Pages - Menu

Thursday, December 25, 2008

Tok Mat JMC

Ini sebuah kisah yang telah lama berlalu. Ada seorang tua, namanya Tok Mat. Dia digelar Tok Mat JMC. Adalah maksud JMC tu.. Tok Mat ni jika bekerja, maka dia akan bekerja bersungguh-sungguh. Baginya, jika buat kerja biar tekun supaya cepat siap dan tak perlu dibawa ke hari seterusnya.

Satu hari tu, orang kampung pakat 'berderau' menanam padi. 'Berderau' merupakan istilah bagi perbuatan gotong-royong untuk menanam anak padi beramai-ramai. Pak Mat merupakan salah seorang peserta yang turut sama 'berderau'. Setelah beberapa lama 'berderau', tuan bendang pun panggil orang yang 'berderau' untuk berehat dan menjamu selera.

Tuan tanah tu menyediakan satu 'guri' cendol pulut kepada orang yang membantunya 'berderau'. 'Guri' merupakan sejenis tempayan yang bersaiz besar. Semua orang dah naik dari sawah dan duduk minum cendol kat dangau. Hanya Tok Mat seorang saja lagi yang masih di dalam bendang menanam anak padi.

Tuan bendang pun panggil berulang-ulang kali mengajak Tok Mat berhenti rehat dan minum cendol tu tapi Tok Mat kata ,"Tak pa laa..minum la dulu. Sat gi aku mai..". Selepas tu , orang lain pula yang panggil. Lama-lama semua orang pakat-pakat panggil Tok Mat ni suruh cepat-cepat datang minum cendol tu.

Tok Mat pula jadi geram sangat sebab dipanggil berulang-ulang kali. "Tak boleh tunggu sat ke? Nanti aku nak ajar depa ni. Panggil tak henti-henti no.."

Tok Mat pun naik ke dangau dan duduk bersila. Dia minum cendol tu sampai habis satu 'guri'. Semua orang tercengang tengok Tok Mat minum cendol. Terkejut beruk depa semua. Habis satu 'guri' cendol, Tok Matpun lap mulut dengan lengan baju perlahan-lahan sambil berkata,"Tu la yang aku tak mau minum dengan hampa semua. Setakat satu guri cendol tu kira aku sorang saja la. Hampa semua tak boleh tumpang."

Sebenarnya Tok Mat ni ada ilmu yang dituntutnya. Zaman dulu ilmu jenis ni yang dicari, bukannya macam zaman sekarang. Pernah diceritakan bahawa orang tua ni pernah baling kerbau yang masuk ke bendang untuk makan padinya sampai mati. Baling kerbau pun boleh mati..Baling dengan apa? Kayu balak ka? Ikut ceritanya Tok Mat baling kerbau tu dengan sabut kelapa saja..Terbalik kerbau tu lalu mati. Gitu la ceritanya.

Saturday, December 20, 2008

KOD BABI

PENTING UNTUK UMAT ISLAM KETAHUI.

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di badan tersebut di bahagian QC .Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.


Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia. Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang , di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa alu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,

E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,

E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,

E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com

Thursday, December 18, 2008

Perkhemahan

Masih aku ingat lagi pengalaman aku dan kawan-kawanku berkhemah di Langkawi setelah tamat peperiksaan STPM. Kami bertolak dari Kuala Perlis menuju Kuah dengan menaiki bot "Ambar". Bot "Ambar" ni kecil jer dan telahpun lama ditamatkan perkhidmatannya.Tapi bot ni ada keistimewaannya. Penumpang boleh berada di bahagian atas bot semasa dalam perjalanan untuk melihat pemandangan laut menuju ke Pulau Langkawi. Ini yang best..


Sampai di sana , kami pasang khemah kat tepi pantai. Tak jauh dari jeti. Aku dah tak ingat nama pantai tu..Pantai Dato' Syed Omar kot..jalannya menghala ke Langkawi Country Club. Rasanya Langkawi Country Club ni sekarang dah tiada dah. Dulu-dulu Langkawi Country Club ni rasanya adalah hotel yang terbaik di Langkawi..Pada zaman tu ler..

Malam tu kami tidor dalam khemah tepi pantai tu. Rasanya memang best. Cuaca sungguh baik sekali. Angin bertiup lembut. Malam tu kami boleh tengok pemandangan laut..ada nelayan yang ajak kami tangkap sotong. Zaman tu Langkawi tenang dan tak sibuk macam sekarang. Makanannya pula murah jer.

Esoknya,setelah bersarapan dan simpan khemah, kami bertolak ke Tanjung Rhu. Di sini kami dapat pengalaman yang tidak boleh dilupakan sehingga ke hari ini. Sampai di Tanjung Rhu, kami sembang-sembang dengan makcik-makcik yang berniaga di situ. Makcik tu cadangkan supaya kami pasang khemah kat pondok di bawah pokok rhu. Tapi cadangan makcik tu kami tak setuju. Ada kawan kami kata , bawah pokok tak best. Gelap, tak nampak langit.

Jadi kami pun pasang khemah betul-betul di muka laut. Tepi pantai laa..Tak ada pokok dan hanya beberapa kaki dari pantai. Kira-kira 100 meter dari chalet Tanjung Rhu.Tengok keadaan cuaca memang elok. Malamnya kami makan nasi lauk sardin saja. Ini hari kedua kami makan nasi berlauk sardin. Selesai makan, kami borak dan sembang-sembang kosong sampai terlena.

Tengah malam, kami terjaga..Ada air masuk mulut dan hidung. Air tu laju pula..campur dengan angin sejuk. Rupanya khemah kami dah roboh dibawa angin ribut. Habis basah..semua basah..Kelam kabut jadinya..Padan muka..nasihat orang tua tak didengar. Tengah malam tu juga kami pindah.

Kami pasang semula khemah dekat dengan chalet. Tumpang tambat khemah kat chalet yang paling hujung. Maaf noo wahai tokey chalet sebab tumpang tidur kat situ. . . kecemasan daa..Angkut barang tengah malam. Anehnya..walaupun basah kuyup tapi kami semua boleh tidur lena lagi sekali sampai ke pagi. Mungkin kerana keletihan. Lain kali cakap orang tua-tua perlu didengar.

Wednesday, December 17, 2008

Nasib sang tikus

Inilah tikus yang digunakan oleh bebudak matrikulasi untuk subjek biologi. Kesian tikus tu, jadi mangsa ujikaji bebudak ni. Kejam gak..Dulu-dulu..aku pernah tengok bagaimana beribu-ribu ekor tikus putih diternak untuk dijadikan makanan ular .Tikus putih ni mudah dibiakkan. Mungkin sebab tu tikus ni dijadikan bahan ujikaji makmal.

Setiap pelajar ambil seekor tikus putih dan letak dalam talam beserta alat untuk membedahnya..buat pembedahan lak. Eei..tak gamak rasanya.

Kawasan yang akan dipotong tu perlu ditanda terlebih dahulu dengan pen marker.

Maka bermulalah operasi membelah tikus ni.. Kesian gak nak buat cam tu tapi hati kena buat kering jer..dah mula tu kira ok ler..Heh,heh..rasa macam pakar bedah jer. Tapi pakar bedah tikus la..

Dah habis dah tikus tu dibedah..macam ni le rupa isi kandungan dalam tikus tu.

Gini le rupanya...mampu juga buat pembedahan tikus ni..Senyum pula noo..Tadi macam takut-takut jer..

Kesian hamba Allah tu..untuk belajar maka adalah makhluk yang terpaksa dikorbankan.

Tuesday, December 16, 2008

Tebang pokok

Hari ni aku tebang pokok cempedak di belakang rumahku. Sebenarnya dah beberapa hari aku bercadang nak tebang pokok ni tapi masa tak sesuai.Sibuk dengan macam-macam..gitu,gini..Sampai apa pun tak jadi.Kelmarin aku tekadkan azamku..Jadi aku pun pergi ke Mata Ayer dan ku beli tali sekilo dan sebilah kapak.Tali dijual sekilo Rm11.00 dan kapak tu selepas tawar-menawar dapat Rm17.

Dengan berbekalkan kapak dan segulung tali yang aku beli kelmarin, aku memulakan misi ku di pagi-pagi hari ini. Mula-mula aku terpaksa menaikkan tali ke bahagian atas pokok. Susah gak nak naikkan tali tu.Aku gunakan galah panjang untuk naikkan tali tu, jadi aku tak perlu panjat pokok tu. Lepas tu, aku ikat pada bahagian atas pokok. Setelh diikat kemas-kemas, tali tu ditarik tegang-tegang dan ku tambat pada sebatang pokok yang lain.

Aku tebang pokok itu sedikit demi sedikit. Oleh kerana kapak ni baru dibeli, maka ianya tidak begitu tajam. Tumpul daa..Macam mana nak tebang pokok ni..Aku kena berhenti sekejap untuk asah kapak ni dulu. Setelah kapak tajam aku sambung semula kerja aku tu.

Entah berapa kali aku berhenti untuk asah kapak tu.Bila aku rasa tajam aku pun tebang pokok tu.Penat jer, aku berhenti untuk asah kapak tu.Kemudian aku tebang semula sampai akhirnya pokok tu hampir nak putus.Apabila tengok pokok tu dah hampir nak putus, aku mula rasa takut.

Takut pokok tu tak tumbang seperti yang dirancang. Buatnya tumbang ke arah kabel elektrik dan wayar telefon, masalah pulak aku..Satu lagi, aku takut pokok ni tumbang ke arah dapur rumah ..Aaah, tawakkal sajalah..Aku kapak pokok tu sikit lagi..Setelah yakin pokok ni boleh tumbang, aku letakkan kapak tu dan aku capai tali pula untuk kerja seterusnya.

Ya Allah, tolong aku ni..Aku tarik pokok itu kuat-kuat. Tak bergerak pun . Puuh..penat aku. Aku tarik nafas panjang-panjang..cuba sekali lagi..Tarik kuat-kuat..Argghh..aku tarik sekuat hatiku. Prakk..dengar punyi pokok tu patah dan bergerak. Aku terus tarik sehingga pokok tu menyembah bumi.

Misi aku berjaya. Pokok cempedak tu dah tumbang. Tangan aku terasa pedih. Rupanya tangan aku dah pecah-pecah kerana menggunakan kapak tu. Tapi aku puas hati kerana berjaya juga aku menumbang pokok itu dengan kudrat aku sendiri .Dengan pertolongan Allah pokok itu tumbang tepat pada tempat yang dikehendaki.Alhamdulillah..

Monday, December 15, 2008

Subuh nan sepi

Selepas solat subuh, aku capai basikal dan mengayuh basikal burukku perlahan-lahan menyusuri anak sungai di kawasan sawah padi di kampung aku. Waktu tu matahari baru nak terbit. Nak bersenam sekejap, bagi keluar peluh pula sambil ambil angin pagi. Keadaan masih gelap, cuma nampak cahaya kat kaki langit jer..

Suasana pagi memang aman, tenteram dan menyamankan. Terasa segar udara sekeliling. Tidak ada suara yang memekakkan telinga sebab pagi-pagi gini orang malas nak bangun. Tambahan pula, sekarang ni angin timur sedang bertiup. Sejuuk beb..tarik kain selimut memang sedaap..Tapi selalunya yang sedap tu kurang baik untuk kesihatan diri. Penyakit akan datang walau pun tak diundang.

Perlahan-lahan matahari menunjukkan diri. Keadaan yang tadi nampak agak gelap mulai berubah. Samar-samar kelihatan kawasan sawah padi yang luas terbentang nun jauh mata memandang. Peluh pun dah mulai menitik..

Dah cerah ...Di kampung aku, pokok ini kalau tak silap cuma tinggal dua batang jer lagi. Ni pun aku nampak semasa kayuh basikal tadi. Baru aku sedar bahawa spesies pokok ni dah semakin tiada. Entah nama apa pokok ni aku pun tak tahu. Kalau tak silap pokok ibus kot..

Video

Semalam aku tonton video Max Payne. Cerita ni memang best. Sebelum tu, dua tiga tahun lepas aku ada main game Max Payne ni. Game ni merupakan game kegemaran aku. Apabila tension jer, aku main game ni untuk lepas geram. Tembak habis-habisan...


Apabila tonton video ni, aku dapat satu kepuasan. Ceritanya tak terlalu pantas pergerakannya macam Quantum of Solace. Ada gerak perlahan..slow motion. Bab ini best..sama macam dalam game. Kita boleh tengok pergerakan dengan detail. Baru ada seni.

Tak rugi aku beli video ni. Betul-betul memuaskan dan menghiburkan. Jika dibandingkan dengan Quantum of Solace, Max Payne lebih best. Quantum of Solace kurang memuaskan kerana cara persembahan yang agak mengelirukan dan pergerakan aksi filemnya terlalu pantas. Hilang nilai seninya. Jalan ceritanya pula agak longgar.


Walau apa pun, kedua-dua cerita ni dikategorikan sebagai menghiburkan. Boleh ler isi masa senggang aku yang masih ada beberapa hari ni. Untuk cuci otak aku yang agak semak ni , maka aku menonton video..Jadi mungkin aku kena cari lagi beberapa video yang best-best..

Sunday, December 14, 2008

Ikan oh ikan


Waktu petang boleh lepak tepi kolam tengok ikan berenang...rileks jer. Waduh..best nyer. Kena lak waktu tu angin nyer bertiup sepoi-sepoi bahasa.Ada pula kopi radix secawan..duduk atas kerusi malas..baca surat khabar..


Ditambah pula dengan bunga telipok yang sedang kembang dalam kolam..


Tapi telipok ni tak kembang waktu petang..cuma kembang waktu pagi jer. Bila mentari dah tinggi, bunganya akan kuncup semula. Esok pagi lak baru kembang..Aneh bukan ?


Jadi ikan kan senang..tak sakit jiwa dan perasaan. Tunggu orang bagi makan jer..lepas tu kena tangkap dan orang lak makan..ikan ni jenis talapia merah. Jenis ni mudah dibela dan tahan lasak. Juga ikan ni mudah dibiak bersama ikan jenis lain seperti keli afrika dan patin.

Saturday, December 13, 2008

Berkelah pula..

Kelmarin aku dan keluarga pergi berkelah kat Titi Hayun di Yan . Air terjun ni terletak di kaki gunung Jerai. Sebenarnya di sini, aku dan keluarga dah selalu sangat berkelah kat sini. Entah dah berapa kali. Bagi aku , tempat ni boleh la untuk lepaskan tension dan boring. Tapi tak lah best sangat. Kategorinya, boleh ler..dari tak tahu nak buat apa-apa tu..lepak la kat sini..main - main air..

Di sini ada jambatan gantung..titi hayun , kata orang Kedah. Mungkin sebab jambatan tu terhayun-hayun sewaktu melaluinya..maka dinamakan Titi Hayun.

Banyak batu-batu besar dari puncak gunung. Kalau minat dengan batu ni boleh muat lori bawa balik rumah. Buat dekorasi kat rumah lak..

Hari tu ramai sangat orang kat situ. Jadi tak berapa best sangat sebab tak ada tempat yang bagus untuk lepak. Air pun tak gitu deras kerana sekarang musim kering..tak ada hujan..Tapi bagus juga sebab tak takut batu jatuh dari atas di bawa arus sungai sewaktu hujan lebat di hulu sungai.

Ini pula persimpangan untuk ke air terjun Puteri Mandi. Jaraknya 3km dari Titi Hayun. Jauh tu..aku malas nak je sana kerana agak jauh. 3km jalan kaki pergi dan 3km pula untuk balik ke sini. Tak payah pergi ler. Lepak sini jer. Lagi satu ..tak ramai orang yang aku nampak pergi ikut jalan tu..jalan tu sunyi..adalah satu dua couple yang ikut jalan sunyi tu..cari tempat sunyi jer couple tu..

Ini pemandangan di sepanjang tebing sungai tu..Hutan saja..Bagus untuk pencinta alam..Ada ketenangan dan kedamaian.



Sebenarnya ni gambar aku turun setelah malas nak pergi lebih jauh ke bahagian atas air terjun tu. Aku cuba naik ke atas , nak cari tempat yang strategik tapi semuanya penuh dengan manusia yang bawa anak-pinak dan cucu serta menantu untuk berkelah. Ada bawa khemah, bakar ikan, gantung buaian dan penyidai kain. Baik aku blah ke bawah..

Ini pulak Tangga Kenari. Kalau rajin boleh panjat anak tangga untuk ke bahagian aras. Tapi tak nampak sesiapa pun yang ikut anak tangga tu. Sempena anak tangga ni maka tempat ni juga dikenali sebagai 'Tangga Seribu'. Tangga ni agak bahaya untuk didaki jika bersendirian. Kata orang ada banyak beruk kera kat atas yang akan kacau kita jika kita tak biasa. Satu lagi boleh sesat kat atas gunung tu.. Jumpa Puteri Gunung Jerai le..



Ini pula jalan untuk ke Tangga Kenari tu. Pemandangannya best juga..aman jer tapi kalau seorang diri tu seram juga sebab tak biasa. Tapi kat situ ada dusun buah-buahan.


Dah boring berendam dalam air sejuk gunung Jerai, kami pergi lepak-lepak kat Pantai Murni. Pantai ni pantai jenis berselut. Jadi nak berenang tu tak boleh ler..cuma tengok laut dan ambil angin laut saja..Lepak sambil makan rojak & laksa kat kerusi batu tu..sambil layan-layan..


Dari jauh tu kelihatan sebuah pulau yang dinamakan Pulau Bunting. Pulau Bunting ni dihubungkan dengan sebuah jambatan ke tanah besar. Boleh nampak dari pantai ni..Untuk ke sana kena pergi ikut jalan Sungai Kering..


Best juga petang-petang, lepak kat sini sambil dengar ombak menghempas ke pantai.Boleh ler makan-makan kat gerai di sini..Angin menderu-deru..oooh , syahdu..


Ni ler gambar Pekan Yan. Pekan kecil saja. Kami singgah beli kuih kat sini semasa perjalanan balik.


Balik singgah kat restoran Joe Cendol Pulut pula.Singgah sembahayang Asar dan tumpang ke tandas kejap. Bagus restoran ni..ada kemudahan untuk pengunjungnya. Siap dengan tandas dan surau. Jadi, semasa lepak kat sini , tak lah kalut nak cari tempat sembahayang..boleh ler lepak lama sikit.


Selesai bersolat,order ler apa yang patut untuk isi perut. 'Sini orang kata cendol pulutnya best' Bihun sup dan nasi ayam pun best gak.


Aku makan nasi ayam yang dikatakan best tu. Memang best pun ..kejap jer dah abis..Lega rasa perut aku..Cendol pulut tu pun best gak..boleh ler untuk kurangkan rasa lapar tu..Haa..dah clear semua..jom balik rumah ..tidur lak.