Inilah wajah terbaharu Stesen Keretapi Arau. Setelah sekian lama menggunakan stesen buruk, akhirnya bertukar wajah juga. Nampak menarik dan menjadi mercu tanda baru bagi bandar Arau.
Stesen ni baharu sahaja siap..tahun 2014. Pokok-pokok pun baharu sahaja ditanam.
Ini pandangan dari bahagian hadapan bangunan stesen tu.
Ruang parkingnya luas..dan berpagar. Rasanya jika nak tinggalkan kereta semasa menaiki kereta api untuk ke mana-mana, agak tidak membimbangkan.
Jika hujan atau panas, pengguna boleh menggunakan laluan pejalan kaki yang berbumbung di hujung petak parking.Kira ok ler tu..tak perlu basah-basah..
Bekas tapak stesen kereta api yang lama telah ditukar menjadi jejantas untuk melintas landasan kereta api. Jika tak dibuatnya jejantas seperti ini...agak sukar untuk orang ramai nak seberang ke kampung di sebelah sana..
No comments:
Post a Comment