Hari ni aku tebang pokok cempedak di belakang rumahku. Sebenarnya dah beberapa hari aku bercadang nak tebang pokok ni tapi masa tak sesuai.Sibuk dengan macam-macam..gitu,gini..Sampai apa pun tak jadi.Kelmarin aku tekadkan azamku..Jadi aku pun pergi ke Mata Ayer dan ku beli tali sekilo dan sebilah kapak.Tali dijual sekilo Rm11.00 dan kapak tu selepas tawar-menawar dapat Rm17.
Dengan berbekalkan kapak dan segulung tali yang aku beli kelmarin, aku memulakan misi ku di pagi-pagi hari ini. Mula-mula aku terpaksa menaikkan tali ke bahagian atas pokok. Susah gak nak naikkan tali tu.Aku gunakan galah panjang untuk naikkan tali tu, jadi aku tak perlu panjat pokok tu. Lepas tu, aku ikat pada bahagian atas pokok. Setelh diikat kemas-kemas, tali tu ditarik tegang-tegang dan ku tambat pada sebatang pokok yang lain.
Aku tebang pokok itu sedikit demi sedikit. Oleh kerana kapak ni baru dibeli, maka ianya tidak begitu tajam. Tumpul daa..Macam mana nak tebang pokok ni..Aku kena berhenti sekejap untuk asah kapak ni dulu. Setelah kapak tajam aku sambung semula kerja aku tu.
Entah berapa kali aku berhenti untuk asah kapak tu.Bila aku rasa tajam aku pun tebang pokok tu.Penat jer, aku berhenti untuk asah kapak tu.Kemudian aku tebang semula sampai akhirnya pokok tu hampir nak putus.Apabila tengok pokok tu dah hampir nak putus, aku mula rasa takut.
Takut pokok tu tak tumbang seperti yang dirancang. Buatnya tumbang ke arah kabel elektrik dan wayar telefon, masalah pulak aku..Satu lagi, aku takut pokok ni tumbang ke arah dapur rumah ..Aaah, tawakkal sajalah..Aku kapak pokok tu sikit lagi..Setelah yakin pokok ni boleh tumbang, aku letakkan kapak tu dan aku capai tali pula untuk kerja seterusnya.
Ya Allah, tolong aku ni..Aku tarik pokok itu kuat-kuat. Tak bergerak pun . Puuh..penat aku. Aku tarik nafas panjang-panjang..cuba sekali lagi..Tarik kuat-kuat..Argghh..aku tarik sekuat hatiku. Prakk..dengar punyi pokok tu patah dan bergerak. Aku terus tarik sehingga pokok tu menyembah bumi.
Misi aku berjaya. Pokok cempedak tu dah tumbang. Tangan aku terasa pedih. Rupanya tangan aku dah pecah-pecah kerana menggunakan kapak tu. Tapi aku puas hati kerana berjaya juga aku menumbang pokok itu dengan kudrat aku sendiri .Dengan pertolongan Allah pokok itu tumbang tepat pada tempat yang dikehendaki.Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment