Pages - Menu

Saturday, February 14, 2015

KENDURI ARWAH, TAHLILAN & YASINAN MENURUT ULAMA SYAFIE

Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah:
وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.
"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".[1]
Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang mungkar oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:
وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.
"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".2 [1]
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:
وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
"Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan".3 [1] (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih).
Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
[1]. Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
[2]. Lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268.
PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN, YASINAN & SELAMATAN
Amalan mengadakan kenduri arwah dengan pembacaan surah al-Fatihah, Surah al- Ikhlas, Surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan beberapa ayat yang lain secara beramai-ramai amat bertentangan dengan nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan athar para sahabat. Membaca al-Quran berjamaah (beramai-ramai) dengan mengangkat suara sehingga tidak ketahuan bunyi bacaan dan siapa pendengarnya telah ditegah oleh Allah di dalam firmanNya:
وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهُ وَاَنْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.
“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”.
AL-A’RAF, 7:204.
Begitu juga al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk dibacakan kepada orang yang sudah mati, tetapi untuk orang yang masih hidup dan wajib dibaca oleh mereka yang masih hidup, kerana orang mati sudah tidak mampu lagi mendengar perintah al-Quran sebagaimana firman Allah:
اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَى
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar”.
AN-NAML, 27:80.
وَمَا يَسْتَوِى اْلاَحْيَآءُ وَلاَ اْلاَمْوَاتُ ، اِنَّ اللهَ يُسْمِعُ مَنْ يَّشَآءُ ، وَمَا اَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَّنْ فِى الْقُبُوْرِ.
“Dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati, sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang dalam kubur dapat mendengar”.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1]
Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk ibu bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka yang sudah mati juga diharuskan. Walau bagaimanapun, doa dari anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang perlu diberi perhatian: "Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang lain" yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.7 [1]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : اَنَّ رَجُلاً اَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ اقْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوْصِ وَاَظُنُّهَا لَوْتَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ اَفَلَهَا اَجْرٌ اِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ .
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah mati mendadak, sehingga dia tidak berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa andaikan ia mendapat kesempatan berkata tentu dia berwasiat (supaya bersedekah). Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya”.8 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا اَنَّ امْرَاَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَ تْ اِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، اَنَّ اُمِّيْ نَذَرَتْ اَنْ تَحِجَّ فَلَمْ تَحِجَّ حَتَّى مَاتَتْ اَفَاَحِجُّ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ حُجِّيْ عَنْهَا . اَرَاَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيَتَهُ ؟ اُقْضُوْا اللهَ فَاللهُ اَحَقُّ بِالْقَضَاءِ وَفِى رِوَايَةٍ : فَاللهُ اَحَقُّ بِالْوَفَاءِ.
"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhuma berkata: Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal sebelum menunaikan nazarnya apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya, hajikan untuknya, bagaimana sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah engkau yang membayarnya? Bayarlah hak Allah, kepada Allah lebih layak orang membayarnya".9 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا . اَنَّ رَجُلاً اَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : اَنَّ اَبِىْ مَاتَ وَعَلَيْهِ حَجَّةُ اْلاِسْلاَمِ اَفَاَحُجَّ عَنْهُ ؟ فَقَالَ : اَرَاَيْتَ لَوْ اَنَّ اَبَاكَ تَرَكَ دَيْنًا عَلَيْهِ اَتَقْضِيْهِ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَاحْجُجْ عَنْ اَبِيْكَ .
"Dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ayahku telah meninggal dan belum mengerjakan haji, apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Bagaimana jika ayahmu meninggalkan hutang, apakah kamu yang membayarnya? Jawabnya: Ya. Baginda bersabda: Maka hajikanlah untuk ayahmu".10 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : تُوُفِّيَتْ اُمُّ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ وَهُوَ غَائِبٌ عَنْهَا . فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ تُوُفِيَّتْ وَاَنَا غَائِبٌ عَنْهَا اَيَنْفَعُهَا شَيْءٌ اِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ فَاِنِّيْ اُشْهِدُكَ اَنَّ حَائِطِى الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَنْهَا
"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu berkata: Ibu Sa'ad bin 'Ubadah ketika meninggal sedang Sa'ad tidak ada. Lalu Sa'ad berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal diwaktu aku tidak ada di rumah, apakah kiranya akan berguna baginya jika aku bersedekah? Baginda menjawab: Ya!. Berkata Sa'ad: Saya persaksikan kepadamu bahawa kebun kurma yang berbuah itu sebagai sedekah untuknya".11 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: جَاءَ تْ اِمْرَاَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُـوْلَ اللهِ ، اَنَّ فَرِيْضَةَ اللهِ عَلَى عِبَادِهِ فِى الْحَجِّ اَدْرَكَتْ اَبِيْ شَيْخًا كَبِيْرًا لاَ يَثْبُتُ عَلَى الرَّاحِلَةِ . اَفَاَحُجُّ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . وَذَلِكَ فِى حَجَّةِ الْوَدَاعِ.
"Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu berkata: Seorang wanita dari suku Khasy'am datang kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ya Rasulullah! Kewajipan Allah atas hambaNya berhaji telah menimpakan ayahku yang sangat tua sehingga tidak dapat berkenderaan, apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya boleh. Dan pertanyaan ini terjadi ketika haji al-Wada'.12 [1]
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ مَاتَ وَتَرَكَ مَالاً وَلَمْ يُوْصِ فَهَلْ يَكْفِى عَنْهُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْهُ؟ قَالَ : نَعَمْ.
“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya".13 [1]
Al-Quran menjadi garis panduan kepada mereka yang masih hidup. Dengan demikian, orang yang dapat mengambil panduan mestilah dari kalangan orang-orang yang masih hidup sahaja. Orang-orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya lagi kerana kehidupannya telahpun berakhir di dunia ini. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam surah Yasin bahawa:
اِنْ هُوَ اِلاَّ ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِيْنٌ . لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِريْنَ.
"Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup".
YASIN, 36:69-70.
Anehnya, surah ini telah disalah gunakan dengan menjadikan bacaan dari yang hidup untuk si Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan dapat memberi manfaat kepada si Mati. Inilah sangkaan yang buruk terhadap kesempurnaan kitab Allah disebabkan kejahilan dan mengabaikan ilmu. Mereka tidak sedar untuk apa tujuan sebenar al-Quran diturunkan kepada manusia. Mereka melakukan sesuatu terhadap al-Quran tanpa keizinan dari Allah dan RasulNya sepertimana perbuatan Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka yang akhirnya terjadi tambahan, perubahan dan pemansukhan kepada kitab mereka.
Secara yang tidak disedari, perkara seperti ini telah dilakukan juga oleh umat Islam dengan menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang dicipta oleh mereka sendiri yang disangka baik, akhirnya ia membawa kepada perbuatan bid'ah dan dosa. Allah telah menerangkan akan ramainya manusia seperti ini lantaran berburuk sangka terhadap kesempurnaan al-Quran sehingga berani melakukan sesuatu terhadap al-Quran mengikut hawa hafsu mereka. Allah berfirman:
يَظُنُّوْنَ بِاللهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ.
"Mereka menyangka tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan orang-orang jahiliah".
ALI IMRAN, 3:154.
وَمَا لَهُمْ مِنْ عِلْمٍ اِنْهُمْ اِلاَّ يَظُنُّوْنَ.
"Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-menduga (menyangka) sahaja".
AL JAATSYIAH, 45:24
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap insan hanya bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia. Tidak ada keterangan bahawa seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan oleh orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau pahala sebagaimana keterangan ayat di bawah ini:
اَلاَّ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ اُخْرَى ، وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
"Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan".
AN NAJM, 53:38-39.
Berkata al-Hafiz Imam Ibn Kathir rahimahullah:
وَ مِنْ هَذِهِ اْلآيَةِ الْكَرِيْمَةِ اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِى رَحِمَهُ اللهُ وَمَنِ اتَّبعُهُ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ يَصِلُ اِهْدَاء ثَوَابَهَا الْمَوْتَى لاَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلاَ كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا لَمْ يُنْدَب اِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اُمَّتَهُ وَلاَ حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلاَ اَرْشَدَهُمْ اِلَيْهِ بِنَصٍ .
"Melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafie rahimahullah dan para pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha meraka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjuk kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada si Mati) walaupun dengan satu nas (dalil)".14 [1]
Al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:
لَيْسَ لَهُ اِلاَّ اَجْرُ سَعْيِهِ وَجَزَاءُ عَمَلِهِ وَلاَ يَنْفَعُ اَحَدًا عَمَلُ اَحَدٍ.
"Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak memberi manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain."15 [1]
Menurut Imam Ibn Kathir rahimahullah pula ayat di atas bermaksud:
كَمَا لاَيحْملُ عَلَيْهِ وِزْرُ غَيْرِهِ كَذَلِكَ لاَيَحْصلُ مِنَ اْلاَجْرِ اِلاَّ مَا كَسَبَ هُوَ نَفْسَهُ.
"Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggung-jawabkan) dosa orang lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan (usahakan) sendiri (semasa di dunia)".16 [1]
Imam Ibn Kathir rahimahullah seterusnya menegaskan bahawa:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرً فَخَيْرًا وَاِنْ شَرَّا فَشَرًّا
"Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan menurut amalnya, jika baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya".17 [1]
Dan Imam Ibn Kathir berkata lagi:
لَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَلَوْكَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا اِلَيْهِ.
"Tidak pernah disalin (diterima) perkara itu (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dari seorang dari kalangan para sahabat radiallahu 'anhum. Jika sekiranya ia suatu yang baik pasti mereka telah mendahului kita melakukannya".18 [1]
Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:
اَنَّهُ لاَ يُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّ بِعَمَلِهِ خَيْرًا كَانَ اَوْ شَرًّا
"Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari amalnya, melainkan apa yang telah dikerjakan, sama ada (amalnya) itu baik atau buruk".19 [1]
Dan seterusnya Imam at-Tabari menjelaskan lagi:
لاَيُؤَاخَذُ بَعُقُوْبَةِ ذَنْب غَيْرُ عَامِلِهِ وَلاَ يُثَابُ عَلَى صَالِحٍ عَمَلِهِ غَيْرُهُ
"Tidak disiksa seseorang itu dengan sesuatu siksaan jika ia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidak diberi ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya "..20 [1]
Imam Fakhur ar-Razy rahimahullah pula menafsirkan:
اِنَّ الْحَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْدِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِمَا وَيَظْهَرُ اَنَّ الْمُسِيْئَ لاَ يَجِدُ بِسَبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ تَوَابًا وَلاَ يَتَحَمَّلُ عَنْهُ اَحَدٌ عِقَابًا.
"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak melakukannya, sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak seseorangpun akan menanggung dosanya".21 [1]
Al-Hafiz Imam Jalalain rahimahullah pula menegaskan:
فَلَيْسَ لَهُ مِنْ سَعْيِ غَيْرِهِ الْخَيْرَ شَيْئٌ
"Maka seseorang tidak akan mendapat apa-apapun dari usaha orang lain".22 [1]
Ayat di atas ini amat jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu dan beriman tidak mungkin berani mengubah ayat di atas ini kepada maksud yang sebaliknya atau menafsirkan kepada maksud dan pengertian yang bertentangan dengan penafsiran yang diizinkan oleh kaedah ulumul Quran atau syarat penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat di atas ini sudah jelas makna, maksud dan pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga oleh jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis dari Aisyah radhiallahu 'anha:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : قَالَتْ عَائِـشَةُ (لَمَّا سَمِعَتُ ذَلِكَ) حَسـْبُكُمُ الْقُرْآن ، وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَة وِزْرَ أخْرَى. رواه البخاري ومسلم.
"Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah radiallahu ‘anha ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak (dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain". H/R Bukhari dan Muslim.
Imam Ibn Kathir pula menjelaskan:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرًا فَخَيْرًا وَاِنْ شَرًّا فَشَرًّا.
"Seseorang jiwa hanya dibalas menurut amalannya. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika amalannya jahat maka jahatlah balasannya".23 [1]
Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat mengenal dan memahami ayat dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang disemainya:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَارَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيْدِ.
"Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba".
FUSHILAT, 41:46
وَمَا تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
"Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan".
AS SAFAAT, 37:39.
لَهَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ.
"Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan".
AL BAQARAH, 2:286.
مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأِنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ.
"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah (tempat yang menggembirakan)".
AR RUM, 30:44.
مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلاَ يُجْزَى اِلاَّ مِثْلَهَا.
"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan".
AL MU'MIN, 40:40.
مَنِ اهْتَدَى فَاِنَّمَا يَهْتَدِى لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَاِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ أخْـرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.
"Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum Kami mengutus seorang Rasul".
AL ISRA', 17:15.
مَنْ تَزَكَّى فَاِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ.
"Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri".
FATIR, 35:18.
وَاتَّقُوْا يَوْمًا لاَتَجْزِى نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا.
"Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain".
AL-BAQARAH, 2:123.
فَالْيَوْمَ لاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلاَ تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَاكُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ.
"Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan".
YASIN, 36:54.
يَاايُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوا يَوْمًا لاَ يَجْزِيْ وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا.
"Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya".
LUQMAN, 31:33.
مَنْ جَاهَدَ فَاِنَّهَا يُجَاهَدُ لِنَفْسِهِ.
"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk dirinya sendiri".
AL-ANKABUT, 29:6.
Imam Fakhrur Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya menghadiahkan pahala amalan kepada orang yang telah mati:
اِنَّ حَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْزِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِهَا وَيَظْهَرُاَنَّ الْمُسِيْىءَ لاَيَجِدُ بِسَـبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ ثَوَابًاوَلاَ يَتَحَمَّلُ اَحَدٌ عِقَابًا.
"Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak boleh memberi manfaat kepada orang yang lain kerana sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak akan mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah sempurna (memadai) dan jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan kebaikan orang lain dan tidak ada orang lain yang boleh menanggung segala dosanya (kesalahannya)".24 [1]
Imam at-Tabari juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:
اَنَّهُ لاَيُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّبِعَمَلِهِ خَيْرًاكَانَ اَوْشَرًّا.
"Bahawasanya tidak akan dibalas seseorang yang beramal melainkan mengikut amalannya, jika baik dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk".25 [1]
Banyak nas-nas dari al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaranya ialah firman Allah ‘Azza wa-Jalla:
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌ.
"Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)".
AT-THUR, 52:21.
وَاَنْ لَيْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)".
AN-NAJM, 53:39.
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَاهُ ، وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.
"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan melihatnya".
AZ-ZILZAL, 99:7-8.
يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ.
"Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua tangannya".
AN-NABA', 78:41.
Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penafsiran di atas, terbuktilah bahawa membacakan al-Quran dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala amalan atau pahala bacaannya kepada orang lain terutamanya orang mati adalah perbuatan sia-sia yang membawa kepada bid'ah. Tambahan pula tidak pernah ada suruhan atau contoh dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat atau kalangan Salaf as-Soleh yang membolehkannya, maka perbuatan ini bukanlah sunnah kerana tidak ada dalilnya dari syara. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak (sia-sia dan bid’ah)”.
H/R Ibn Majah.

[1]. H/R Muslim (3084) al-Wasaya. Turmizi (1298) al-Ahkam. Nasaii (3591) al-Wasaya. Abu Daud (2494) al-Wasaya. Ahmad (8489) Musnad.
[2]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.
[3]. H/R Bukhari, Muslim dan an-Nasaii
[4]. H/R Bukhari dan an-Nasaii.
[5]. H/R an-Nasaii dan Imam Syafie. Hadis sahih.
[6]. H/R Bukhari, Turmizi dan an-Nasaii.
[7]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.
[8]. Lihat: تفسير القرآن العظيم . ابن كثير Jld. 4. Hlm. 335.
[9]. Lihat: فتح القدير Jld. 5. Hlm. 111.
[10]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir tentang ayat di atas.
[11]. Lihat: تفسير ابن كثير 3. 444.
[12]. Lihat: تفسير القرآن العظيم . ابن كثير Jld. 4. Hlm. 330.
[13]. Lihat: الطبرى (27-29).
[14]. Lihat: الطبرى (27:40).
[15]. Lihat: Tafsir al-Fakhrur ar-Razy. 7:788.
[16]. Lihat: Tafsir Jalalain, 2:198.
[17]. Lihat: ابن كثير. Jld. 3. Hlm. 444.
[18]. Lihat: الفحر الرازى Jld. 7. Hlm. 738.
[19]. Lihat: الطبرى Hlm. 27.

MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI
Jika dipertimbangkan mengikut logika akal, amalan membaca fatihah atau membaca ayat-ayat al-Quran kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada si Mati (arwah), tentulah tidak ada salahnya, malah ia menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan mulia. Begitu juga dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau yasinan beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malam-malam tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-tempat tertentu seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang perbuatan ini adalah baik, malah menggambarkan pekerjaan terpuji kerana antara tujuannya ialah untuk menghapuskan dosa seseorang (roh orang mati) di samping mengirim pahala yang dibaca oleh orang yang ramai kepada si mati untuk mengurangkan penderitaannya. Namun, apabila dikembalikan kepada syara ia adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.
Ada antara mereka (terutama pengemar kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan) berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada untuk menghapuskan dosa si Mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si Mati:
مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ اَوْ اَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ فَقَرَاَ يَس ، غُفِرَ لَهُ .
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya".
Hadis di atas ini adalah hadis batil, palsu atau tidak ada asal usulnya. Terdapat di dalam sanadnya seorang yang bernama 'Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadis dan banyak meriwayatkan hadis-hadis yang batil. Imam Daraqutni rahimahullah berkata tentang 'Amar: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". 4 [1]
Terdapat beberapa ulama yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah mengharamkan kenduri arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani rahimahullah, beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan kenduri arwah, malah beliau telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah, beliau berkata:
فَاَعْلَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ مَا اَعْلَمَ اللهُ مِنْ اَنَّ جِنَايَةَ كُلِّ امْرِئٍ عَلَيْهِ كَمَا اَنَّ عَمَلُهُ لَهُ لاَ لِغَيْرِهِ وَلاَ عَلَيْهِ.
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain".5 [1]
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati, tetapi pada kenyataannya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada asalnya membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati) kemudian mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalam kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu” - شرح مهذب تكملة المجموع jld. 10 hlm. 417.
Di dalam kitab(الخازن الجمل) juz. 4 hlm. 236 dan di dalam kitab “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90. Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie tentang perbuatan yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala kepada orang mati. Beliau berkata:
وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْهُوْرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِى اَنَّهُ لاَ تَصِلُ ثَوَابُهَا اِلَى الْمَيِّتِ.
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.
Sekali lagi Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam kitab السبكي - تكملة المجموع ، شرح مهذب juz 10 hlm. 426 bahawa:
وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ وَجَعَلَ ثَوَابَهَا لِلْمَيِّتِ وَالصَّلاَةُ عَنْهُ وَنَحْوَهَا فَذَهَبَ الشَّافِعِي وَالجُمْهُوْرُ اَنَّهَا لاَ تَلْحَقُ الْمَيِّتَ ، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ.
“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.
Di dalam kitab الفتاوى الكبرى الفقهية Syeikh al-Haitami rahimahullah juga telah menjelaskan:
اَلْمَيِّتُ لاَيُقْرَاُ عَلَى مَااَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ تصِلُهُ اَي الْمَيِّتَ لاَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلِ لاَيُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ ، قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ لَيْسَ للاِنْسَانِ اِلاَّ مَاسَعَى}.
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan oleh ayat 21 di surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini dan beliau berkata:
Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri). Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara, malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid'ah. Benarnya kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah dan dalil-dalil syara yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
Walaupun ada pendapat yang menyangka bahawa persoalan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan lagi kerana (kononnya) ia telah lama diselesaikan oleh para ulama, namun perlu diketahui bahawa yang telah diselesaikan oleh para ulama terutamanya Imam Syafie dan para ulama yang bermazhab Syafie ialah tentang pengharaman dan bid’ahnya amalan tersebut bukan sebaliknya. Pembuktian kenyataan ini dapat difahami dan dibuktikan melalui beberapa fatwa Imam Syafie dan para ulama as-Syafieyah sebagaimana yang telah di nukil di dalam tulisan ini.
[1]. Lihat: كتاب الموضوعات Juz 3. hlm. 239. Dan Lihat: اعانة
الطالبين Juz. 2. Hlm. 146.
[2]. Lihat: هامش الام للشافعي Juz. 7. Hlm. 269.
KENDURI ARWAH
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.
Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.
Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:
وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ
“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.
Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.
Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:
وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.
Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:
مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145.
Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:
قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.
Di dalam kitab (الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:
وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ .
“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.
Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.
Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:
وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".
Al-An'am, 6:116.
Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ . اَنَّهُمْ لَنْ يُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".
Al-Jasiyah, 45:18-19.
Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu ini pula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhab Syafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawa amalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahala adalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie.
Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

WASIAT IBN 'UMAR (Radhiallahu 'Anhuma)
Ada beberapa ulama menyangka bahawa pernah diriwayatkan dari Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau wafat (meninggal dunia) supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah. Athar dari Ibn 'Umar inilah antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang menghalalkan perbuatan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah (al-Quran) atau bacaan bertahlil untuk arwah orang-orang yang telah mati.
Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah wal Jamaah, ternyata athar dari Ibn ‘Umar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan para sahabat radiallahu 'anhum. Athar ini juga didapati terlalu lemah dan syaaz (bertentangan dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima untuk dijadikan hujjah, menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran untuk arwah dan bertahlil beramai-ramai untuk orang mati sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam sejak sekian lama.
Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat dan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah ini:
وَاَمَّا مَا يَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّهُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَةِ وَخَوَاتِمَ الْبَقَرَةِ عَلَى قَبْرِهِ فَهُوَ اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ يَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ يُوَافِقهُ عَلَيْهِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.
"Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat."[1]
Begitu juga tidak ada suruhan membacakan al-Quran kepada orang mati atau yang sedang nazak. Adapun hadis yang menyuruh agar dibacakan ayat al-Quran kepada orang yang sedang nazak atau orang yang telah mati terutamanya surah Yasin adalah merupakan hadis lemah. Di dalam sanad hadis ini terdapat seorang yang bernama Saad yang dikenali oleh ulama hadis sebagai Abu 'Uthman. Dia telah dipastikan oleh ulama hadis sebagai orang yang tidak diketahui keadaannya (مجهول الحال). Hadis yang dimaksudkan ialah:
اِقْرَؤُوْهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ.
"Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas orang yang hampir mati dari kalangan kamu". Hadith lemah.[2]
Menurut hadis yang sahih, perkara yang sunnah dilakukan kepada orang nazak (bukan orang mati) ialah mengajarkan kalimah tauhid sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di bawah ini:
لَقِّنُوْا عَلَى مَوْتَاكُمْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
"Ajarkanlah oleh kamu orang-orang yang nazak di kalangan kamu dengan kalimah: La ilaha illallah".[3]
Adapun membacakan al-Quran ke atas orang mati telah diketahui ia perbuatan yang diharamkan oleh Imam Syafie dan sama sekali tidak ada nas yang mengizinkan untuk melakukan perbuatan tersebut malah bertentangan dengan nas al-Quran sebagaimana di bawah ini:
اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَى.
"Sesungguhnya engkau tidak boleh menjadikan orang-orang yang telah mati itu mendengar".
AN NAML, 27:80.
Melalui hujah-hujah di atas adalah jelas bahawa kenduri tahlilan hanyalah merupakan amalan tradisi sesuatu bangsa. Ia kemudian dianggap sebagai amalan agama kerana ramai yang mengamalkannya. Tetapi pada hakikatnya ia bukanlah suruhan atau amalan sunnah sebagaimana yang disangka oleh sebahagian masyarakat yang tidak mengkaji asal usul kenduri tahlilan tersebut.
Ada juga beberapa riwayat mengenai suruhan bacaan surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas kemudian pahalanya dihadiahkan kepada arwah orang yang telah mati. Riwayat-riwayat tentang perkara ini juga tidak sah (batil) kerana ianya juga bertentangan dengan al-Quran, hadis yang sahih dan perbuatan (amalan) para sahabat, tabi'in dan tabi'ut at-tabi'in (para salaf asSoleh) dikurun al-mufadalah (kurun terbaik). Antara hujjah untuk menguat dan menghalalkan perbuatan mereka ialah hadis berikut:
مَنْ قَرَاَ قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ اَلْفَ مَرَّةٍ فَقَدْ اشْتَرَى نَفْسَهُ مِنَ النَّاسِ (حديث موضوع)
"Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sebanyak seribu kali, maka sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dari api neraka". (Hadis Palsu).

[1]. Lihat: شرح المهذب Jld. 10. Hlm. 429. Ali as-Subki.
[2]. H/R Abu Daud (2714). Al-Janaiz. Ibn Majah (1438).Hadis Lemah.
[3]. H/R Muslim (1527), al-Janaiz. Turmizi (18980). al-Janaiz. Abu Daud (2710) al-Janaiz. Nasaii (1803). al-Janaiz, Ibn Majah (1430). Ahmad (10570P)
HUKUM MENDOAKAN ORANG MATI
Apa yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, contoh yang boleh diambil dari perbuatan para sahabat dan amalan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj salaf hanyalah amalan berupa doa. Sememangnya doa orang-orang beriman diterima oleh Allah dan akan sampai kepada orang yang telah mati jika si Mati itu beriman. Namun berdoa yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mentahlilkan, meyasinkan dan membacakan al-Quran beramai-ramai untuk si Mati sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang awam (orang-orang jahil) dan para pembuat bid'ah.
Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila mencontohi sunnah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat baginda atau amalan orang-orang Salaf as-Soleh. Kemudian terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk diterima atau ditolak. Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di bawah ini:
وَالَّذِينَ جاءُ وْا مِنْ بَعْدِ هِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْـفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَ بِالاِيْمَانِ.
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami".
AL HASYR, 59:10.
رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ.
"Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat)."
IBRAHIM, 14:41.
وَاسْتـَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ.
“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman".
MUHAMMAD, 47:19.
Memohon doa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang terdapat pada dua ayat di atas termasuk perbuatan ibadah bukan bid’ah. Walaupun ayat-ayat ini merupakan hujjah, tetapi ia tidak menerangkan atau mengajar bagaimana cara berdoa selain yang telah dikerjakan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat, tabi’in dan tabi’u at-tabi’in yang dikenali sebagai para Salaf as-Soleh.
Apa yang dilakukan oleh mereka yang menetapkan hari-hari tertentu, bulan-bulan tertentu atau kerana sesuatu sempena yang khusus dengan mengadakan majlis yasinan atau tahlilan maka itu adalah bid'ah yang diada-adakan. Ayat-ayat yang lalu menganjurkan agar orang beriman berdoa untuk dirinya sendiri, untuk saudara-maranya yang beriman sama ada yang masih hidup atau yang telah mati (hanya begitu sahaja) tidak lebih dari itu dan tidak pernah diajar bagaimana ianya dikerjakan.
Sesiapa yang menganjurkan atau mencipta cara-cara tertentu yang diada-adakan dengan membaca al-Quran dan berdoa seperti menganjurkan majlis yasinan dan tahlilan sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis bid'ah sekarang sedangkan tidak pernah disarankan oleh al-Quran, diajar atau dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat, maka ia telah melakukan bid'ah yang ditolak dan diharamkan. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah memperingatkan tentang perkara-perkara yang sengaja dicipta dan diada-adakan dengan sabdanya:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan dari perintah kami (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak".
H/R Muslim.
مَنْ اَحْدَثَ فِىْ اَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌَّ. رواه البخارى ومسلم.
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak".
H/R Bukhari dan Muslim
مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوِ رَدٌّ
Barangsiapa yang mencipta suatu urusan (agama) yang bukan atas suruhan kami, maka ia tertolak (bid’ah)".
Sesiapa yang mendakwa bid'ah hasanah atau sunnah mengadakan majlis-majlis tertentu seperti mengkhususkan suatu majlis untuk tujuan berdoa atau upacara pembacaan ayat-ayat tertentu dari al-Quran yang bertujuan untuk menghadiahkan (mengirim) pahalanya kepada orang mati sedangkan tidak ada suruhan atau contoh dari syara, maka segala dakwaan itu adalah suatu pembohongan terhadap Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan merupakan perbuatan bid'ah yang sesat bukan bid'ah hasanah sebagaimana yang disangkakan.
Orang-orang yang sengaja membohongi Nabi Muhammad salallahu 'alahi wa-sallam terutamanya pada perkara-perkara akidah, ibadah atau agama, ia akan menerima azab yang pedih, sebagaimana peringatan yang telah disampaikan oleh baginda melalui hadisnya:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأ مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ. الحديث المتواتر.
"Sesiapa yang berbuat dusta (pembohongan) atas (nama)ku, maka hendaklah dia bersiap untuk menerima tempat duduknya dari api neraka".
Hadis Mutawatir.
Tidak ada penetapan masa, hari, tempat dan cara dalam beribadah kecuali yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan ditunjuk-ajar serta dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Apa pun jenis amal-ibadah sama ada berdoa atau membaca al-Quran apabila dilakukan seorang diri, beramai-ramai, diubah-suai, diadakan beberapa peraturan dan ditentukan cara-caranya, maka ia termasuk perbuatan bid'ah lebih-lebih lagi apabila pahala bacaannya diniatkan untuk dihadiahkan (dikirim) kepada orang mati.
Begitu juga dengan majlis-majlis kenduri arwah, tahlilan, yasinan, selamatan dan sebagainya yang masih dilakukan oleh masyarakat Islam Nusantara, di mana semua perbuatan tersebut amat nyata tidak ada keterangan atau suruhan dari al-Quran dan al-Hadis. Dalam larangan yang berkaitan dengan hal-hal bid'ah seperti ini kita boleh mengambil hadis Nabi yang melarang pengkhususan ibadah, seperti mengkhususkan ibadah dimalam-malam tertentu atau berpuasa dihari-hari tertentu:
عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَتَخُصُّوا لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ بِقِيَامِ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِى ، وَلاَ تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اْلأيَّامِ اِلاَّ أنْ يَكُونَ فِى صَوْمٍ يـَوْمُهُ أحَـدكُمْ.
"Dari Abi Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk melakukan ibadah antara malam-malam yang lain dan janganlah kamu menentukan Hari Jumaat sahaja untuk berpuasa antara hari-hari yang lain, kecuali memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang dikerjakan oleh seseorang kamu."[1]
Menetapkan malam-malam tertentu sebagai malam sunnah untuk beribadah jika tidak ada suruhan, tidak ada contoh dan tidak ada keizinannya dari syara (al-Quran dan al-Hadis), yang hanya dilakukan semata-mata kerana meniru (taklid) kepada perbuatan yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab adalah amalan bid'ah, bukan ibadah atau sunnah dan ditolak oleh syara serta perlu ditinggalkan dan dijauhi oleh orang-orang yang beriman. Allah Subhanahu wa ta'ala tidak menerima setiap amalan yang dianggap bid'ah. Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menerima (menolak) ibadah yang tidak mencontohi Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam kerana baginda diutus semata-mata untuk memberi contoh tauladan dalam melaksanakan ibadah, sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فَى رَسُوْلِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُوْا اللهَ وَاليَوْمِ اْلاَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu tauladan (contoh ibadah) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah".
AL AHZAB, 33:21.
Ayat ini telah menjelaskan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam diutus hanyalah semata-mata untuk dijadikan contoh dalam mengamalkan setiap ibadah jika seseorang itu mahu amal-ibadahnya diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sesiapa yang ingkar, menolak atau enggan mematuhi dan mencontohi Nabi Muhaammad salallahu 'alaihi wa-sallam dalam mengerjakan ibadah termasuklah bentuk bagaimananya (كـَيْـفِـيـَّةٌ) dan cara-caranya dalam melaksanakan setiap ibadah maka dia telah melakukan bid'ah dan menolak (mengenepikan) peranan Nabi Muhammad sebagai Rasul utusan. Hadis sahih di atas ini juga telah dikuatkan lagi oleh beberapa hadis yang berikut:
عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُـلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى . قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَمَنْ يَاْبَى؟ قَالَ مَنْ اَطَاعَنِيْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِيْ فَقَدْ اَبَى.
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu dari Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang enggan itu? Rasulullah menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan sesiapa yang durhaka kepadaku maka sesungguhnya dia telah enggan".[2]
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam telah pun menunjuk ajar, menerang, melaksana dan menentukan sah batalnya hukum-ahkam dalam syara yang wajib dijadikan contoh dan dipatuhi oleh setiap mukmin. Sesiapa yang menyalahi cara dan bagaimananya (kaifiat) Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam serta para sahabat melaksanakan ibadah, maka dia telah membuat kemungkaran (bid'ah) dan fitnah. Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi peringatan dengan firman-Nya:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْيُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ. .
“Maka hendaklah diawasi oleh mereka yang menyalahi perintahnya (perintah Allah dan Rasul) bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih".
AN NUR, 24:63.
تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاء لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لاَيَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِيْ اِلاَّ هَالِكٌ.
"Aku telah tinggalkan pada kamu agama ini dalam keadaan putih bersih (jelas). Malamnya seperti siangnya yang tidak ada yang menyimpang daripadanya setelah (kewafatanku kecuali akan ditimpakan kepadanya) kehancuran".[3]
Dalam urusan agama dan amal-ibadah seseorang tidak boleh bersandar kepada sangkaan, andaian, perkiraan, atau logika akal (otak manusia) semata-mata untuk menghukum sesuatu sebagai wajib, haram, makruh, sunnah atau harus. Urusan ibadah bukanlah urusan akal untuk mencipta dan menilainya. Agama dan hukum-ahkamnya adalah urusan Allah Subhanahu wa Ta'ala Hanya Dia sahaja yang tahu dan layak mencipta serta menguruskannya.
Seseorang yang telah mencipta sesuatu bentuk cara ibadah ia telah termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyerupai perbuatan Yahudi dan Nasrani. Telah disiapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala tempat mereka itu di neraka kerana kemungkarannya menambah serta mereka-cipta ibadah mengikut selera, andaian, perkiraan dan sangka-sangkaan mereka sendiri. Jika gejala seperti ini tidak dibendung dan dihapuskan oleh setiap pejuang sunnah, tidak mustahil akan terus wujud berbagai-bagai lagi penambahan dan perbuatan bid'ah yang akan merosakkan akidah, agama serta syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sangka-sangka seperti ini telah diberitakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا.
"Dan mereka menyangka bahawa mereka mencipta (ibadah) yang baik (untuk mereka)".
AL KAHFI, 18:104.
Perubahan agama seperti yang telah menimpa ke atas agama-agama sebelum Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam tidak mustahil akan berlaku ke atas agama Islam jika aktivis bid'ah yang fasik masih dibiarkan mencipta berbagai-bagai bid'ah.
Di dalam kitab "ar-Risalah" oleh Imam Syafie, beliau telah menyentuh isu bid'ah (sesuatu yang diada-adakan dalam agama kemudian dianggap baik) dengan memberi peringatan tegas melalui kata-kata beliau yang masyhur:
مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدَ شَرَّعَ (وَمَنَ شَرَّعَ فَقَدْ كَفَرَ)
"Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya yang direka), bererti dia telah membuat satu syariat (dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir)".[4]
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak mengajarkan sesuatu yang tidak jelas atau samar-samar dalam agama Islam, jauh sekali dari terlupa untuk menyampaikan apa yang telah diterima dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak ada lagi yang tertinggal untuk disampaikan kepada ummahnya walaupun satu huruf. Baginda tidak pernah merasa takut atau gentar untuk menyampaikan dan menyempurnakan dakwah Islamiyah yang berupa wahyu dari Allah Subhanahu wa ta'ala.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi jaminan akan kesempurnaan dakwah dan penyampaian Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam disetiap aspeknya. Setiap yang diterima dari Allah Subhanahu wa Ta'ala tiada yang tertinggal untuk disampaikan kepada ummah walaupun sekecil hama atau zarrah. Firman Allah:
اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا.
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redai Islam menjadi agamamu".
AL MAIDAH,5:3.
Hakikatnya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah mencontohkan, menyuruh atau mengajar para sahabat baginda cara sebagaimana yang diamalkan sekarang untuk membacakan al-Quran atau menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang mati. Apa yang pernah dilakukan dan diajarkan oleh baginda kepada para sahabat ialah cara-cara berdoa untuk orang mati, cara menziarahi kubur dan salam serta ucapan yang harus diucapkan semasa mereka masuk ke kawasan perkuburan (menziarahi kubur) sebagaimana hadis sahih di bawah ini:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُـعَلـِّمُهُمْ اِذَا خَرَجُوا اِلَى الـْمَـقَابِرِ فَكَانَ قَائـِلُهُمْ يـَقُولُ : اَلسَّلاَمُ عَلَـيْكُمْ أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْـمُـؤْمِـنـِيْنَ وَالْمُسْلِمِـيْنَ فَاِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِـقُـونَ اَنـْتـُمْ فَرَطْنَا وَنَحْنُ لَكُمْ تـَبـعَ وَنـَسْألُ اللهَ لـَنَا وَلَكُمُ الْعَافِـيَـةَ.
"Pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengajar para sahabat semasa mereka ingin berziarah kubur supaya mereka mengucapkan:[5]
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ فَاِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ أنْتُمْ فَرَطْنَا وَنَحْنُ لَكُمْ تَبَعَ وَنَسْـألُ اللهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةُ.
Dalam hadis ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan para sahabat cara memberi salam dan doa. Baginda tidak pernah pula mengajar atau menyuruh membaca al-Quran semasa menziarahi kubur. Dalam hadis-hadis yang sahih telah diceritakan bahawa Nabi pernah menziarahi perkuburan Baqi' di Madinah tetapi tiada satu pun riwayat yang sahih menjelaskan bahawa baginda pernah membaca al-Quran di atas kuburan atau menghadiahkan pahala bacaan baginda kepada penghuni kubur di Baqi'.
Sekiranya amalan membaca al-Quran di kuburan atau di mana sahaja yang bertujuan untuk menghadiahkan pahala bacaannya kepada ahli kubur (arwah atau orang mati) itu baik dan mulia, ditambah pula dengan mengadakan kenduri dan jemputan secara besar-besaran atau kecil-kecilan itu juga boleh dianggap terpuji dan baik, tentulah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam orang yang pertama melakukannya. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah insan yang paling takwa kepada Allah, paling kuat beribadah dan paling cinta kepada kebaikan.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi sallam adalah Nabi yang sangat mencintai keluarga dan para sahabat tetapi semasa berlaku kematian sahabat, tidak pernah baginda mengadakan kenduri tahlilan atau yasinan untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada sahabat baginda itu.
Jika sekiranya pahala membaca al-Quran boleh dihadiahkan kepada para arwah di kubur untuk menolong dan menambah pahala orang yang telah mati, tentulah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam awal-awal lagi telah membacakan al-Quran untuk dihadiahkan pahala bacaannya kepada arwah sahabat-sahabat yang sangat baginda cintai dan kubur mereka sering baginda ziarahi. Perbuatan yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah perbuatan bid'ah kerana tiada contoh dan suruhan dari baginda.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mengetahui semua ibadah yang paling baik dan sempurna, disusuli oleh para sahabat kerana mereka hidup di samping Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, di zaman turunnya al-Quran, dikurun yang terbaik dan dizaman terlaksananya keseluruhan suruhan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka tidak pernah mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau amalan yang khusus untuk orang mati sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis bid'ah dewasa ini.
Cara untuk berdoa atau bersedekah dari harta peninggalan si Mati tidak semestinya melalui kenduri tahlilan, yasinan atau dibaca beramai-ramai melalui majlis-majlis keramaian, majlis kenduri atau sebagainya kerana perbuatan serupa itu tidak ada suruhan dari al-Quran, sama sekali tidak ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, dari para sahabat atau dari golongan Salaf as Soleh. Mengerjakan sesuatu yang dianggap ibadah jika tiada suruhan dan tiada contohnya dari syara adalah bid'ah dhalalah. "Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjauhkan kita dari bid'ah yang menyesatkan dengan sentiasa memberikan hidayah-Nya".
Tidak ada jalan keluar untuk menyelamatkan ibadah dan akidah seseorang dari terjebak ke kancah kesesatan (bid'ah), khurafat dan kemungkaran (syirik) kecuali setelah kembali kepada al-Quran, al-Hadis yang sahih dan ijmak ulama Salaf as-Soleh. Dan hanya dengan memahami kedua-dua kitab ini kemudian terus mematuhinya akan menanamkan keyakinan akidah yang murni di samping menunjuk ajar cara yang sempurna untuk mengatur segala muamalah dalam kehidupan manusia yang beriman.
Hadis-hadis sahih pula akan memberikan segala contoh yang telah ditunjuk dan dilaksanakan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam supaya diimani, diamalkan dan dipatuhi. Hanya dengan berpegang teguh kepada gabungan dua kitab ini sahajalah yang dapat membuka pintu hidayah untuk seseorang sehingga segala ubudiyahnya terhadap Allah benar-benar bersih dari segala unsur bid’ah dan jahiliah yang menyesatkan. Inilah yang dinamakan "tazkiyah" atau "tasfiyah" di dalam syara.
[1]. H/R Muslim (1930) as-Siam.
[2]. H/R Bukhari (13/214). Ahmad (2/361).
[3]. H/R diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih.
[4]. Lihat: حاشية جمع الجوامع Jld. 2. hlm. 295.
[5]. H/R Muslim (1620) al-Janaiz. Nasaii (2013) al-Janaiz. Ibn Majah (1536) Ma Jaa fil Janaiz. Ahmad (8523) Musnad.

No comments: