Ini sebuah kisah yang telah lama berlalu. Ada seorang tua, namanya Tok Mat. Dia digelar Tok Mat JMC. Adalah maksud JMC tu.. Tok Mat ni jika bekerja, maka dia akan bekerja bersungguh-sungguh. Baginya, jika buat kerja biar tekun supaya cepat siap dan tak perlu dibawa ke hari seterusnya.
Satu hari tu, orang kampung pakat 'berderau' menanam padi. 'Berderau' merupakan istilah bagi perbuatan gotong-royong untuk menanam anak padi beramai-ramai. Pak Mat merupakan salah seorang peserta yang turut sama 'berderau'. Setelah beberapa lama 'berderau', tuan bendang pun panggil orang yang 'berderau' untuk berehat dan menjamu selera.
Tuan tanah tu menyediakan satu 'guri' cendol pulut kepada orang yang membantunya 'berderau'. 'Guri' merupakan sejenis tempayan yang bersaiz besar. Semua orang dah naik dari sawah dan duduk minum cendol kat dangau. Hanya Tok Mat seorang saja lagi yang masih di dalam bendang menanam anak padi.
Tuan bendang pun panggil berulang-ulang kali mengajak Tok Mat berhenti rehat dan minum cendol tu tapi Tok Mat kata ,"Tak pa laa..minum la dulu. Sat gi aku mai..". Selepas tu , orang lain pula yang panggil. Lama-lama semua orang pakat-pakat panggil Tok Mat ni suruh cepat-cepat datang minum cendol tu.
Tok Mat pula jadi geram sangat sebab dipanggil berulang-ulang kali. "Tak boleh tunggu sat ke? Nanti aku nak ajar depa ni. Panggil tak henti-henti no.."
Tok Mat pun naik ke dangau dan duduk bersila. Dia minum cendol tu sampai habis satu 'guri'. Semua orang tercengang tengok Tok Mat minum cendol. Terkejut beruk depa semua. Habis satu 'guri' cendol, Tok Matpun lap mulut dengan lengan baju perlahan-lahan sambil berkata,"Tu la yang aku tak mau minum dengan hampa semua. Setakat satu guri cendol tu kira aku sorang saja la. Hampa semua tak boleh tumpang."
Sebenarnya Tok Mat ni ada ilmu yang dituntutnya. Zaman dulu ilmu jenis ni yang dicari, bukannya macam zaman sekarang. Pernah diceritakan bahawa orang tua ni pernah baling kerbau yang masuk ke bendang untuk makan padinya sampai mati. Baling kerbau pun boleh mati..Baling dengan apa? Kayu balak ka? Ikut ceritanya Tok Mat baling kerbau tu dengan sabut kelapa saja..Terbalik kerbau tu lalu mati. Gitu la ceritanya.
No comments:
Post a Comment