Pages - Menu

Wednesday, December 3, 2008

Antu Cossack

Kisah ni sudah lama berlalu iaitu semasa aku bersekolah di SMTSP dulu . Waktu itu aku baru masuk ke Tingkatan Dua..hari pertama. Juga hari pertama lapor diri di asrama sekolahku.

Asrama sekolah ku memang dikategori sebagai besar. Asrama lelaki ada dua blok berkembar dan mempunyai empat tingkat termasuk tingkat bawah . Aku dan rakan-rakan ku ditempatkan di tingkat pertama, dekat tandas dan tangga.

Bilikku ini bersebelahan dengan blok dewan makan. Jika waktu malam , lampu yang dipasang di sekitar dewan makan akan melimpahi masuk ke bilik aku. Jadi, sekiranya bilik aku tidak dipasang lampu pun suasananya tidaklah terlalu gelap.

Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama, maka ramai rakan-rakan yang jauh seperti pelajar dari Kedah, Perak, Selangor dan lain-lain belum sampai. Suasana agak sunyi berbanding kebiasaan sebab belum ramai pelajar yang melapor diri. Bilikku cuma ada empat orang termasukku sedangkan biasanya bilikku mampu menampung dua belas orang penghuni.

Apabila malam menjelma baru aku sedar bahawa aku terlupa membawa kelambu ke asrama. Sudah menjadi tabiatku untuk tidur mesti ada kelambu. Jika tidak, aku tak boleh tidur. Kacau juga...

Kena pula katiku letak bersebelahan pintu masuk..dekat dengan tingkap..tepi koridor. Satu tingkap kat sebelah pintu tu pecah pada bahagian bawah. Jadi tingkap tu tidak ada cermin.. terpelohong begitu saja hingga boleh nampak luar koridor.

Sampai waktu tidur, aku cuba untuk tidur..Tak boleh lena..Ada pulak nyamuk yang terbang sambil berbunyi kat telinga.. Lagi tak boleh tidur. Suasana malam dah sunyi sepi..Dah larut malam tapi aku masih tak boleh nak tidur lena...

Tiba-tiba aku terdengar bunyi derap sepatu seperti askar yang berkawad di ruang koridor. Derap sepatu itu berbunyi melintasi pintu dan terus ke hujung koridor. Kemudian bunyi itu berpusing semula melintasi bilik ku lalu ke hujung yang satu lagi.
Aku biarkan saja. tapi lama-lama bunyi tu semakin kerap dan tak pergi jauh dah...Bunyi kawad tu hanya seperti berulang-alik di depan bilikku saja. Aku jadi cemas..gementar pun ada. Aku tengok kawan-kawan ku . Semuanya tidur lena.

Aaah.. kacau ni. Aku takut gak sebab ada cerita tentang hantu "cossack" yang diceritakan oleh senior dulu. Bulu roma aku berdiri tegak.. Cis..pantang tok nenek aku kalau diusik. Keturunan tok nenek aku mana ada takut hantu..Hantu takut kat keturunan tok nenek aku ada laa.

Aku bangun dari tidur lantas ku capai batang penyapu di tepi katil. Perlahan-lahan aku berjalan terhendap-hendap kat tepi tingkap yang pecah tu. Aku nak tengok apa ke benda yang dok bunyi di depan bilik aku tu. Aku pun merapatkan mukaku ke tingkap yang pecah tu...

Sebaik saja aku nak rapat muka kat lubang tingkap tu, tiba tiba terjengol kat lubang tingkap tu tangan yang berkuku dan dua mata yang bercahaya.. Dup dap dup dap jantung ku..terkejut abis.. Batang penyapu yang aku pegang tu terlepas dari tangan. Aku lak jatuh terduduk..Fuuuh..terkejut biawak aku.

Sesaat lepas tu..benda tu lompat masuk ke dalam bilik aku. Ceh, kucing rupa nya. Kucing hitam...rilek jer member tu masuk melintasi aku ..jalan menuju ke tingkap di bahagian dewan makan. Lompat dan terus keluar. Hilang macam tu saja.

Aku lak terkejut abis...jantung berdenyut kencang... suara pun dah tak keluar . Lama gak baru aku boleh bangun. Bunyi sepatu berkawad tu pulak dah hilang.. Hilang terus..Dah tak bunyi sampai ke pagi dan hari-hari seterusnya.Rupanya mata yang bersinar tu adalah mata kucing hitam tu. Mata tu bercahaya sebab terkena sinaran lampu dari dewan makan. Jadi mata tu bercahaya..memancar.. Memang mengejutkan..Heh..heh..padan muka aku. Tapi selepas tu aku tak pernah lagi mendengar bunyi derapan sepatu di tengah malam lagi.

Cuma aku tertanya-tanya, siapa yang berkawad tu...kenapa lepas kucing hitam tu masuk, derapan sepatu tu hilang? Adakah kucing hitam tuu...

No comments: