Satu petang tahun 1988, aku ditahan polis kat balai polis SP yang lama di tengah pekan. Elok jer melintasi gate keretapi, dua orang polis kat pintu masuk balai tu tahan aku dan moto aku. Ada satu lagi mamat kena tahan gak. Mamat tu bawa pisau lipat. Polis tu kata,"Aaah, ni bawa pisau salah ni.." Mamat tu kata dia berniaga buah .Sebab tu bawa pisau.
Kami dibawa masuk ke dalam satu bilik khas dalam balai polis tu. Ada ler lima atau enam orang lelaki dalam bilik tu. Semua kena berbaris tepi dinding mengadap ke depan. Polis bawa masuk seorang gadis remaja. Dia tengok seorang demi seorang.Minah ni perhati kami semacam jer.Ada kot lima minit.
Selepas tu minah tu cakap-cakap sesuatu dengan anggota polis tu. Entah apa aku pun tak tahu. Aku dan mamat buah tu dibenarkan keluar. Lega rasanya. Tadi takut gak aku. Dibuatnya budak tu tunjuk kat aku, mesti haru punya kes. Sedangkan aku tak tau apa ke hal nyer. Mujur wayang tu belum mula... kalau tidak melepas leer aku...
No comments:
Post a Comment