Pages - Menu

Thursday, January 29, 2009

Mati muda

Petang kelmarin , kira-kira jam 5.40 , aku dengar berita dari mulut emakku tentang kematian anak rakannya. Katanya,"Tadi mak dan ayah pergi mengunjung anak Cikgu Sidik.Min dah tak da. Dah meninggal dunia hari Isnin tapi mak baru tahu. Mak bapa dia terkejut sampai lupa nak bagi tau. Cuma beritahu kat orang-orang yang teringat pada masa tu saja."

Min meninggal dunia tanpa mengidap sebarang penyakit . Dia masih muda, mungkin baru nak masuk umur 40an. Anak pun masih kecil. Ikut cerita ibunya, waktu tu dia sedang bermain-main dengan anaknya. Lepas tu berceloteh dengan isterinya sambil berbaring di atas riba. Cuma, secara tiba-tiba dia senyap. Rupa-rupanya, dia sudah pergi mengadap Illahi.

Si mati ni semasa hidupnya dulu selalu juga datang ke rumah mak bapa aku terutama di musim raya korban.Dia dan keluarganya selalu mengadakan korban di rumah kami. Satu hal yang aku respek dengan si mati ni adalah tentang keberaniannya menyembelih binatang korban.

Masa tu dia masih muda lagi, agak-agak umur 19 - 20 tahun kot. Bapanya beri pisau dan suruh dia sembelih kambing korban yang besar tu. Tanpa banyak cakap, dia terus sembelih kambing tu dengan bimbingan bapanya. Alhamdulillah, sembelihan tu berjaya walaupun inilah kali pertama dia menyembelih.

Bagi aku , dia tu kira-kiranya seorang yang berani juga la. Aku sampai sekarang masih tak berani nak sembelih kambing. Apatah lagi lembu yang besar tu. Aku gerun tengok darah menyembur keluar dari leher binatang tu. Lagi satu, aku mudah kasihan kat binatang tu. Bila tengok biji matanya...Cuma setakat tolong pegang kaki saja. Tu pun kalau orang ajak juga-juga. Dah tak boleh nak elak, buat juga la.

Tapi, Min ni bukan setakat berani sembelih binatang korban. Dia juga pernah ikut PBSM ke Aceh untuk beri bantuan semasa bencana tsunami dulu. Jadi, dia ni kiranya ada keberanian dan ketabahan juga la. Bukan senang nak hadapi suasana di Aceh pada masa tu sebab kejadian tu amat menyentuh hati.

Apa pun, setiap yang hidup pasti mati. Cuma, kita tidak tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan mati. Mati secara mudah ke, payah ke atau mati sengsara dan merana. Buat keluarga Cikgu Sidik, takziah di atas kematian Min. Semoga Min dimasukkan ke dalam golongan yang dirahmati Allah hendaknya.

Rempiiit lagii

Kelmarin aku ternampak salah seorang budak yang suka merempit kat selekoh tepi rumah aku. Tapi kali ni budak tu tak lagi merempit dengan motor kapcai. Kali ni aku nampak dia naik kerusi roda yang ditolak oleh salah seorang rakannya. Tangan kirinya berbalut dengan kain putih. Dia duduk sambil mulutnya membalas kata-kata beberapa orang kawan rempitnya.


Padan muka, baru hang tau langit tu tinggi atau rendah. Awat tak mampus, kan bagus. Tak la menyemak dunia ni. Tapi semua tu sumpah-seranah aku dalam hati saja. Rupanya doa orang yang tak suka dengan sikap mat rempit ni makbul juga. Allah dah mula tunjuk. Sebelum ni, aku pernah tulis tentang perangai mat rempit kat sebelah rumah aku dalam blog ni.

Aku tak la pergi tengok dengan lebih dekat. Nanti ada rasa bangga pula mat rempit tu. Tapi aku percaya, mat rempit tu mesti patah kaki. Kalau tidak, tak ler kena bergerak dengan kerusi roda. Yang pasti, dia tak boleh berjalan dan tangannya sebelah kiri tu berbalut. Mesti teruk juga kemalangan yang menimpa dirinya.

Moga kemalangan yang menimpa tu akan jadi pengajaran yang berguna buat mat rempit tu . Harap tu berubah ler jadi manusia yang berguna sikit. Ada nilai kemanusiaan. Tapi kalau tak berubah juga, tunggu jer bala yang lebih besar dari Allah Taala.

Wednesday, January 28, 2009

Matinya seorang mat rempit

Kelmarin, pagi-pagi lagi aku diberitahu oleh abangku tentang kematian seorang anak kepada saudara jauh bapaku. Dia mengajak aku untuk pergi mengunjungi keluarga si mati itu. Lebih kurang jam 10 pagi,kami bertolak ke Padang Besar untuk tujuan itu.

Sampai di sana, suasana kelihatan sedih . Kami diberitahu bahawa si mati telah selamat dikebumikan jam 4.00 pagi tadi. Mayat terpaksa dikebumikan segera disebabkan keadaan mayat yang tidak mengizinkan. Menurut ceritanya, si mati adalah murid tingkatan 4 di Sek. Men. Padang Besar (U). Dia terlibat dalam kemalangan sesama rakan rempitnya .

Rakannya pula cedera parah tapi tidak mati. Masih dirawat di Hospital Tengku Fauziah. Patah kaki dan tangan. Si mati mengalami kecederaan parah dan pengsan selepas kemalangan. Dia dikatakan meninggal dunia di hospital tersebut. Sebahagian anggota kakinya dikatakan tercabut dan terpaksa dicari di kawasan kemalangan itu. Anggota kakinya dibawa secara berasingan setelah ditemui kemudian.

Ikut cerita,kemalangan itu berlaku pada waktu maghrib. Kumpulan remaja tersebut sudah hendak pulang ke rumah masing-masing dari tempat lepak. Sewaktu memecut motorsikal masing-masing, entah macam mana boleh terlanggar kawan sendiri. Akibatnya, seorang meninggal dunia manakala seorang lagi terpaksa dirawat di hospital.

Setiap yang hidup pasti mati tetapi pengajaran dari peristiwa ini sepatutnya dijadikan iktibar. Sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab menjadikan anak-anak mat rempit yang tidak pernah memikirkan orang sekeliling. Ibu bapa yang membelikan motorsikal untuk anak-anak. Mereka juga yang memberi wang ringgit untuk anak-anak mengisi motorsikal dengan minyak untuk merempit. Mudah kata, ibu bapa yang membiarkan anak-anak dan merosakkan masa mereka.

Jika saudara mara dan jiran tetangga menegur salah dan silap anak-anak, maka ibu bapa akan bertindak sebagai peguam bela. Silap haribulan, orang yang menegur akan jadi mangsa. Anak mereka tidak pernah bersalah tetapi sedara-mara dan jiran tetangga yang berdosa. Dosalah.. sebab tegur kelakuan anak-anak mereka.

Sekarang, air mata darah yang menitis sekalipun tidak berguna lagi. Wang ringgit tidak akan dapat menghidupkan kembali anak yang telah pergi. Begitulah balasan Illahi..jika nasihat yang diberi dipandang sepi. Saudara-mara tidak boleh membantu lagi. Nasi sudah menjadi bubur dan anaknya sudah mati. Matinya pada usia muda....mati pula sebagai seorang mat rempit di waktu maghrib. Kasihan....

Monday, January 26, 2009

Kena hijack laa..

Kawan aku bawa laptop kat aku. Dia minta aku tolong tengokkan laptop tu. Katanya entah pasal apa laptop dia ni jadi macam ni. Dok kerja bagi warning jer..Minta register ler..Dah tu selalu naik ralat pulak..Tolong baiki sat, katanya.. Tak leh guna laptop ni, payahlah nak mengajar.

Tu ler..masa aku bagi ingatan kat dia orang, sorang pun tak mahu dengar . Berlagak macam laptop tu harta sendiri. Buat macam-macam. Minta antar untuk servis pun tak mahu antar. Laptop tu harta kerajaan kawan-kawan oii.. Tolong lah jaga tapi semua buat tak heran..Tapi bila dah rosak, dah tak leh nak guna , kalut lah nak cari aku. Minta tolong itu ini..Cis, palat betul !

Bila aku tengok, laptop tu sebenarnya dah kena hijack dengan Antivirus 2009. Padan muka hang ..tapi kawan aku senyum jer. Dia tahu, kejap lagi aku akan cuba tolong dia walau pun mulut aku bising. Aku ni geram ja..aku bukannya dapat elaun PPSMI macam depa tapi kena buat kerja menyelamat ni bila geng PPSMI ni ada masalah.

Apa lagi.. Cuba uninstall la program jahat ni. Dah buang pun hidup lagi. Jahat betul.. Jebon punya program. Download program Malwarebyte's Anti Malware pula dan install. Lepas tu scan la. Dah dapat tangkap dan buangkan program tu. Bagus juga perisian percuma ni..


Restart semula laptop tu... Masih ada ralat juga tapi dah tak teruk macam mula-mula tadi. Jadi kena install System Mechanic pula. System Mechanic ni pun kira program yang bagus walaupun untuk percubaan selama 30 hari tapi kira ok ler sebab semua fungsinya boleh digunakan. Biar System mechanic scan laptop tu dan buat pembetulan registry . Tak lama kemudian...Restart dan laptop tu kira okey semula. Gitu la kira-kiranya penangan antivirus palsu ni. Untuk kawan aku ni, lain kali jaga-jaga ler dengan antivirus palsu ni. Zaman moden ada macam-macam cara nak jadi kaya..

Percuma tapi berguna..


Ini ada satu lagi perisian percuma yang cukup berguna iaitu CCleaner. Tak perlu bayar , cuma perlu muat turun saja dari lamannya. Fungsinya juga banyak dan berguna seperti membersihkan perkara berikut :

Internet Explorer
Temporary files, history, cookies, Autocomplete form history, index.dat.
Firefox
Temporary files, history, cookies, download history, form history.
Google Chrome
Temporary files, history, cookies, download history, form history.
Opera
Temporary files, history, cookies.
Safari
Temporary files, history, cookies, form history.
Windows
Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.
Registry cleaner
Advanced features to remove unused and old entries, including File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts and more... also comes with a comprehensive backup feature.
Third-party applications
Removes temp files and recent file lists (MRUs) from many apps including Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, Microsoft Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip and many more...
100% Spyware FREE
This software does NOT contain any Spyware, Adware or Viruses.

Muat turun dan install segera dalam komputer. Boleh ler cuci apa yang patut...Jangan biar komputer kita jadi lubang sampah hingga lembab semacam jer..

CCleaner - Freeware Windows Optimization

Sunday, January 25, 2009

System Mechanic

Perisian yang cukup berguna walaupun bertaraf percubaan untuk tempoh 30 hari. Banyak gangguan dalam komputer yang dapat dibaiki tanpa perlu membayar sesen pun kepada orang yang lebih pakar. Cara penggunaannya yang mudah dan mesra pengguna memudahkan pengguna yang tidak mahir untuk membaiki kerosakan dalam sistem komputer.

Jika komputer ada masalah berkaitan dengan gangguan sistem, muat turun saja perisian ini dan install. Cuba sendiri dan lihat bagaimana masalah komputer dapat diselesaikan.Utiliti ini dikeluarkan oleh Iolo Technologies dan boleh dimuat turun daripada http://www.download.com/System-Mechanic/3000-2094_4-10030183.html

Pam angin

Setiap kali aku ingin mendapatkan perkhidmatan percuma di stesen minyak milik orang Melayu, kebanyakannya pasti akan mendapat jawapan yang mengecewakan. Tetapi yang anehnya, jika perkhidmatan percuma itu cuba diperolehi di stesen minyak milik bukan Melayu, pasti berjaya pula. Pelik bukan ?

Perkhidmatan apakah yang percuma itu? Di stesen minyak di negara kita, perkidmatan percuma yang diperolehi adalah seperti penggunaan tandas dan pam angin. Free of charge... Tapi malangnya di kebanyakan stesen minyak milik orang Melayu, perkhidmatan percuma ini kurang diberi perhatian. Jika ada, ianya hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sebagai pengguna, selain daripada mengunjungi stesen untuk mengisi minyak, kita juga ingin menggunakan kemudahan seperti mengisi angin pada tayar kereta atau menggunakan tandas stesen semasa terdesak. Oleh kerana terlanjur berkunjung ke stesen tersebut, maka wajarlah kita menggunakan kemudahan yang disediakan.

Adalah tidak logik untuk pengguna datang ke stesen minyak orang Melayu untuk isi minyak sahaja tetapi apabila hendak isi angin tayar kereta atau nak menunaikan hajat besar atau kecil , maka perlu pergi ke stesen minyak orang bukan Melayu pula. Malangnya, kemudahan ini tidak diselenggarakan dengan baik oleh pengusaha stesen minyak orang melayu.

Pam angin ada tetapi tidak boleh digunakan. Kadang kala pam rosak . Jika pam tidak rosak, paip anginnya pula putus dua. Kadang-kala kepala paip pam angin tu pun tiada . Tandasnya pula entah apa-apa. Busuk dan kotor. Kalau sakit perut, masuk saja ke dalam tandas maka sakit perut itu akan hilang dengan sendirinya.

Sepatutnya, pengusaha stesen minyak orang Melayu perlu peka tentang perkara-perkara tersebut. Walaupun perkhidmatan itu percuma dan tidak mendatangkan untung secara nyata, namun perkhidmatan tersebut menjadi daya penarik untuk pengguna terus berkunjung ke stesen minyak itu.

Cuba lihat stesen minyak bukan Melayu. Kemudahan yang disediakan boleh digunakan tanpa ambil kira ianya perkhidmatan percuma atau pun berbayar. Jadi pelanggan akan terus mengunjunginya atas dasar untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan bernilai. Fikir-fikirkanlah jika ingin terus bersaing dalam dunia perniagaan moden.

Friday, January 23, 2009

Siksanya mengajar..

Mengajar manusia yang tidak mahu belajar adalah satu penyiksaan. Siksa ler..kita kena ajar sedangkan orang yang diajar , di dalam hati dan mindanya tidak langsung mahu belajar. Kita tunjuk dia tak mahu tengok. Kita baca , dia tak mahu ikut. Kita cakap dia tak mahu dengar. Jika dengar pun hanya sekadar lakonan. Hati dan jiwanya entah terbang jauh ke mana.

Diberinya latihan, langsung tidak dibuatnya. Apa yang boleh dibuat oleh orang yang mengajar. Pengajar tidak boleh marah. Apatah lagi mendenda dan memberi hukuman. Marah, denda dan hukuman adalah salah di segi peraturan yang dicipta oleh manusia. Silap haribulan, orang yang mendenda pula yang mendapat bala. Kena masuk lokap pula atau lebih teruk lagi kena mengadap para hakim .
Niat hati pengajar, marah dan denda adalah untuk mendorong pelajarnya berubah sikap. Dendaan boleh membentuk sikap yang baik dan menyedarkan pelajar tentang kesilapan diri sendiri. Dendaan bukan untuk keseronokan pengajar. Setiap kali mendenda, tekanan darah akan naik dan boleh menyebabkan serangan jantung dan darah tinggi. Risiko...

Jalan terbaik untuk elak risiko, pengajar ambil jalan mudah. Elak dari mendenda atau memaksa pelajar. Selamat....tak perlu masuk masuk lokap. Juga tak perlu hadap tuan hakim. Cuma jawab tunjuk sebab mengapa pelajar gagal dan lemah serta rosak akhlak. Jawab saja...berikan alasan, bukti dan hujah pada sang ketua yang sentiasa inginkan laporan demi laporan tentang pelajar.

Akibatnya, pelajar yang malas tadi akan terus berkekalan dalam alam kemalasan dan kejahilan tanpa ada perubahan. Biarkan saja, biar dia terus bodoh kerana itu adalah kehendak masyarakat yang mencipta perundangan sedemikian. Maka lahirlah generasi bodoh dalam masyarakat atas kehendak masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang tidak boleh ditegur, dididik dan dibimbing...

Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.

Sunday, January 18, 2009

Letihnya menjadi ibu bapa di zaman moden

Keluhan ni merupakan rintihan ibu bapa supaya jadi perhatian kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Apakah pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran tidak nampak segala masalah yang ditanggung oleh ibu bapa ? Tak tahulah atau pihak-pihak tersebut pura-pura tak nampak.

Ada berbagai masalah yang dihadapi ibu bapa dalam usaha memberi pelajaran kepada anak-anak. Daripada kos persekolahan, yuran yang tidak diketahui duduk perkaranya sehinggalah kepada masalah waktu persekolahan anak-anak.

Jika difikirkan tentang waktu persekolahan , memang pening ibu bapa dibuatnya. Silap haribulan, ibu bapa tak boleh nak bekerja terutama bagi anak-anak yang diambil dan dihantar oleh ibu bapa sendiri. Bayangkan jika ibu bapa tersebut mempunyai lima orang anak yang bersekolah di sekolah yang berbeza.

Tiga orang anak bersekolah di sekolah rendah dan dua orang anak bersekolah di sekolah menengah yang berbeza. Jam tujuh pagi dah keluar hantar anak ke sekolah. Dari satu sekolah ke satu sekolah. Itu tak menimbulkan masalah sangat. Cuma mungkin lewat sikit untuk sampai ke tempat kerja.

Masalah yang paling besar ialah sewaktu murid mula pulang dan ada aktiviti petang. Anak tahap satu keluar sekolah rendah jam 12.30 tengah hari . Anak tahap dua sekolah rendah pula keluar jam 1.10 tengah hari. Ibu bapa masih boleh ambil anak di sekolah rendah pada masa yang sama. Cuma anak yang belajar di tahap satu perlu tunggu sekejap. Jadi, jam 1.10 tengah hari, datang ambil anak sekolah rendah.

Balik dan sampai rumah. Anak sekolah menengah rendah pulak keluar jam 1.30 petang. Pergi ambil anak tu pulak. Baru ja sampai ke rumah, anak sekolah menengah yang satu lagi telefon. Keluar kelas jam 2.40 petang. Sekali lagi pergi ambil dan bawa pulang ke rumah. Baru saja duduk, anak sekolah rendah ada pula kelas KAFA kat sekolah jam 3.00 hingga 5.00 petang. Hantar pula anak kat sekolah rendah. Selepas tu anak sekolah menengah rendah pula ada latihan sukan jam 4.30 hingga 6.00 petang. Sekali lagi hantar anak ke sekolah menengah rendah.

Jam 5.00 petang pergi ambil anak kat sekolah rendah, kelas KAFA dah tamat. Pukul 6.00 petang ke sekolah menengah rendah pula.Latihan sukan dah selesai. Bila sampai kat rumah , ibu bapa sangat letih. Aduh, teruknya jadi ibu bapa zaman moden yang agak bertanggung jawab.Mana lagi nak bekerja cari rezeki...Berat..Ditambah pula malam tu ada kelas tuisyen. Hantar dan ambil...

Jadi, rutin ini sentiasa berulang sampailah selesai persekolahan anak-anak. Siksanya, berbelas tahun lamanya. Cara mudah ialah biarkan anak ke sekolah sendiri tapi terpaksa tanggung risiko.Jika nasib baik , anak jadi manusia. Jika tidak, mungkin jadi manusia yang tak guna.
Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran sudah boleh memikirkan satu pembaharuan sesi persekolahan yang lebih efektif. Satu sesi persekolahan di mana pelajar cuma perlu ke sekolah cuma sekali pergi dan sekali pulang dalam sehari. Bukannya pergi dan pulang berulang-ulang dalam sehari.

Mungkin persekolahan sepatutnya bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 5.00 petang. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dirancang secara berterusan dalam jangka waktu tersebut. Masalah ponteng aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan atau KAFA dapat diatasi kerana pelajar belum pulang dari sekolah.

Banyak pihak yang akan untung. Keselamatan pelajar juga terjamin. Masa dapat diurus dengan efisien. Ibu bapa dapat tumpu perhatian kepada urusan mencari rezeki. Pelajar pun tidak letih berulang alik ke sekolah.

Jadi, pegawai di Kementerian Pelajaran kat Putrajaya tu cubalah fikir-fikirkan..Jangan hanya nak tidur dalam bilik berhawa dingin tapi jengah-jengahlah kepala anda ke luar tingkap alam nyata...Atasilah masalah bukannya membiarkan masalah ...

Penjara Perlis

Inilah gambar terbaru perkembangan pembinaan Penjara Perlis. Dah hampir nak siap. Besar juga penjara ni. Lokasinya adalah di Guar Nangka dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Chuping dan Parlimen Padang Besar.

Mungkin inilah satu lagi tempat rehat untuk golongan yang suka melanggar undang-undang negara . Juga sebagai amaran kepada orang yang suka berjinak-jinak dengan jenayah bahawa sudah ada tempat khas telah disediakan untuk mereka. Rumah batu berpintukan besi dikelilingi tembok tinggi. Ada pula pengawal bersenjata disediakan sepanjang masa.

Istimewa gak golongan yang dapat masuk ke sini. Makan percuma disediakan. Tempat tinggal tidak dikenakan sebarang bayaran. Cuma, jasad terkongkong di sebalik tembok batu jauh dari kebebasan seorang insan. Jadi, keistimewaan itu semua tidak akan berguna lagi kerana tanpa kebebasan maka manusia itu umpama jasad tanpa nyawa...

Saturday, January 17, 2009

Kopi Kawe

Ini cerita tentang sejenis kopi. Kopi ini baik untuk kesihatan orang lelaki yang mengamalkannya. Saya dah cuba kopi ni. Memang bagus dan power. Ikut maklumat yang tertulis pada kotak dan bungkusannya, kopi ni gabungan daripada tujuh herba terpilih.

Harga jualan yang saya dapat di Kangar adalah RM35.00. Mula-mula dulu susah gak untuk dapatkan kopi ni sebab tidak diketahui siapa sebenarnya yang jual kopi ni. Cuma main pesan kat kawan-kawan dan kawan-kawan tu pesan pula kat kekawan yang lain. Jadi , cara nak beli tu rumit sikit tapi sekarang ada dijual di kedai kat bangunan D'Mara Kangar berhadapan The Store. Sebelah dengan kedai Gunting rambut Muhibah.

Kopi Kawe ni menjadikan badan kita cukup panas selepas beberapa minit diminum. Jadi, bagi orang yang berbadan kecil, tak boleh minum satu paket tu. Separuh paket tu pun sudah memadai. Kalau minum satu paket, terasa panas seluruh badan. Perlu minum air kosong banyak-banyak pula...Satu paket kopi ni cuma sesuai untuk orang yang berbadan besar saja..


Apa kehebatan kopi ni ? Kalau nak tahu cuba selama tiga hari... Untuk orang lelaki laa.He,he, tak perlu viagra beb...
Maklumat lanjut boleh layari http://www.coffeeforallmen.com/

Sunday, January 11, 2009

RemoveWGA

Pc aku masalah pulak dah.. Kali ni Windows XP kena blok sebab ter"download" dan ter"install"update daripada Microsoft (KB905474). Akibatnya, pada skrin terpapar mesej "You may be a victim of software counterfeiting.This copy of Windows did not pass genuine Windows validation".Setelah beberapa kali mesej ni keluar , akhirnya Windows tak boleh beroperasi pula. Aku tak tahu nak buat macam mana untuk buang benda ni. Mujur komputer aku ni aku dah install dua Windows pada drive yang berbeza. Boleh gak aku guna Windows pada drive satu lagi sementara nak atasi masalah tu.


Langkah pertama , aku terpaksa setkan "automatik update" kepada "turn off automatic updates".Tak payah update le lagi senang. Menyusahkan saja. Lepas tu aku kena merayau dalam web untuk cari penyelesaiannya.

Rupa-rupanya penyelesaian tu dah ada. Download saja program RemoveWGA 1.2 dari laman http://www.softpedia.com/get/Tweak/Uninstallers/RemoveWGA.shtml. Terima kasih kepada penciptanya,Guillaume Kaddouch yang membantu golongan yang kurang mampu. Program ni kecil tapi besar faedahnya.

Setelah download program tu, aku cuba hidupkan Windows yang bermasalah tu. Ha..hidup pulak..Ini sudah baik, apa lagi. Teruslah install program RemoveWGA tu. Ok, berjaya juga. Jalankan program tu dan terus saja dibuangnya Microsoft (KB905474). Mudah jer...

Sekarang Windows Xp aku dah jalan macam biasa.. tapi aku tak berani dah nak hidupkan automatic update..Takut gak kena blok sekali lagi.

Saturday, January 10, 2009

Made in China

Petang tadi saja aku jalan-jalan kat Kangar. Aku singgah satu kedai telefon. Dalam kedai tu tiada pelanggan. Jadi aku boleh sembang-sembang dengan pekerja kedai tu. Pekerja kedai tu lelaki. Kedua-duanya lelaki Cina. Mungkin sebab tu tak ada pelanggan yang lepak kat situ.

Aku tanya telefon bimbit dari China. Pekerja tu tunjuk aku tiga model telefon tu. Satu jenamanya TV handhone, satu lagi N71 TV dan satu lagi aku tak tahu jenamanya apa tapi yang ni nampak cantik rekabentuknya.
Aku cakap , aku cuma nak tengok-tengok jer. Bukan nak beli. "Tak apa bang, tengok la. Nanti saya tunjuk. Baru tahu hebat ke tidak,"kata pekerja tu ramah. Memang dia ramah dan mesra. Dia pasang telefon tu. Tunjuk penerimaan tv handphone tu. Boleh tahan gak. Pasang lagu, best gak speaker dia. Suara tak pecah pun.

CESIM V580 Dual SIM Card TV China Phone with Dual Camera

CESIM V580

TV phone
Dual SIM card dual standby
Bluetooth function
Dual 1.3MP camera
3.2’’ touch screen
Multi – language interfaces
MP3 / MP4
G sensor
FM radio
GPRS

"Macam mana bang? Boleh tak ?"tanya pekerja tu. "Boleh la.."kata aku. Dia tunjuk lagi. Pasang USB la, charger dan bateri. Bateri ada dua dan boleh pakai dua sim kad serentak. Kamera 1.3mp dan skrin sentuh. Radionya pula lebih jelas daripada radio Nokia aku. "Kalau abang beli, saya beri memori kad 1gb. Waranti satu tahun,"kata pekerja kedai tu lagi.

"Harganya berapa?" Tanya aku pula. "Murah jer, bang. RM390 saja,"jawabnya. Aku minta kurangkan lagi harganya tapi dia kata harga tu dah cukup murah. Untung sikit saja katanya. Dalam hati , tergoda juga aku bila tengok hp ni. Design boleh tahan.Kemasan bagus ditambah dengan teknologinya yang apabila dibandingkan dengan harga yang dikira murah.

Tapi aku tak beli handphone tu. Bila difikir -fikir, apa perlunya handphone tu. Handphone aku pun tak meragam lagi.Masih baik dan elok walaupun dah tiga tahun. Cuma handphone aku dah ketinggalan zaman. Eleeh..Nokia 3230 ja . Tapi kalau Nokia 3230 ni rosak, teringin juga aku beli handphone buatan China tu...