Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Saturday, December 6, 2008
Hilangnya Nikmat Dunia
Nikmat dunia... Itulah kata-kata yang boleh diluahkan mengenai rasa dan kesedapan yang dirasai oleh seseorang semasa hidup di muka bumi ini. Apabila seseorang itu sudah tidak boleh lagi merasai dan menikmati kesedapan hidup di muka bumi ini lagi, maka dia akan dikatakan sudah hilang nikmat dunia.
Ada orang yang masih hidup tetapi malangnya dia sudah tidak boleh makan itu dan ini. Doktor melarang dia untuk menikmati makanan tertentu atas sebab-sebab kesihatan. Jika makan juga, besar kemungkinan orang itu akan merasa akibatnya. Sudah tentulah dia akan ditimpa pelbagai jenis penyakit yang akan menyusahkan diri sendiri. Maka dia sudah hilang satu daripada nikmat dunia iaitu kesedapan menikmati jenis-jenis makanan yang ada di muka bumi ini.
Doktor larang makan daging dan makanan berlemak. Risiko tinggi. Boleh diserang sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Elak makanan yang masin dan manis. Pulut dan makanan berkarbohidat tinggi pun tak boleh. Nanti diserang ghout. Makanan laut seperti kerang, udang, ketam dan sotong pun tak boleh juga.
Akhirnya, entah apa jenis makanan yang boleh dimakan. Nasi dan sayur-sayauran saja. Campur seekor ikan rebus. Waduuh..siksanya . Tak sedap tapi perlu makan supaya tidak lapar. Apabila terlalu menjaga jenis-jenis makanan, akhirnya didapati terlalu kurang zat dan vitamin pula. Contohnya, tekanan darah rendah pula. Adush..macam-macam ..payah, memang payah . Gitu ler jika sudah hilang nikmat dunia.
Sementara itu , ada juga orang yang hilang nikmat dunia di sudut yang berlainan pula. Walau pun masih muda, tubuh sihat dan bergaya tetapi dia tidak boleh menikmati satu daripada kenikmatan hidup di muka bumi ini. Tidak boleh berkahwin ataupun kalau berkahwin tetapi tidak mampu menikmati nikmat perkahwinan..Ni lagi ler rugiii...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment