LeLaKi dAri GuNuNg
Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Wednesday, March 14, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Mengail ikan darat..
Di suatu petang yang panas..mak cik-mak cik syok gila memancing...pi mengai..kata orang Kedah.. ( huruf L tak bunyi ). Depa pi mengail ikan darat..ikan darat noo..bukan boya darat..Dah jadi satu hobi pulak.. kalau alih mentari..mak cik-mak cik ni dah tak boleh duduk rumah dah..panas punggung kalau duduk di rumah...
Puyu, haruan, keli dah memanggil-manggil...Tak senang duduk jadinya..Ketagih nak memancing..best kata depa..boleh release tension..
Berlatar belakangkan Gunung Jerai...sawah padi sejauh mata memandang..
Nak pi memancing ni bukan dekat..jauh ke tengah bendang..
Padi nan menghijau..sedang membesar..di celah pokok padi ni tersembunyi ikan puyu, keli dan haruan...juga ular..kalau jengoi kawan tu ..sahih mak cik-mak cik lari berterabur...
Ni la hasil memancing oleh mak cik-mak cik ni... Balik nak kena besiang pulak ikan ni..lepas tu buat gulai puyu..pakai rempah giling..kuah pekat..best oii..
Lokasi memancing..tepi parit gila..
Anak haruan pun boleh juga..
Dari panas terik..dah bertukar nak ke senja..balikkk...
Malam dah mak cik-mak cik oii...balik boleh dah.. ikan pun dah balik..nak masuk maghrib dah ni..
Label:
pancing ikan
Tuesday, February 28, 2012
Puasa elak otak mengecut
LONDON 28 Feb. - Kajian saintifik perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol 'tidak baik' dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. - Agensi

Wednesday, February 22, 2012
Besi Terbang

Tok Adam ni banyak bercerita tentang kisah hidupnya dulu-dulu kat aku. Salah satunya adalah tentang 'besi terbang'. Ikut kata Tok Adam, masa tu..dia masih budak lagi tapi dah boleh ingat peristiwa yang berlaku.
Zaman tu..bukannya macam zaman la ni..ada macam-macam. Dulu tak dak apa pun..Bebudak cuma main kat bendang saja. Motor jarang-jarang boleh jumpa..Kereta apa lagi. Benda lain tok sah cakap laa..
Sewaktu dia dan kekawannya asyik bermain-main kat bendang tetiba saja dia dan kawan-kawannya terdengar bunyi yang sangat kuat. Jadi depa semua pandang ke arah bunyi tu..Nampak satu benda warna hitam sedang terbang di udara menuju ke arah mereka. Benda tu nampak besar dan terbang sangat rendah..

Apa lagi..depa semua cabut lari..Lari kuat-kuat tapi benda tu sangat kuat..Dia terbang mai atas kepala depa..Tok Adam kata waktu tu dia sangat takut tengok menatang tu..Ada sayap besar ..ada pula ekor..Tak pernah nampak benda yang serupa benda tu selama ni..Habis ketar sampai terkencing dalam seluar..

Selepas tu baru depa semua tahu..ropa-ropanya menatang yang terbang atas kepala depa tu orang panggil kapal terbang..Selepas tu depa tak heran dah kat menatang tu..cuma langut tengok saja ..tak lari dah..langut saja laa..nak naik mana boleh..zaman tu cuma orang putih saja boleh naik menatang besi terbang ni..
Heran noo..besi pun depa buat sampai boleh terbang...
Monday, February 20, 2012
Murid-muridku...
Tension betul aku ajar budak-budak dua tiga ekor ni...haram tak reti apa..Penat ajar sampai berbuih mulut..Dok buat salah juga..tak faham bahasa betul...
Tunjuk di papan hitam..pun depa buat salah juga. Ajar pakai LCD ...pun salah juga..Ajar dalam bilik berhawa dingin..tetap buat tak betul juga..Geram betul aku..terutama budak Mat Zaki tu..anak misai pun serupa juga..kerbau apa lagi..
Bebudak ni cakap saja pandai...bab mengaji haram tak boleh ..kalu bab sembang kedai kopi..depa dapat "A" la..

Wednesday, October 26, 2011
Kelemahan ..kehebatan..
Setiap yang dijadikan Allah mempunyai kelemahan..juga punya kehebatan..dalam kehebatan itu..Allah jadikan kelemahan untuk makhluk ciptaanNya.
Elektrik suatu perkara yang hebat..tidak boleh dilihat oleh mata kasar tetapi berkuasa mengeluarkan cahaya..juga menggerakkan mesin dan jentera.Namun..kekuatan elektrik boleh disekat oleh bahan getah dan plastik yang dinamakan sebagai penebat.
Begitu juga dengan benda yang ada di alam ini..sehebat mana pun..jika difikir-fikirkan..tentu Allah telah ciptakan kelemahan untuk makhlukNya itu..Sesungguhnya..makhluk tetap makhluk..bukan pencipta...
manusia..oh..manusia
Sifat manusia memang aneh...suka memaksa samada secara nyata..kekadang dipaksa sesuatu itu secara halus..manusia itu suka memaksa sesuatu yang disukainya ke atas orang lain..
Jika manusia itu suka akan sesuatu...dia akan mempromosikan kesukaannya kepada orang lain...perlahan-lahan ..supaya apa yang disukainya juga turut disukai oleh manusia lain..
Jika yang disukainya itu tidak disukai oleh manusia lain..maka manusia itu berkemungkinan akan berasa kecil hati , marah, kecewa dan sebagainya. Mungkin juga ..dia akan memaksakan kesukaannya atau mendesak agar apa yang disukainya kepada orang lain..
Subscribe to:
Posts (Atom)