumi lebih daripada 90% pesakit gout.
    v Sejarah keluarga- 10-20% pesakit mempunyai sejarah keluarga gout.
    v ObesitI (kegemukan)
    v Hipertensi (tekanan darah tinggi)
    v Penggunaan alkohol
    v Prevalen adalah lebih tinggi dalam komuniti bandar berbanding dengan luar bandar.




    Dipetik daripada http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=gout-bm.htm

    Apa itu gout ?

    Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

    Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

    • Serangan akut (tiba-tiba).
    • Serangan kronik yang berpanjangan.

    Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

    Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

    Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

    1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.


    2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.


    3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.


    Makanan yang patut di elakkan ialah:-

    • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
    • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
    • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
    • Daging merah.
    • Cendawan.
    • Yis (roti putih, roti manis).
    Dipetikdaripada http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/GoutUricAcidTreatmentCure.html

    Gout

    Pengenalan
    Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
    • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
    • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
    • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam
    sendi.
    • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu
    kala lagi.
    • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan
    kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
    • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
    • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

    Tanda Gout
    • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
    • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
    • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
    • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
    menyeksakan.
    • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk
    reda jika tidak dirawat.
    • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
    • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan
    dan jari.

    Komplikasi
    • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
    • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
    • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    o Kegemukan
    o Darah tinggi
    o Hiperlipidemia
    o Diabetes

    Rawatan
    Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah
    untuk mengatasinya.

    Rawatan serangan akut

    • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
    • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
    Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika
    digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
    • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia
    boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh
    diambil melalui preskripsi doktor)
    • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak
    boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
    boleh diambil berpanjangan.
    • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,
    penyakit ini tidak akan melarat.

    Rawatan Jangka Panjang
    Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah
    mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
    �� Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan
    badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan .
    �� Mengelakkan minuman keras.
    �� Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin
    yang tinggi.
    �� Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi
    purin yang tinggi.

    Pemakanan
    Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

    ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
    • Organ dalaman seperti hati, paruparu,
    ginjal dan otak
    • Ikan bilis, kembung, sardin
    • Daging cincang
    • Ekstrak daging, ragi (seperti
    Marmite) dan kiub rebusan
    daging
    • Makanan bercengkerang seperti
    ketam, udang dan kerang
    • Asparagus, bunga kobis,
    cendawan dan bayam
    • Peanuts, lentil, beans and
    peas
    • Poultry
    • Roti jagung dan bijirin

    Pencegahan
    • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
    • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang
    berhubungkait dengan gout
    • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
    • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
    • Minum banyak air

    Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
    Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan
    pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

    Adakah Gout Boleh Diwarisi?
    • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
    • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah
    satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang
    baik, ianya boleh dikawal.
    • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

    Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits
    Foundation Malaysia di www.afm.org.my

    Dipetik daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.pdf

    Penyakit Artritis Gout

    Penyakit Artritis Gout adalah penyakit yang agak kerap didiagnos oleh para doktor. Namun sebenarnya, penyakit ini mempunyai implikasi dan komplikasi tersendiri. Ia melibatkan pemendapan asid urik di dalam bahagian ekstraselular.

    Penyakit artritis gout adalah sebahagian daripada spektrum penyakit gout yang terdiri daripada artritis inflamasi akut, gout tophaceous kronik dan batu karang gout di dalam buah pinggang.

    Penyakit artritis gout akut
    Serangan artritis gout biasanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan sendi yang terlibat itu membengkak dan sakit sehingga menyebabkan seseorang pesakit itu sukar untuk berdiri ataupun berjalan. Kesan ini menjadi maksimum setelah beberapa jam dan hanya hilang setelah berminggu-minggu lamanya.

    Sebanyak 80 peratus daripada serangan artritis gout berlaku di sendi ibu jari kaki atau secara tepatnya sendi metatarsal pertama. Sendi kedua adalah sendi lutut. Namun, sendi-sendi lain juga boleh terlibat dan menyukarkan diagnosis.

    Para pesakit artritis gout akut boleh mengalami demam dan ujian darah yang tidak normal. Ujian darah boleh menunjukkan radang yang aktif. Cecair sendi akan menunjukkan kristal-kristal gout apabila diteliti melalui mikroskop polaraiz.

    Ujian serum asid urik boleh menunjukkan tahap yang normal walaupun semasa serangan gout. Ujian sinar-X kadangkala menunjukkan hakisan tulang di sekitar sendi. Namun ini hanya boleh dilihat di dalam pesakit-pesakit yang tidak dirawat ataupun yang teruk.

    Dua puluh peratus daripada pesakit yang mengalami serangan satu sendi boleh juga mengalami penglibatan sendi-sendi lain secara serentak. Ini dikenali sebagai penglibatan poliartikular.

    Namun, penglibatan poliartikular ini lebih biasa dialami oleh pesakit-pesakit leukemia, limfoma dan yang mengambil ubat ciclosporin. Pemendapan kristal gout di kulit atau “tophi” juga boleh berlaku.

    Faktor-faktor yang boleh menyebabkan serangan sendi akut adalah trauma, pembedahan, kebuluran, diet yang keterlaluan, pengambilan alkohol dan pengambilan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi tahap asid urik di dalam darah contohnya, diuretik.

    Antara 12 hingga 43 peratus pesakit gout mempunyai tahap asid urik yang normal ataupun rendah tatkala serangan berlaku. Apabila sesuatu episod serangan gout itu telah reda, bahagian kulit pada sendi yang terlibat akan mengelupas.

    Tempoh interkritikal gout dan serangan gout berulang
    Tempoh interkritikal gout bermaksud tempoh antara serangan. Tempoh ini berbeza-beza bagi setiap individu. Ia akan menjadi pendek jika seseorang itu tidak diubati dan jika berlanjutan kerosakan sendi boleh menyebabkan tempoh ini menjadi lebih singkat. Keadaan ini diikuti oleh kejadian tophi dan kecacatan sendi yang kekal.

    Gout tophacoeus kronik

    Kejadian tophi boleh berlaku di cuping telinga, kulit, sendi-sendi mahupun tulang. Biasanya tophi tidak menyakitkan namun jika inflamasi berlaku pada sendi yang berdekatan keadaan sebaliknya berlaku.

    Sinar-X sendi akan menunjukkan hakisan di kawasan berhampiran sendi. Tempoh berlakunya serangan gout pertama sehingga pemendapan tophi adalah lima hingga 40 tahun, berbeza daripada individu kepada individu.

    Komplikasi buah pinggang hiperuresemia kronik
    Terbahagi kepada batu karang asid urik dan urate nephropathi yang kronik.

    Batu karang asid urik adalah komplikasi utama gout meliputi 20 peratus pesakit gout. Batu karang ini terdiri daripada 80 peratus asid urik dan selebihnya kalsium oksalat ataupun kalsium fosfat.

    Terdapat tiga faktor bagi penghasilan batu karang asid urik iaitu: Pertambahan pengeluaran asid urik, pengurangan isi padu air kencing dan urin yang lebih asidik.

    Urate nephropathi kronik pula melibatkan kerosakan buah pinggang yang melibatkan pemendapan asid urik di dalam bahagian medulari interstium buah pinggang ataupun bahagian tengah buah pinggang. Pemendapan ini mendatangkan inflamasi, fibrosis ginjal dan kerosakan kekal.

    Bagaimanapun, kerosakan buah pinggang pesakit gout turut berkaitan dengan penyakit diabetis, darah tinggi, kegemukan dan aterosklerosis. Di dalam individu-individu sedemikian kerosakan buah pinggang disebabkan oleh pelbagai faktor.

    Rawatan
    Pengurangan risiko komorbid

    Risiko komorbid bermaksud penyakit atau keadaan yang boleh memburukkan sesuatu penyakit. Bagi gout ia melibatkan penyakit darah tinggi, diabetes, kegemukan, diet, aterosklerosis dan pengambilan alkohol.

    Penambahan berat badan sebanyak 30 paun boleh meninggikan risiko gout sebanyak dua kali ganda. Indeks jisim tubuh (BMI) 25 ke atas juga berkaitan dengan perkara ini. Pengurangan berat badan mengurangkan risiko ini.

    Di dalam badan manusia purin ditukar kepada asid urik. Bahan-bahan ini ada di dalam makanan kekacang, organ-organ dalaman, daging merah dan ikan. Jika pengambilan purin dikurangkan, rembesan asid urik melalui air kencing akan dikurangkan sebanyak 200mg ke 400mg/sehari. Namun, ini akan menyebabkan makanan tersebut menjadi sukar dimakan. Oleh itu, aspek ini agak sukar dilaksanakan.

    Justeru, seseorang pesakit gout perlu mengurangkan daging merah dan ikan serta menambah bahan-bahan tenusu yang kurang lemak yang terbukti merendahkan tahap asid urik di dalam badan.

    Pengambilan alkohol juga merupakan risiko kepada gout. Meminum dua atau lebih bir akan menambahkan risiko 2.5 untuk mendapat serangan gout.

    Bagi pesakit darah tinggi, penggunaan diuretik meninggikan tahap asid urik di dalam badan. Ubat losartan pula menurunkan tahap asid urik kerana ia menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing.

    Namun ini tidak bermaksud ubat diuretik tidak sesuai sebagai ubat darah tinggi kerana ia murah dan terbukti baik untuk sistem kardiovaskular. Oleh itu, rawatan seseorang pesakit gout adalah berlainan daripada individu kepada individu yang lain.

    Penggunaan ubat perendah tahap asid urik
    Prinsip terapi termasuk menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing (agen urikosurik) dan mengurangkan pembentukan asid urik (inhibitor xanthin oksidase). Ubat-ubat ini akan mengurangkan tahap asid urik dan seterusnya mengelakkan kerosakan sendi dan tulang.

    Bagaimanapun, bukan semua orang yang mempunyai tahap asid urik tinggi perlu diubati. Indikasi-indikasinya adalah: serangan gout akut sekurang-kurangnya tiga kali setahun, pemeriksaan klinikal dan bukti sinar–x kerosakan yang disebabkan oleh gout, pemendapan tophi, kerosakan buah pinggang gout dan batu karang asid urik.

    Tahap asid urik yang dikehendaki adalah 5 hingga 6mg/dL (297 hingga 357mol/L). Ubat-ubat perendah asid urik hanya boleh dimulakan dua minggu setelah kesakitan hilang. Akan tetapi jika seseorang pesakit itu mengalami serangan semula semasa memakan ubat-ubat ini, beliau tidak sepatutnya berhenti memakan ubat.

    Ubat-ubat yang mengurangkan kekerapan serangan
    Ubat colchicine bertindak dengan mengurangkan aspek inflamasi synovium sendi. Dos permulaan biasanya dua kali sehari tetapi bagi serangan yang akut dos ini biasanya dikerapkan. Malangnya, ia boleh menimbulkan cirit-birit dan muntah-muntah.

    Jika seseorang itu tidak tahan dengan colchicine, maka ubat-ubat penahan sakit (NSAIDS) boleh digunakan. Akan tetapi, ubat-ubat ini boleh menimbulkan gastritis dan ulser serta masalah ginjal. Oleh itu, penggunaannya terhad.

    Ubat-ubatan baru
    Ubat-ubat yang baru adalah ubat yang dinamakan febuxostat dan uricase (masih dalam penyelidikan).

    Terapi pesakit buah pinggang
    Rawatan di dalam aspek ini agak sukar kerana agen urikosurik tidak berkesan dan allopurinol perlu dikurangkan dari segi dosnya. Penggunaan colchicine juga sukar kerana ia mendatangkan kesan-kesan sampingan serius.

    Peranan pembedahan
    Pembedahan bertujuan membetulkan sendi dan mengeluarkan tophi yang menyebabkan kesakitan. Namun, sebelum pembedahan boleh dijalankan, tahap asid urik mesti dikurangkan.Rawatan gout sepatutnya berpanjangan dan tidak hanya pada ketika sakit.

    Dipetik daripada: Portal Hospital Bentong

    Sunday, September 13, 2009

    Buluh..

    Pokok buluh ni merupakan sejenis buluh yang sengaja ditanam oleh bapaku di belakang rumah untuk diambil rebungnya.Jika tidak ditanam maka pokok buluh ni semakin mengalami kepupusan kerana kebanyakan manusia tidak suka dengan pokok buluh. Hal ini mungkin kerana keadaan pokok buluh yang kelihatan semak . Keadaan semak-samun boleh mengundang makhluk seperti ular berbisa..tedung senduk dan sebagainya. Tetapi bapaku tanam pokok ni untuk mengambil rebungnya yang agak berbeza daripada spesies buluh yang lain.Rasa rebung ni lebih manis berbanding buluh biasa.

    Keadaan setempat yang sentiasa berhujan mempercepatkan pertumbuhana pokok buluh walau pun baru ditebas dan dibersihkan.Pokok buluh ni mudah tumbuh dan membiak.Daun-daunnya terutama pada bahagian perdu menjadikan pokok buluh ni semak sekali jika tidak dijaga dengan betul.Ditambah pula dengan dedaun kering yang gugur di sekitar rumpun buluh ni. Jika silap urus, sang tedung senduk boleh bersarang dalam dedaunnya yang kering tu..

    Jadi, pagi hari minggu ni aku nak habiskan sikit masa untuk bersihkan pokok buluh ni. Tebas sikit dan trim bahagian yang perlu di buang. Setelah ditebas dengan menggunakan parang, cerah sikit bahagian yang tadi nampak semak tu.

    Setelah dibuang bahagian yang semak tadi, barulah nampak kat perdu buluh ni akan rebungnya. Rebung ni perlu dikorek untuk mengeluarkannya tapi hari ni aku tak mahu makan rebung ni.Jadi rebung ni perlu dimusnahkan supaya tiada batang buluh yang baru tumbuh. Jika tidak bertambah semak ler jadinya..

    Tu dia..dah cerah sikit. Taklah sesemak seperti tadi..


    Setelah berpenat lelah di bulan puasa ni..cerah dah perdu buluh ni.Aku cuma perlu biarkan daun buluh ni kering. Selepas tu aku nak bakar dedaun yang kering tu supaya tak jadi sarang makhluk lain.

    Aku perlu berhenti setakat ni dulu...bulan puasa ni..nanti puasa aku melayang entah ke mana. Ni pun kira dahaga dah..Sudah ler dahaga..miang buluh ni..rehat dulu , kemudian aku nak mandi dan rehat..Puasa ..puasa..

    Monday, September 7, 2009

    Stesen Keretapi Arau

    Inilah rupa stesen keretapi Arau. Semenjak zaman aku bebudak sampailah sekarang, kepala aku pun dah mula beruban tetapi stesen keretapi ni masih lagi begini rupa.Tiada perubahan langsung...buruk dan usang.Dengan longkangnya yang entah apa-apa...Tiada imej korporat langsung..


    Keretapi dah sampai..dari Padang Besar menuju ke Kuala Lumpur. Penumpang terpaksa berlari-lari mengejar gerabak kelas ekonomi yang terletak jauh ke hadapan. Kelas ekonomi murah jer..RM24.00 untuk ke Kuala Lumpur tetapi gerabaknya dekat dengan kepala keretapi tu...bising laa..

    Di atas gerabak kelihatan jejantas yang menghubungkan Kampung Titi Besi dengan pekan Arau. Dahulu..semasa tiada jejantas ni , penduduk Kg Titi Besi melintas landasan keretapi ikut suka hati saja. Nasib ler..tiada keretapi selamat..jika tidak..bahaya ditempuh juga. Banyak juga nyawa yang melayang melintas landasan keretapi tu.Sekarang ni dah ada jejantas tu kira selamat la.Tu pun jika lintas ikut jejantas..jika tidak..

    Keretapi tu terpaksa undur ke belakang pula setelah ambil penumpang sebab nak tukar landasan. Landasan tadi terpaksa dikosongkan untuk keretapi dari Butterworth yang hampir tiba. Macam main pula..sekejap ke depan..sekejap ke belakang..Ceh,ceh,ceh..pooot...poooooot!!

    Trailer terbalik

    Begitu besar punya lori pun boleh terbalik kat bulatan di jalan raya ke Padang Besar-Changloon berhampiran Felda Chuping. Lori ni bawa muatan kepingan plywood.Kemalangan ni berlaku ketika hampir nak buka puasa pada petang Sabtu 12/9/2009.Akibatnya, semua muatan tercampak ke tepi jalan raya dan pemandunya patah bahu.
    Bagaimana kemalangan ini boleh terjadi tidaklah diketahui. Tetapi sepanjang hari tu hujan sentiasa turun.Tetapi jika lori tu dipandu dengan cermat dan tidak laju, pastinya kemalangan di sini boleh dielakkan.
    Setiap tahun mesti berlaku kemalangan kat bulatan ini..Selalunya kemalangan maut berlaku disebabkan sikap pengguna jalan tersebut. Selalunya kenderaan berat sama ada dari Padang Besar atau Changloon enggan berhenti semasa kenderaan lain melalui bulatan tersebut. Harap pihak polis dan JPJ boleh tingkatkan pemantauan terhadap kenderaan berat tersebut untuk mengelakkan sikap buruk 'aku raja jalan raya'.

    Tuesday, September 1, 2009

    Minyak naik lagi...

    Hari ni harga minyak petrol naik lagi. Petrol Ron 92 diberi nama baru sebagai Ron 95 dengan harga barunya Rm1.80 manakala Ron 97 dijual dengan harga Rm2.05 pula. Baca petikan daripada Berita Harian ni (Selasa, 01 September 2009):

    KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu. Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter.

    Pada pendapat aku, atas apa alasan sekali pun, kenaikan harga minyak ni memang tak patut sama sekali. Dah la aku dan rakyat jelata yang setaraf dengan aku sedang teruk dilanda krisis ekonomi yang gawat, ditambah pula dengan berita macam ni. Baru saja sambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52, diberi hadiah istimewa macam ni...parah sekali.

    Harga barang semuanya dah mahal, gula tak cukup dalam pasaran.Tambah lagi dengan harga minyak meningkat. Aku jamin...harga barangan lain juga pasti akan turut meningkat lagi. Tunggu la tengok dua tiga hari lagi.Semakin miskin orang yang dah miskin macam aku ni.

    Mungkin sekarang masanya untuk difikirkan alternatif untuk terus hidup di zaman yang serba tak patut ni. Cari barang yang tak mahal untuk dijadikan makanan. Cari bahan baru untuk alternatif minyak yang terus meningkat harganya.

    Monday, August 03, 2009

    Nissan Reveals "Leaf" Electric Car for 2010

    Will the vehicle's short range hamper its success?
    By Kevin Bullis

    Last week Nissan showed off the battery and drivetrain platform for its upcoming electric vehicle. Now it's revealed the car itself--the Leaf.

    This zero-emissions vehicle, which has a range of 100 miles on a charge, will go on sale next year in Japan, the United States, and Europe. It will be powered by a lithium manganese battery developed in a joint venture between Nissan and NEC. Manganese-based lithium ion batteries are popular with automakers (GM plans to use one in the Volt) because they're more stable than the cobalt oxide batteries commonly used in laptops and other portable electronics.



    Mana dia ciptaan dan rekaan yang riuh rendah hari tu semasa harga minyak melonjak tinggi ?Pi mana dah para saintis terbilang yang cipta motor guna tenaga berasaskan air? Mana dia kereta elektrik ? Pasai apa benda ni semua tak dak dalam pasaran?

    Motorsikal Hidrogen UTM Skudai

    Fakta:
    1) Nama :
    H2 Motive
    2) Peruntukan Kos :
    RM1 juta untuk R&D selama 3 tahun
    3) Kelajuan :
    110km/j
    4)
    500KM dengan 1 gelen Hidrogen.
    5) Lebar:
    760MM
    6) Tinggi:
    1155
    7) Berat:
    130KG

    Sewajarnya, para saintis dan cerdik pandai manusia berhempas pulas memerah otak dan tenaga untuk menghasilkan sumber tenaga alternatif sebagai saingan kepada tenaga minyak. Minyak terlalu sombong kerana tiada saingan yang berkesan terhadapnya. Aku cabar orang yang mengaku bijak pandai ...cipta segera saingan kepada minyak.

    Hydrogen Fuel



    1. Fuel tank, holds approx 8kg of liquid hydrogen at -253C
    2. Petrol tank, with 74 litre capacity
    3. Pressure control valve
    4. Internal combustion engine, uses petrol or liquid hydrogen
    Source: BMW

    Buktikan bahawa hampa memang cerdik pandai manusia yang boleh tolong manusia, bukannya memanipulasikan manusia untuk keuntungan perut yang buncit tu. Tunjukkan kemanusiaan hampa semua...Hapuskan kesombongan tokeh-tokeh minyak yang berkepala botak dan berbuncit perutnya....

    Apa pun..aku benci harga minya naik...