Kelihatan seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yang lantang di hadapan murid-murid yang khusuk mendengar. Guru itu membaca sepatah-sepatah perkataan dan bagaikan mendayu-dayu suaranya. Aku yang mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan. Aku juga diancam mengantuk ditahap maksima dan untuk mengelakkan aku jatuh tidur, aku pun segera menjalankan aktiviti "melombong".Supian (macam nama sebenar) juga dalam posisi boring giler. Dengan tangan menongkat dagu, matanya memandang pada belakang Fatimah (bukan nama sebenar). Sesekali kelihatan air liurnya meleleh. Aku yang di sebelahnya menahan ketawa bila melihat dia terkejut kambing kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja.
"Kau nak tengok 'pedang' kecil tak?" bisik aku perlahan ke telinganya. "Mana?" tanya dia, nampaknya seakan berminat.
Lalu aku meletakkan 'pedang kecil' di hujung jarinya. Dia seperti kagum dan mendekatkan 'pedang kecil' itu ke matanya. Dia menilik berkali-kali, sesekali menggetel 'pedang kecil' itu..
'Pedang kecil' itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..
"Pedang…?" dia bertanya sambil berbisik dan matanya dibulat-bulatkan sebesar-besarnya sambil mendekatkan lagi 'pedang kecil' itu ke matanya..
Tiba-tiba dia menjerit dengan kuat,"INI TAHI HIDUNG!!!!! "
Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah yang di depannya pun turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas pun turut terkejut!
"Supian... kenapa kamu menjerit 'tahi hidung' tadi?" Tanya cikgu. Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takder apa-apa…
Aku menahan ketawa..sampai meleleh air mata di pipiku..lawak..sungguh lawak… dan si Supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!
Supian, kiranya kau terbaca cerita ini..aku nak mintak maaf sangat-sangat. Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf sekali lagi…
Maafkan aku wahai makhluk Tuhan....
Pengajaran: Jangan main-main sewaktu cikgu mengajar di depan kelas.
No comments:
Post a Comment