Pages - Menu

Friday, July 9, 2010

Misai Kuching

Misai Kucing ( Orthosiphon Stamineus ) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi. Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.


Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikkan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.



Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.

Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik.

Friday, July 2, 2010

Hujah

Tuduhan 1 oleh :

buntat_air
Junior Member
Junior Member

PostPosted: Tue Jun 29, 2010 3:01 pm Post subject:

WAHHABI. Satu Penilaian Kembali

Assalamualaikum.

Pada satu ketika dahulu sebahagian diantara kita kerap membaca dalam keratan akhbar mengenai fahaman Wahhabi di negara kita yang tercinta ini.

Bagi memberi pendapat dalam soal ini ingin saya meminta agar jangan ada di kalangan pembaca yang tersilap faham mengenai timbul dan beterusannya isu ini dengan menyatakan kepada penulis isu ini sebagai “mengapi-apikan masyarakat”.
Ini kerana cara pendekatan penerangan mengenai golongan dan fahaman Wahhabi perlu diperbagaikan bagi menyatukan umat Islam yang mula kerap terpengaruh dengan ideologi luar yang sering memporakperandakan kesatuan umat.

Tidak syak lagi dalam dunia ilmu Islam, akidah merupakan satu-satunya asas kepada segala jenis ilmu Islam. Apabila wujudnya satu fahaman baru dalam sejarah Islam kesemua para ilmuan Islam yang mendalami segala jenis ilmu akan merujuk kepada asas akidah fahaman baru tersebut bagi mengetahui sejauh mana kebenaran mahupun kebatilan fahaman itu.

Ringkasan akidah Islam sebenar yang perlu diperingatkan kepada semua adalah mempercayai bahawa Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah, wujudnya Allah adalah tidak menyerupai dengan segala makhlukNya sepertimana firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud: “ Tiada sesuatupun menyerupai Allah ”. Allah tidak memerlukan kepada Arash mahupun tempat untuk diduduki, kerana duduk dan bertempat merupakan sifat yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadith serta bercanggah dengan hukum akal bahkan satu-satu pemesongan akidah Islam yang dinamakan “tashbihullah bi kholqihi” (menyamakan Allah dengan makhlukNya).

Wajib mempercayai bahawa Allah Pencipta segalanya termasuk amalan manusia, ini telah dinyatakan dalam surah As-Shofat ayat 96 yang bermaksud : “Dan Allah lah mencipta kamu dan mencipta amalan kamu”.

Diwajibkan percaya bahawa Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah kepada manusia dan jin, harus menziarahi makam baginda, harus bertawassul dengan baginda dan harus jua menyambut maulid baginda yang diisikan didalam sambutan maulid tersebut dengan bacaan Al-Quran, kisah sejarah perjuangan baginda, memuji baginda dengan nasyid dan sebagainya.

Diwajibkan juga mencintai Rasulullah dan para sahabat baginda termasuk kesemua para khalifah Islam dikalangan sahabat tanpa mencemuh ataupun menghina mereka.
Inilah diantara sebahagian ilmu yang perlu dipercayai bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith .

Sebahagian besar Akidatul Haq tersebut telah diterbalikkan dan diserang habis-habisan oleh golongan Wahhabi.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya JAKIM mengambil keputusan yang tegas bagi membenteras fahaman Wahhabi dinegara kita ini. (( lihat Jakim: Wahhabi Boleh Jejas Perpaduan Islam http://202.188.124.43/bernama/v3/bm/news.php?id=167224 )).

Jika dilihat kajian ulama’ Ahlussuunnah Wal Jamaah dari seluruh pelusuk negara islam termasuk negara Saudi Arabia mengenai ideologi Wahhabiyah, mereka membahagikan kajian kepada tiga :

1- Fahaman Akidah Wahhabi. 2- Pendekatan Fiqh Wahhabi. 3- Method Dakwah Wahhabi.


1- Fahaman Akidah Wahhabi Pengkaji sejarah ajaran Wahhabi mendapati fahaman ini mirip kepada sistem akidah dibawa oleh seorang bergelar Jahmu bin Sofwan. Dia meletakkan sistem akidahnya yang celaru berdasarkan kaedah yang digelar “tasybih la tasybih” atau “tajsim la tajsim” iaitu menyamakan dan mentajsimkan Allah dengan makhlukNya kemudian dihujung kenyataan tersebut menafikan pula.

Ini dikenali oleh ulama tauhid sebagai “tamwih” iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta. Asas akidah Wahhabi adalah memilih seluruh ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama akidah dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai zahir maknanya sahaja. Inilah punca utama asas sistem akidah mereka terpesong dari akidah Islam.

Diantara akidah golongan Wahhabi yang jelas bercanggah dengan akidah salaf dan khalaf adalah :

1- Wahhabi mempercayai bahawa Allah duduk diatas Kursi.

Lihat kitab Wahhabi Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.

Ini merupakan akidah yang bercanggah dengan islam kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya, ianya juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith serta bercanggah dengan usul keimanan mensucikan Allah dari sifat makhlukNya sepertimana dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud : “ Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu ”.

2- Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah.
Lihat kitab yang sama m/s 627, 629. Ini merupakan mirip kepada akidah yahudi yang sering menyatakan perkara sama di dalam kitab Injil Muharrafah mereka.

Sedangkan akidah Islam perihal kewujudan Allah adalah Dia tidak memerlukan tempat kerana Dia yang mencipta tempat maka wujudNya tidak di tempat dan akidah Wahhabi bercanggah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.

Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.

3- Wahhabi menyatakan bahawa Allah mempunyai kedua belah kaki dan Allah akan meletakkan kakiNya didalam api neraka.
Lihat kitab Syarah Tafsir Ayatul Kursy oleh Soleh Uthaimin m/k 19 cetakan Maktabah Ibnu Jauzy .


Ini merupakan persamaan Allah dengan makhlukNya dan ia jelas bercanggah dengan akidah islam kerana Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 74 yang bermaksud : “ Maka janganlah kamu menyamakan Allah ”.

Ini semua merupakan akidah tasybih, dibawa serta diakui oleh mereka sendiri sedangkan ianya bercanggah dengan akidah Islam yang menafikan sifat kaki, bertempat dan duduk bagi Allah Ta’ala. Sekiranya hendak saya nyatakan kesemua, maka kita akan dapati lebih dari 20 perkara akidah mereka terpesong dari landasan akidah para Nabi, sahabat, ulama Islam dan seluruh umat Islam sedunia yang lebih ramai bilangannya dari puak Wahhabi.

2- Pendekatan Fiqh Wahhabi Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada
Al-La Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam. Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka. Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah. Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum.

Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi. Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi.

Ini membawa kepada kekecohan umat islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskan kerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab : “ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. HR Sohih Muslim.

Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban. Lihat kitab yang sama m/s 101. Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud : “ Apabila tiba malam nisfu sya'ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya” . Hadith riwayat Ibnu Majah.
Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara.

3- Method Dakwah Wahhabi Sering kita mendengar dari golongan ini seruan dakwah salafi.
Bagi mereka, selain dari Wahhabi sememangnya tidak mengikut cara dakwah Islam yang berlandaskan ajaran salaf. Seolah-olah hanya mereka sahajalah berada dalam landasan sirot mustaqim. Akan tetapi, pada hakikatnya mereka banyak terpesong dari cara dakwah salaf yang sebenar. Lihat sahaja cara dakwah mereka mengkafirkan golongan Islam yang bergelar Asya’irah.

Lihat pengkafiran Wahhabi terhadap golongan Islam Asya’irah dalam kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid karangan Abdur Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab m/s 453.

Begitu juga Wahhabi menyatakan bahawa Asya’irah bukan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Lihat kenyataan Soleh bin Fauzan dalam kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 terbitan Riasah ‘Ammah Lil Ifta.

Sedangkan umat islam sekarang berpegang dengan Asya’irah dan Asya’irah lah merupakan Ahlus Sunnah Waljamaah sepertimana yang ditegaskan oleh ulama’ terkemuka Al-Hafiz Al-Murtadho Az-Zabidi didalam kitab Itham Sadutul Muttaqin bahawa : “ Apabila dinyatakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah maka mereka adalah Asya’irah dan Al-Maturidy ”.

Dengan ini tidak harus menamakan Wahhabi sebagai puak salafi, tetapi perlulah dinamakan mereka sebagai puak Wahhabi walaupun mereka menafikan nama tersebut kerana ulama salaf tidak bermethodkan dakwah mereka seperti Wahhabi.
Wassalam. semoga bermanfaat.



Komen oleh :
umau
V.I.P Member
V.I.P Member
Setahu hamba ... majlis fatwa belum lagi mengatakan fahaman Wahabi ni sesat .....

Kalau mengatakan fahaman Wahabi ni sesat ..... kita dah bermain api dengan kerajaan Arab Saudi ...

 


Komen oleh:
talikasutkayu
V.I.P Member
V.I.P Member

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 10:53 am Post subject:

umau wrote:
Setahu hamba ... majlis fatwa belum lagi mengatakan fahaman Wahabi ni sesat .....

Kalau mengatakan fahaman Wahabi ni sesat ..... kita dah bermain api dengan kerajaan Arab Saudi ...



apa yg kita nampak wahabi ni sesat
sbb byk percanggahan apa yg kita duk amal slama ni
apa pun aku lebih suka rujuk pada ustaz ismail kamus dan juga ustaz azhar berkaitan apa yg bertentangan dgn islam yg syumul
kita masih tunggu fatwa dari majlis agama islam malaysia
moga JAKIM cepat bagi penerangan...dan pimpinan PAS juga yg terdiri dari kalangan golongan ulama dapat memberi jawapan tepat...insyaAllah

ap yg aku harapkan persekitaran islam....yg mengawal persekitaran dlm negara adalah pemimpin

 

 

Tuduhan 2 oleh:
buntat_air
Junior Member
Junior Member

Joined: Jan 08, 2010
Posts: 112

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 10:56 am Post subject:

Kenyataan Rasmi JAKIM: Wahhabi Adalah Musyabbihah



JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH

Rujuk sepenuhnya di :
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولا مكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

Status
Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan
PANEL SJAI 090708
Tarikh Selesai
09/07/2008 12:18 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

Rujuk Kenyataan Rasmi JAKIM tersebut sepenuhnya di:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF





Jawab oleh:
Jeragang
Member
Member

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 11:40 am Post subject:

Ini pendapat yang berbeza tentang persoalan di mana Allah.... saya tidak mengatakan mana betul mana salah, tetapi inilah agaknya di antara hujah dan dalil yg menjadi pegangan mereka sehingga mereka dituduh sebagai wahabi yang sesat.....

Allah di atas ArasyNya (di atas langit)

Terdapat banyak dalil-dalil dari Al-Quran mengatakan Zat Allah di atas ‘Arasy bukan di mana-mana. Allah swt telah berfirman:

1) “Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya”.
Surah Taha ayat 5

2) “Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa. Lalu bersemayam di atas ‘Arasy”.
Surah Al-A’raaf ayat 54

3) “Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa. Lalu bersemayam di atas ‘Arasy”.
Surah Yunus ayat 3

4) “Kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya”.
Surah Al-Furqan ayat 59

5) “Allah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya kemudian ia bersemayam di atas ‘ArasyNya”.
Surah Ar-Ra’d ayat 13

6) “Allah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa’at. Maka apakah kamu tidak berfikir”.
Surah As-Sajadah ayat 4


7) “Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy”.
Surah Al-Hadid ayat 4

Cool “Apakah kamu merasa aman terhadap yang di langit bahawa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu”.
Surah Al-Mulk ayat 16

9) “KepadaNya naik perkataan baik dan amal soleh dinaikkanNya”.
Surah An-Nisa’ ayat 158

10) “Sesungguhnya akan mengangkat engkau kepadaKu”
Surah Ali Imran ayat 55

11) “Mereka takut Tuhan mereka di atas mereka (di langit)”.
Surah An-Nahl ayat 50

12) Rasulullah saw bersabda:

“Ya Tuhan kami! Tuhan yang di langit, Engkau mensucikan namaMu, urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah satu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang dating dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh”.
H/R Abu Daud no 2892, Ahmad 6/21 (Hadis Hasan)

13) Bersabda Rasulullah saw :

‘Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas ‘Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Diriwayat lain: Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadis hasan, sanadnya sahih)

14) Rasulullah saw bersabda lagi:

“Tidak kamu percaya kepada aku? Aku di percayai oleh yang di langit”
H/R Bukhari no 4351

15) Dikuatkan lagi dengan Hadis:

“Sesungguhnya Allah menulis ketentuan yang di sisiNya di atas ‘Arasy”.
H/R Bukhari dan Muslim

16) Hadis di atas dikuatkan lagi dengan firman Allah:

“Dan dia berkehendak menuju ke langit”
Surah Al-Baqarah ayat 29

17) Bersabda Rasulullah saw:

Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya, kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz lain: naik ke langit…”
H/R Hakim, Ad-Darimi dan Az-Zahabi

1Cool Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda semasa berkhutbah di hari ‘Arafah :

“Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah”.
H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ad-Darimi dan Ibnu Majah

19) Nabi Muhammad saw mengisyaratkan Allah di langit:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?”
H/R Ahmad ¾, Bukhari no 4351, Muslim 144, Abu Daud, Nasa’I dan Baihaqi


20) “Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman. Sayangilah orang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit”.
H/R Abu Daud 4941 hasan soheh, Baihaqi dalam “Asma wa As-Sifat hlm 300

21) Hadis seterusnya yang menguatkan:

“Demi jiwaku di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidur maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali yang di langit (Allah) akan mengutuknya sehinggalah ia diredhai oleh suaminya”.
H/R Muslim bab An-Nikah 121

22) “Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut”.
H/R Ahmad dan Tirmizi

23) Rasulullah saw pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:

Bertanya Rasulullah: Berapa tuhan yang kau sembah pada hari ini? Beliau menjawab tujuh, enam di bumi satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit”
H/R Baihaqi dalam “Al-Asma wa Sifat” hlm 300

24) Ummul Mukminin Zainab berbangga kerana dinikahkan oleh Allah yang di atas langit ketujuh sebagaimana pengakuan beliau:

“Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ketujuh”.
H/R Bukhari no 7420, Baihaqi dalam “Al-Asma wa Sifat 296

25) Semasa kewafatan ‘Aisyah, Ibn Abbas berkata kepadanya:

“Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah sebagaimana mencintai Rasulullah saw dan tidak pernah Rasulullah saw mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh”.
H/R Bukhari no 7421

26) Berkata Umar:

Inilah wanita yang di dengar Allah pengaduannya dari langit ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah”.
Al-Baihaqi di dalam sanadnya, Lihat …Al-Islamiyah hlm 30 Ibn Qaiyim

27) Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan hadis:

“Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya: Rahmatku mendahului kemurkaanKu, Ia di sisiNya di atas ‘Arasy”.
H/R Bukhari no 7554, Muslim bab At-Taubah, 14

Jelaslah dengan pengambilan dalil-dalil dari Al-Quran, Hadis dan para Ulama’ muktabar menyatakan bahawa Allah berada di atas langit yang ketujuh iaitu bersemayam di atas ‘ArasyNya. Kita sebagai orang yang beriman hendaklah menetapkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya tanpa ditakwil mengikut hawa nafsu semata. Para ulama’ juga telah ijmak dalam masalah ini supaya kita imani dan jangan diseleweng dikhuatiri Akidah seseorang boleh terpesong. Semoga risalah yang tak seberapa ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca dan dapat disebarkan ilmu ini. Insyaallah.

Saya tempekkan posting ini bukan utk dibahaskan.... hanya utk menyedarkan segelintir drp kita bahawa mereka yg dituduh sesat itu bukan suka-suka atau saja-saja beriktikaq bahawa Allah di langit... Bukan..! Mereka ada dalil drp al-Quran dan Hadis.... kalau pun kita tidak bersetuju dgn tafsiran atau takwilan tersebut, itu hanya masalah berbeza tafsiran.... mana mungkin sekadar berbeza tafsiran dan fahaman terhadap Quran dan Hadis boleh menyebabkan satu pihak menjadi sesat dan kafir...? Mereka bukan menafikan Ayat Qur'an atau menolak Hadis, malah mereka menggunakan Quran dan Hadis sebagai hujah...... adakah hanya kerana itu, maka kita di sini bertungkus-lumus utk menentang mereka...?

Apakah ayat Quran dan Hadis yang disenaraikan itu adalah satu dakyah jahat puak wahabi...? na'uzubillah....




Jawab 2 oleh:
Jeragang
Member
Member

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 3:12 pm Post subject:

Saya seorang Muslim bermazhab Sunni. Pegangan tauhid saya ialah Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ was-sifat. Saya beriman dengan sifat Allah sekadar bagaimana yang telah disifatkan oleh Allah di dalam al-Quran dan sekadar apa yang disifatkan oleh Nabi SAW dalam Hadis baginda. Titik.

Adakah saya wahabi…?

Iktiqad saya ialah Allah bersemayam di langit (Arsy). Bagaimana Allah semayam…? Wallahu’alam, layak dengan kebesaranNya, dan Allah tidak menyerupai segala sesuatu… bagaimana rupa Arsy…? Wallahualam, itu perkara ghaib. Titik.

Saya tahu sesetengah orang berpegang pada Tauhid sifat 20… dan saya tahu sesetengah orang beriktikad bahawa Allah di mana-mana, atau Allah wujud tidak bertempat….

Ustaz Azhar Idrus pernah mensyarahkan hal ini, dan ustaz Azhar mengatakan dua-dua betul… tak ada yg salah, dan tak ada yg sesat…. Haji hadi pun pernah menyebut perkara yang sama…. Jadi, sifir mudahnya, antara pendapat ustaz Azhar Idrus dengan pendapat Buntat Air, kita nak ikut pendapat mana…?

Saya tidak membaca qunut dalam solat Subuh, tetapi bila solat berjemaah, jika Imam membaca qunut, saya pun akan mengikut Imam dengan membaca doa qunut juga….

Adakah ini yang dikatakan wahabi suka membid’ahkan orang…? Sejak sekolah tingkatan satu, tahun 1980, saya berpegang bahawa persoalan qunut ada dua pendapat…. Satu pendapat mengatakan sunat, satu lagi pendapat mengatakan ia bid’ah…. Saya berpegang pada pendapat kedua, tanpa pernah menyalahkan orang2 yg berpegang pada pendapat pertama….. tahun 1980 saya dah tahu bahawa ada dua pendapat yg berbeza, dan pegangan saya sejak sekolah tingkatan satu lagi bahawa dua-dua betul…. Tak ada yang salah. Bukan baru setahun dua ni…. Dah 20 tahun lebih… Dr Asri pun masih sekolah rendah lagi masa tu…..

Apa yg pelik sangat dengan perbezaan pendapat dalam perkara furuk..?
Saya tidak pergi kenduri arwah atau majlis tahlil…. Tetapi saya tidak pernah menganggap itu amalan bid’ah, jauh sekali utk pergi buat kacau kalau ada jiran yang buat kenduri tahlil.

Adakah ini yang dimaksudkan bahawa wahabi suka membid’ahkan orang…?

Saya tidak pernah menyambut hari maulud Nabi SAW… tetapi, tak pernah terlintas pula dalam fikiran saya utk pergi kacau orang yg berarak maulud…

Inikah wahabi…? Adakah saya wahabi…? Kalau perkara-perkara di atas yang diperhitungkan utk menentukan seseorang itu wahabi atau tidak, ya… saya wahabi. Dan pendirian dan pegangan saya tetap kukuh tidak berganjak hanya semata-mata dengan gelaran wahabi itu… dan tidak ada bezanya bagi saya jika dituduh sesat atau rosak akidah…. Saya tahu apa yang saya pegang, dan saya bersedia utk menjawab di hadapan Allah nanti… dan bagi saya, Iman di dalam dada seseorang itu, hanya Allah yang tahu.

Marilah kita sama-sama fikir secara rasional dan adil…. Ada yang mengatakan, dia benci wahabi sebab wahabi suka membid’ahkan orang. Ada yang mengatakan, wahabi adalah fahaman sesat kerana wahabi suka menyesatkan orang. Ada yang mengatakan wahabi itu ini begitu begini kerana wahabi suka menghukum bid’ah…… pusing ikut mana pun, itu lah saja bendanya…..! hanya tuduhan bersifat umum…

Wahabi tidak jadi sesat hanya semata-mata kerana kamu benci atau kamu tak setuju......

Wahabi suka membid’ahkan orang…. Apa maknanya tu…? Apa yg wahabi dah buat…? Setakat ustaz menyebut perkara tersebut dalam kuliahnya, itu ke yg dikatakan membid’ahkan orang…? Saya tak tahu kalau ada kes di Malaysia, orang wahabi pergi buat kacau kat kenduri arwah, atau ada orang wahabi bawak kayu nak pergi pepah orang berarak maulud, atau…. Ish, kalau setakat ustaz sebut dlm kuliah, apa masalahnya…? Itu pendapat ustaz tu…. Takkan tak boleh berbeza pendapat langsung, hinggakan pendapat selain drp kita semua dianggap membid’ahkan kita…?

Saya tak minat main bola, jadi saya tak main bola…. Adakah orang yg minat main bola boleh menuduh saya menganggap itu ini begitu begini kepada pemain bola…..

Sebenarnya, apa yang jadi masalah besarnya kpd kita dalam soal ini…? Hanya berbeza pendapat…. Kalau sebarang perbezaan pendapat dalam agama tidak diterima, dan orang yg berbeza dgn kita semua dianggap sesat….. kenapa timbul perbezaan mazhab dalam agama…? Mazhab mana yg benar, mazhab mana yg sesat…?

Saya tahu persoalan saya ini tidak akan dijawab seperti yg sepatutnya, melainkan akan dijawab dgn cemuhan dan ejekan… walaupun ayat Qur’an atau Hadis yg dibacakan, semuanya akan dipersendakan….

Kalau betul saudara-saudara sekelian berbahas perkara ini semata-mata utk mencari kebenaran, saya berani jika kita sama-sama pergi berjumpa dgn orang alim, iaitu samada Haji Hadi, atau Nik Aziz, atau Harun Taib, atau ustaz Azhar Idrus, utk menanyakan masalah ini…. Tetapi dengan satu syarat…. Kalau pegangan saya dikatakan salah, saya berani meninggfalkan fahaman saya selama ini dan saya akan isytiharkan jawapan itu dlm thread…. Dan begitulah juga dengan sesiapa yg mengatakan orang yg berakidah Tuhan di langit adalah sesat…. Ayuh, kita tanya orang yang lebih alim secara berdepan… bukan di alam maya…. Itu kalau betul-betul utk mencari kebenaran….

Kecualilah kalau berdebat di sini hanya utk tunjuk terer….. atau sekadar melampiaskan kebusukan hati terhadap orang lain…..



Jawab 3 oleh:
Jeragang
Member
Member

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 8:33 pm Post subject:

Jika saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan doa qunut dalam solat subuh adalah bid'ah.... adakah itu bermakna saya telah membid'ahkan orang yang baca qunut....?

Jika saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan Nabi SAW tidak pernah menganjurkan majlis tahlil dan kenduri arwah utk orang mati.... adakah itu bermakna saya telah menghukum sesat orang yg buat kenduri arwah...?

Atau, yang bagaimanakah yang dikatakan wahabi suka membid'ahkan orang lain...?


 


Jawab 4 oleh:
spanarhidup
Member
Member


Joined: Apr 14, 2009
Posts: 718

PostPosted: Fri Jul 02, 2010 9:03 pm Post subject:

salam semua...

Terima kasih banyak kpd pembuka thread buntat_air.berbeza,kenapa satu tajuk yg agak sukar utk menganalisa keatas suatu pokok yg sama tapi berbeza dgn daun2nya.ada daun yg panjang disebelah sana ada daun yg pendek dihujung disebelah sini wal hal dari pokok yg sama ini tidak lain tidak bukan melainkan utk membuka minda kita utk berfikir.


Setelah meneliti dan membaca beberapa posting baru lah Nampak jelas sedikit dgn apa diperkatakan kepercayaan dan pegangan akidah yg terpesong dgn hanya beriktikad bahawa arash merupakan tempat bagi zat ALLAH.sedangkan kewujudan ALLAH tidak bertempat yg diiktikadkan dlm islam..banyak juga cerita dari quran dan hadis mengatakan kedudukan zat ALLAH itu diatas arash spt kesah israk mikrak yg mana perjalanan nabi saw utk menerima sendiri perentah sembahyang lima waktu sehari semalam.dari segi logik pemikiran dan pemahaman sudah tentulah ada suatu tempat yg dituju...jadi bagaimana dikatakan ALLAH tidak bertempat soalan dari segi logik akal..begitu juga dgn Baitullah yg dimaksudkan rumah ALLAH...


berhujah dgn menggunakan kefahaman sendiri dgn tidak merujuk kpd org yg alim lagi pakar dlm bidang ini maka kita sentiasa tertanya2 kerana ketidaksampaian pemikiran kita.jadi perlulah rujukan guru selain dari kitab yg dibaca jgn lah kita cepat membuat andaian sendiri dgn statemen yg diterangkan didlm kitab2 yg kita baca menyebabkan berbeza pemahaman.bila berbeza pemahaman maka timbulah macam2 kenyataan.


Pernah kah kita terfikir bagaimana satu alat yg selalu kita gunakan ia itu hand phone bekerja sehingga kita dapat mendengar bercakap ,melihat gambar2 serta membaca tulisan didlmnya wal hal dia tidak ada penyambung utk berhubung kesesuatu tempat dari pandangan mata kasar kita. Hanya menggunakan gelombang radiasi..bagaimana kita nak menerangkan perkara ini kerana yg dikatakan gelombang radiasi itu kerana kita tidak Nampak kita tidak merasai tapi kita tahu bahawa ia ada disekeliling kita, melainkan mengguna alat detector spt spectrum analyzer atau radar utk mengesan ..apa itu gelombang radiasi yg dikatakan diterangkan didlm buku2 sains..kalau setakat membaca susah juga utk memahaminya dan perlu ada org yg alim dan pakar dlm hal tersebut utk menerangkannya...


Begitulah juga dgn apa yg diperkatakan dlm forum ini.maka saya berharap diatas satu pokok LAAILAAHAILLALLAH dapat kita merapatkan kembali daun2 yg yg telah renggang kerana tergigit terusik tercubit supaya dapat merasai nikmat diatas akar yg kuat mencekam tanah.
Andaikata dgn pandangan yg tak seberapa ini berbeza dgn pendapat tuan2 sahabat yg saya kasehi diharap maafkan..


000______________________________________________000


Buat renungan diri aku berdasarkan hujah yang dibahaskan oleh para forumer itu..maka aku perlu melihat semula kepada asas Islamnya diriku iaitu:

a. Dengan siapa aku bersyahadah :


b. Rukun Islam


c. Rukun Iman

d. Islamnya aku kerana aku ingin menganut satu agama tulen yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah tanpa ada pengubahsuaian oleh manusia yang tidak diberi kuasa untuk melakukan penambahan atau pun pengurangan dalam ajaran Rasulullah.