Pages - Menu

Monday, March 24, 2014

Perempuan Itu Rumit : Pandangan Seorang Lelaki

Ini dari kaca mata seorang lelaki. Bagi lelaki sememangnya perempuan itu rumit. Dan sebaliknya perempuan juga menyatakan lelaki itu rumit. Memang kedua-duanya rumit tetapi yang penting kalau kedua-duanya saling memahami, semuanya akan selesai. 
  

  • Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba "mengorat" dia...Sebaliknya jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong..


  • Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain..Sebaliknya jika tidak dia akan kata kamu kekampungan..

  • Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia..Sebaliknya jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia..

  • Jika kamu lebih pintar dari dia, dia akan cari "point" untuk jatuhkan kamu..Sebaliknya jika dia yang lebih pintar, dia kata "eh! nak melawan pula"..

  • Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati "tu masalah kamu"..Sebaliknya jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya..*

  • Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti tidak memahami..Sebaliknya jika dia cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat..*


  • Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di cop sebagai lelaki penipu..Sebaliknya jika dia yang ingkari janjinya, dia akan beri 1001 alasan untuk "cover"..*


  • Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus..Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati..*
Begitulah perempuan..