Selepas solat subuh, aku capai basikal dan mengayuh basikal burukku perlahan-lahan menyusuri anak sungai di kawasan sawah padi di kampung aku. Waktu tu matahari baru nak terbit. Nak bersenam sekejap, bagi keluar peluh pula sambil ambil angin pagi. Keadaan masih gelap, cuma nampak cahaya kat kaki langit jer..
Suasana pagi memang aman, tenteram dan menyamankan. Terasa segar udara sekeliling. Tidak ada suara yang memekakkan telinga sebab pagi-pagi gini orang malas nak bangun. Tambahan pula, sekarang ni angin timur sedang bertiup. Sejuuk beb..tarik kain selimut memang sedaap..Tapi selalunya yang sedap tu kurang baik untuk kesihatan diri. Penyakit akan datang walau pun tak diundang.

Perlahan-lahan matahari menunjukkan diri. Keadaan yang tadi nampak agak gelap mulai berubah. Samar-samar kelihatan kawasan sawah padi yang luas terbentang nun jauh mata memandang. Peluh pun dah mulai menitik..
No comments:
Post a Comment