Pages - Menu

Monday, December 27, 2010

Resdung..

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah


Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.


Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Tuesday, December 21, 2010

Asus Express Gate


Motherboard Asus M4A785-TD-V-EVO ini mempunyai onboard ATI Radeon HD 4200 graphic. Terdapat 2 pci-e slot dan 3 pci slot.Juga ada port DVI, VGA dan HDMI untuk memudahkan sambungan kepada monitor.

Menariknya, motherboard Asus ini mempunyai fungsi instant-on OS, iaitu Express Gate. Instant-on OS bermaksud pengguna boleh menggunakan OS itu sebaik sahaja komputer dihidupkan tanpa perlu masuk ke dalam Windows.


Express Gate membenarkan pengguna melayari web, bermain online games, melihat koleksi gambar, chatting ym, gtalk dll dan skype tanpa perlu masuk ke Windows. Memang hebat motherboard ini sebab memudahkan para pengguna.
Pengguna boleh melayari blog menggunakan browser terbina dalam Express Gate. Jika pengguna hanya ingin melayari web, buka blog, Facebook, You Tube dan membaca email, pengguna hanya perlu boot ke dalam Express Gate kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.

Wednesday, December 15, 2010

Setelah berakhirnya...

Setelah hampir empat tahun aku belajar di OUM..akhirnya aku sampai juga di sini. Selama ni aku hanya hadir di PPW Sg. Petani saja. Bukannya hadir untuk konvokesyen..cuma hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip. Rupanya..di sinilah terletaknya OUM sebenarnya..



Saturday, November 6, 2010

Banjir oh banjir 2010

Isnin 1 November 2010...jam 1.29 tengah hari..Pertama kali dalam sejarah hidup aku terperangkap dalam banjir. Balik dari tempat kerja..aku diminta oleh isteriku untuk segera ke Arau untuk ambil anakku di sekolahnya kerana anak aku dah telefon..sekolah dah ditutup. Air dah masuk kawasan sekolah.

Dari tempat kerja aku, hujan turun sepanjang jalan tapi belum banjir. Tapi sampai kat sini, jalan dah digenangi air. Nak lalu @ patah balik..Kalau aku balik , macam mana anak aku nak balik..Jadi redah saja la..

Kiri-kanan jalan dah penuh dengan air..Fuh..kacau juga macam ni..Tawakkal saja la..kalau kereta aku mati..apa lagi..Tolak saja jawabnya..


Nasib aku cukup baik..Sepanjang meredah air banjir ni..kereta aku tak mampus.Kalau tidak teruk aku kerana air banjir semakin meningkat.


Ketika aku sampai di simpang tiga Batas Liku, Arau,..air semakin banyak. Laju pula air tu melintas jalan dari Taman Bersatu ke seberang jalan. Nampak kereta yang melalui jalan tu dah tergoyang-goyang.


Aku buat keputusan..Nak redah atau tidak. Keputusannya ..tak boleh la..Nanti kereta masuk parit. Jadi..aku buat u turn..Pusing balik untuk cari jalan lain untuk ambil anak aku kat SMK Arau..


Dalam perjalanan, telefon berbunyi..Lega..seorang kawan dah tolong ambilkan anak aku .Dia balik ikut jalan Pauh -Padang Siding-Guar Nangka. Anak aku ditinggalkannya kat Sekolah Keb.Guar Nangka.Aku cuma perlu ambil di situ saja. Syukur la..


Nasib baik kawan aku tu dah tolong ambilkan anak aku. Air dah jadi macam ni semasa aku buat u turn untuk balik..Sampai rumah, aku rasa amat legaa..Selamat la aku sebab kampung aku tak ada banjir walaupun kawasan sekitar dah dinaiki air.


Ni gambar kedai kakak ipar aku di pekan Jitra. Kedai ni terletak di belakang Klinik Jitra, bersebelahan dengan mini stadium pekan tu. Di belakang kedai tu rumah kak ipar aku. Hari Sabtu , aku sekeluarga menziarahi mereka. Aduh..semua barang habis musnah ..5 hari terendam dalam air banjir dan paras air tu sama paras dengan lubang hidung aku..Terima saja lah ...

Wednesday, October 13, 2010

Smart Undelete Shareware..

Malam kelmarin anak aku telefon dari kolejnya di Terangganu. Dia bertanya sama ada folder dalam komputer kawannya yang telah di 'delete' boleh diambil kembali atau pun tidak. Aku tanya semula..adakah folder masih ada dalam 'Recycle Bin'? Jawabnya, dalam 'recycle bin' pun telah dipadamkan juga.

Wah..masalah ler juga kalau macam tu. Aku pun heran juga pasal apa padam folder tu. Kawannya kata dia terpadam folder tu.Kalau dah padam kenapa nak ambil semula . Penting sangat ker? Anak aku kata folder tu penting sebab dalam tu ada assigmen yang perlu dipersembahkan keesokannya.Aaah..kacau ler kalau macam tu..



Macam mana aku nak tolong budak ni..Jalan senang ialah dengan suruh buat semula assigmen tu tapi dijamin mesti kelam-kabut sampai ke pagi..Silap haribulan assigmen tu tak siap pulak. Jadi ..aku pun merayap dalam internet ler..Cari perisian yang boleh digunakan untuk recover semula assigmen yang telah dipadamkan tu..



Hasil pencarian tu..aku jumpa program 'shareware' percuma untuk digunakan. Program Smart Undelete...Aku terus saja muat turun dari laman webnya iaitu http://www.recoverdeletedfilestool.com/ .. Terus saja install dalam komputer. Program ni terus diuji..ha..ha..bagus juga ..Pertama sebab boleh guna secara free. Kedua, ianya berkesan juga untuk masalah yang dihadapi. Ketiganya..software ni mudah digunakan.

Supported operating systems:
Win95, Win98, WinME, WinNT 3.x, WinNT 4.x, Windows2000, WinXP, Windows Vista Starter, Windows Vista Home Basic, Windows Vista Home Premium, Windows Vista Business, Windows Vista Enterprise, Windows Vista Ultimate, Windows Vista Home Basic x64, Windows Vista Home Premium x64, Windows Vista Business x64, Windows Vista Enterprise x64, Windows Vista Ultimate x64
Install/Uninstall: Install and Uninstall

Supported languages: English

System Requirements: 32MB RAM
Listed @ SnapFiles since: 2005

Status: New Release

Software type: Shareware
Expiration: 15 Days

Product marketing description as supplied by the developer:

Smart Undelete is a powerful file unerase and data recovery software that works capably to unerase both hard drives and floppy discs. It's versatile feature set offers many flexible and useful options - at the click of a button, you can easily preview the files scanned before you decide to save them. At the click of another, quickly find a file you're looking for, by entering a partial file-name and path name. Do you find that you need those deleted files after all? The really important ones that someone accidentally deleted? Is there virus damage on the system, and your priceless data lost, seemingly forever? Get Smart Undelete! It will rescue your files and restore them in no time at all!



Setelah aku dapati program ni berkesan , terus aku telefon anak aku minta rakannya muat turun program tu. Bebudak tu muat turun dan install program tu.. Selepas tu terus guna untuk cari folder assigmen yang terpadam tu..Keputusan..mereka berjaya mendapat semula assigmen tu..





Fuhhh ...lega..

Cara Jangkitan Stuxnet



WAHABI ADALAH WAHABI

Al-Nasr Heesyam

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

...Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi

Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi

Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi


Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti

Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi

Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi

Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun...
Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi...
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti...
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari Nabi...
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari llahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi

Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi






Monday, September 27, 2010

Jalan-jalan ke Penang..

Geng rombongan Cik Kiah berhenti rehat kat Gurun..dalam perjalanan ke Pulau Pinang setelah selesai peperiksaan UPSR..Ha..ha..jalan-jalan la pula..cuci otak..kendurkan ketegangan minda..


Persinggahan pertama..Taman Burung Pulau Pinang..Sini tak berapa best..Pendapat aku..taman ni dah usang..Kurang senggaraan dan tak menarik untuk dikunjungi..Jikalau aku yang kendalikan lawatan ni..aku takkan pilih taman burung ni. Aku lebih suka jika Taman Rama-Rama dikunjungi..Suasananya lebih menarik..

Burung unta yang terbesar di sini..jinak gak burung ni tetapi berbau busuk..Jika pihak pengurusan taman ni prihatin dengan keadaan tempat tinggal burung ni..tentu lebih best. Bau busuk boleh dielakkan..


Burung sedih mengenang nasib yang terkurung.. dan tak terurus..


Bahagian yang menarik..pertunjukan burung ..jam 11.30 lebih baru ada pertunjukan ni..Banyak masa terbuang menunggu pertunjukan ni..


Di sini pengunjung boleh beri burung makan..ada burung yang makan atas tapak tangan..kena beli makanan..50 sen..


Antara burung di sini..


Ada banyak jenis burung hantu..ni salah satu daripadanya..


Selepas makan tengah hari, singgah pula kat masjid terapung di Jalan Tanjung Bunga..Cantik masjid ni..Di masjid ni bebudak aku berhenti penat. Boleh ler bebudak ni mandi-manda sikit setelah separuh hari berjalan-jalan..Selesai solat Asar, perjalanan disambung kembali..

Selepas tu singgah pula kat Muzium Toy di Jalan Tanjung Bunga..Muzium Toy yang terbesar tetapi sempit dan sesak..


Ni antara koleksi dalam muzium tu..


Ni pula tandas kat muzium tersebut..Semuanya berbentuk lukisan dan ukiran zaman firaun..menarik tandas ni..unik..tetapi agak berbau. Mungkin ramai pengunjung yang tunai hajat kat sini..


Geng rombongan Cik Kiah yang keletihan..macam pendatang kena tahan..berhenti rehat kat Chowrasta Market..kat sini pakat beli jeruk..jeruk buah pala..buah mempelam..Setelah beli jeruk..tak tahu nak beli apa dah..sebenarnya dah letih.. Jadi pakat tunggu bas la pula..mana pak cik bas ni ..tak mai g..

Tempat terakhir untuk dikunjungi...Singgah makan kat Padang Kota Lama ..untuk lepak dan makan-makan.. Ramainya manusia di sini..waktu senja menjelang tiba...Pakat-pakat langut tepi tembok Padang Kota menghirup udara senja sambil tengok laut...

Perut dah berbunyi..bawa anak-anak ke gerai makanan yang berdekatan..pasembor Penang jadi pilihan ..Macam-macam ada...pilih saja dan taroh saja..best tapi mahal..

Suasana di Padang Kota Lama..Semakin ramai orang yang lepak kat situ menikmati angin laut di waktu senja..8.30 malam ..bertolak pulang..Singgah di R & R Gurun untuk sembahyang jamak ...Letih setelah seharian jalan-jalan ke Penang..Sampai rumah..tidor la pula..

Thursday, September 23, 2010

UPSR oh upsr...

Ini cerita mengenai UPSR yg kononnya akan dimansuhkan..UPSR baru saja selesai diduduki oleh bebudak pada petang ni (24/9/2010). Setelah tiga hari peperiksaan ni berlangsung, aku mula rasa bimbang dengan perjalanan peperiksaan awam yang pertama untuk bebudak ni.

Pasai apa aku perlu bimbang pula? Bimbang bukannya takut bebudak aku gagal tapi bimbang dengan ketelusan dan ketekalan peperiksaan ni. Aku bimbang juga sebab aku pun turut terlibat melatih bebudak untuk menduduki peperiksaan tersebut. Tak bimbang macam mana ..ketika melihat peperiksaan itu dijalankan..pengurusannya tidaklah begitu serius seperti yang termaktub dalam peraturan peperiksaan.

Tekalkah UPSR dalam memilih pelajar 5A? Teluskah peperiksaan ni? Semasa peperiksaan ni dijalankan , aku tidak menghampiri pun dewan periksa tu..jadi..aku taklah tengok dengan mata kepala tetapi aku dapat khabar daripada murid-murid aku sendiri..

Selama ni..dalam kelas ..aku selalu ingatkan bebudak ni tentang peraturan dalam dewan peperiksaan. Kamu tak boleh bercakap..tak boleh meniru..tak boleh bawa masuk bahan yang dilarang..

Selesai subjek pertama peperiksaan..murid aku terus cakap...Laa..boleh cakap la cikgu..Pengawas tak larang pun. Semasa peperiksaan boleh bercakap pula.. Seterusnya..aku rasa kebimbangan aku berasas. Tunggu dan lihat keputusan yang akan keluar nanti..mesti ada kejutan.

Mungkin terkejut beruk...murid yang tak pernah lulus ujian kendalian guru..tiba-tiba score upsr sama macam murid-murid cemerlang. Mungkin murid ni cuma akan gagal pada kertas ujian yang memerlukan daya kreativiti..perlu bina ayat dan perenggan. Mereka mungkin gagal kertas penulisan BM, kertas subjektif sains dan penulisan BI..

Kebimbangan ini bukannya kebimbangan aku seorang..rupa-rupanya ada orang lain yang turut bimbang..Jadi, jika UPSR nak dihapuskan ..mungkin patut la sebab ketekalan dan ketelusannya telah pun dilihat dan diragui..


Detikdaily :Posted on Wednesday, September 22 @ 19:00:00 PDT by paktam
Oleh Expet

Baru Baru ini saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.



Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni... M/Kini

Sunday, August 15, 2010

Klinik Dr.Venkat

Klinik ni terletak di Jalan Putera, Alor Setar..berdekatan dengan PMC. Dr.Venkat ni dikatakan pakar dalam bidang sakit kulit. Disebabkan ada masalah dengan sakit kulit..maka kelmarin aku dan geng terpaksa cari klinik ni.. Dah banyak doktor tapi tak juga sembuh..pakar kat HTF dah jumpa ..tapi tiada perubahan..

Ada kawan beritahu supaya cuba jumpa Dr. Venkat ni. Jadi..kelmarin (Ahad) aku pun cuba cari klinik ni. Berpandukan maklumat dari rakan dan internet..aku cari kat jalan Putera..Depa kata dekat dengan PMC saja..Satu lagi depa kata ..tak jauh dari Plaza Sentosa di Jalan Putera..

Plaza Sentosa dilihat dari Klinik Venkat

Cari mula tu tak jumpa..sesat juga sampai ke PMC...Toleh belakang baru nampak papan tanda klinik ni yang dipasang di bahagian belakang. Rupanya klinik ni berada di kepala simpang jalan masuk ke PMC dari arah jalan Putera saja..

Di seberang Klinik Venkat ni ada kedai perabut Gucca ni..betul-betul di hadapan klinik..

Sini ..parking tak ler susah sangat..entah ler. Mungkin waktu tu masih awal lagi...Baru jam 9.10 pagi..tapi kira mudah ler nak parking kereta.


Ni ler klinik tu dari arah luar..Doktor tu periksa..ha..ha.. akhirnya kena bil boleh tahan gak ...RM195.00. Dua minggu lagi datang jumpa semula no..

Wednesday, August 4, 2010

Padang Besar..

Namanya Padang Besar tapi tak pernah pun jumpa padang yang besar-besar..Sejak zaman dahulu lagi..aku tak pernah pun jumpa padang yang besar kat sini.. entah kenapa dinamakan sedemikian rupa.. tak tau la pula kenapa dinamakan sebegini rupa..

Padang Besar atau nama Siamnya dipanggil "Thong Nyai". Itu nama Siam la..Sekarang nak masuk sebelah sana ...kena guna pasport. Dulu-dulu..zaman aku bebudak ..tak perlu passport. Hanya lintas landasan keretapi..tabik sekali dua..senyum sikit..dah boleh masuk pekan Siam ni. Itu dulu-dulu ler..
Sekarang..semuanya dah berubah..Padang Besar dah membangun tetapi masih mengekalkan identiti lamanya. Pekan di Malaysia tetapi penuh dengan peniaga dari Thailand. Peniaga import..juga barang import. Semuanya import dari seberang sempadan.

Walaupun dalam bangunan Bazar Mara ni... Kebanyakan peniaganya orang sebelah sana. Tengok cara berpakaian dan pertuturan ..dah tahu..peniaga di sini kebanyakannya adalah orang dari selatan Thailand. Orang Pattani kot..

Kat parkir pula ..dipenuhi dengan kenderaan dari Siam..Plet kenderaan membuktikannya. Kalau terlupa, seolah-olah kita dah berada di negara Gajah Putih dah..Bandarku...negeriku..tapi ..entah la...