Pages - Menu

Monday, December 15, 2008

Video

Semalam aku tonton video Max Payne. Cerita ni memang best. Sebelum tu, dua tiga tahun lepas aku ada main game Max Payne ni. Game ni merupakan game kegemaran aku. Apabila tension jer, aku main game ni untuk lepas geram. Tembak habis-habisan...


Apabila tonton video ni, aku dapat satu kepuasan. Ceritanya tak terlalu pantas pergerakannya macam Quantum of Solace. Ada gerak perlahan..slow motion. Bab ini best..sama macam dalam game. Kita boleh tengok pergerakan dengan detail. Baru ada seni.

Tak rugi aku beli video ni. Betul-betul memuaskan dan menghiburkan. Jika dibandingkan dengan Quantum of Solace, Max Payne lebih best. Quantum of Solace kurang memuaskan kerana cara persembahan yang agak mengelirukan dan pergerakan aksi filemnya terlalu pantas. Hilang nilai seninya. Jalan ceritanya pula agak longgar.


Walau apa pun, kedua-dua cerita ni dikategorikan sebagai menghiburkan. Boleh ler isi masa senggang aku yang masih ada beberapa hari ni. Untuk cuci otak aku yang agak semak ni , maka aku menonton video..Jadi mungkin aku kena cari lagi beberapa video yang best-best..

No comments: