Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Wednesday, December 10, 2008
Mat Rempit
Aku memang benci akan mat rempit. Benci dan meluat yang sesungguh-sungguhnya. Bukan setakat benci dan meluat tapi aku juga berdoa kepada Allah supaya menurun balasan dan hukuman kepada makhluk jenis ini yang suka menyusahkan dan mengganggu ketenteraman orang . Bukan sengaja aku nak membenci golongan ini tetapi kebencian aku ada sebab dan alasannya.Paling aku benci adalah dengan kelakuan mat rempit yang suka menunjuk-nunjuk. Macamlah dalam dunia ni merekalah yang paling hebat. Seolah-olah motor kapcai cabuk merekalah yang paling mahal dalam dunia. Seperti kapcai hodoh mereka itu paling canggih teknologi di alam semesta ni.Memang mereka manusia yang tidak sedar diri. Sudahlah hidup tidak sempurna. Tak ada kerja. Kalau ada kerjapun, kerja yang tak senonoh. Sudahlah rupa hodoh, kelakuan juga buruk tambah pulak dengan perangai yang macam setan. Dengan pakaian dan rupa diri lebih teruk dari orang zaman batu, memang layak puak mat rempit ni ditangkap dan dibuang ke khutub utara atau pun khutub selatan. Biarlah mereka merempit dengan beruang khutub dan burung penguin di sana. Baru padan muka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment