Pages - Menu

Sunday, September 29, 2013

Siapakah Al-Hin?

Baru-baru ini saya terbaca dalam 1 forum berkenaan dengan dialog seorang Ustaz dengan 1 makhluk yg tidak dapat dikenali dan di'scan' olehnya. Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia.

Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua'lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya?

Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini.

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii... hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish... tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah... sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah... Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak aku.

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni... !..Kang... "

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah... Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah... banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan... aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa... "

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu... "

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah... "

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia... Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la... aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan... ?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah... "

Pesakit: "Aku tahu... tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran... "

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi... "

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku... boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah... kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah... kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu... Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi... "

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku... Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat... "

Saya: "Ooo... macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer... baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii... lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak... Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar... ? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu... Rasa nak tengok jer diri kamu tu... "

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah... kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur... Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi...

Sekian...

Mungkinkah "angel" yg diimaginasikan oleh orang-orang barat adalah Al-Hin?

Seorang novelis iaitu Ramlee Awang Mursyid pernah menulis dalam sebuah novelnya iaitu "Trilogi Cinta Sang Ratu" tentang golongan Poppy ini. Adakah beliau pernah bertemu atau berinteraksi dengan Al-Hin?

Sehingga sekarang saya masih memikirkan tentang Al-Hin ini? Adakah mereka ini benar-benar wujud?

Apakah makhluk ini ada disebut oleh Rasulullah saw... http://hijabulcrewz.blogspot.com"
 

Saturday, September 21, 2013

Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat


Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat

       Satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yangtersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

       Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan: 
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara menyediakan:
       Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

       Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Friday, September 20, 2013

Ayat Kursi Menjelang Tidur




       Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya."Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

        Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

           Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

       Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

       "Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

      "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

      Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."


      Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

      Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

    "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. 

      Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

   Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

     "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya."Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.   "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.


     Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

    Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Wednesday, September 11, 2013

Ruqyah Syariah

Perubatan Mengikut Syariah Islam Dengan
Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran – Kalam Allah