Masih aku ingat lagi pengalaman aku dan kawan-kawanku berkhemah di Langkawi setelah tamat peperiksaan STPM. Kami bertolak dari Kuala Perlis menuju Kuah dengan menaiki bot "Ambar". Bot "Ambar" ni kecil jer dan telahpun lama ditamatkan perkhidmatannya.Tapi bot ni ada keistimewaannya. Penumpang boleh berada di bahagian atas bot semasa dalam perjalanan untuk melihat pemandangan laut menuju ke Pulau Langkawi. Ini yang best..
Sampai di sana , kami pasang khemah kat tepi pantai. Tak jauh dari jeti. Aku dah tak ingat nama pantai tu..Pantai Dato' Syed Omar kot..jalannya menghala ke Langkawi Country Club. Rasanya Langkawi Country Club ni sekarang dah tiada dah. Dulu-dulu Langkawi Country Club ni rasanya adalah hotel yang terbaik di Langkawi..Pada zaman tu ler..
Malam tu kami tidor dalam khemah tepi pantai tu. Rasanya memang best. Cuaca sungguh baik sekali. Angin bertiup lembut. Malam tu kami boleh tengok pemandangan laut..ada nelayan yang ajak kami tangkap sotong. Zaman tu Langkawi tenang dan tak sibuk macam sekarang. Makanannya pula murah jer.
Esoknya,setelah bersarapan dan simpan khemah, kami bertolak ke Tanjung Rhu. Di sini kami dapat pengalaman yang tidak boleh dilupakan sehingga ke hari ini. Sampai di Tanjung Rhu, kami sembang-sembang dengan makcik-makcik yang berniaga di situ. Makcik tu cadangkan supaya kami pasang khemah kat pondok di bawah pokok rhu. Tapi cadangan makcik tu kami tak setuju. Ada kawan kami kata , bawah pokok tak best. Gelap, tak nampak langit.
Jadi kami pun pasang khemah betul-betul di muka laut. Tepi pantai laa..Tak ada pokok dan hanya beberapa kaki dari pantai. Kira-kira 100 meter dari chalet Tanjung Rhu.Tengok keadaan cuaca memang elok. Malamnya kami makan nasi lauk sardin saja. Ini hari kedua kami makan nasi berlauk sardin. Selesai makan, kami borak dan sembang-sembang kosong sampai terlena.
Tengah malam, kami terjaga..Ada air masuk mulut dan hidung. Air tu laju pula..campur dengan angin sejuk. Rupanya khemah kami dah roboh dibawa angin ribut. Habis basah..semua basah..Kelam kabut jadinya..Padan muka..nasihat orang tua tak didengar. Tengah malam tu juga kami pindah.
Kami pasang semula khemah dekat dengan chalet. Tumpang tambat khemah kat chalet yang paling hujung. Maaf noo wahai tokey chalet sebab tumpang tidur kat situ. . . kecemasan daa..Angkut barang tengah malam. Anehnya..walaupun basah kuyup tapi kami semua boleh tidur lena lagi sekali sampai ke pagi. Mungkin kerana keletihan. Lain kali cakap orang tua-tua perlu didengar.
No comments:
Post a Comment