Pages - Menu

Tuesday, December 2, 2008

Pembalasan

Ini suatu kisah benar yang terjadi . Lokasi kejadian itu tidaklah perlu diperjelaskan. Cuma yang nyata, kisah ini merupakan suatu kisah yang benar-benar terjadi , akibat dari sikap angkuh, sombong dan riak .Begini kisahnya...Ada seorang remaja yang kira-kira usianya sudah hampir jadi seorang pemuda..Maksudnya boleh dikira sebagai orang dewasa. Ertinya sudah boleh bertanggung jawab terhadap semua tindak-tanduk yang dilakukannya.
Remaja ini bersikap begitu angkuh. "Berlagak" kata orang kampung. Semua tindak-tanduknya tidak boleh ditegur. Semuanya betul walaupun sebenarnya sikapnya itu salah dan mengganggu ketenteraman orang sekeliling.Motorsikal ditunggangnya dengan laju. Pedal minyak motor pula dipulas sepuas-puasnya .Apatah lagi bunyi motor yang merempit memecahkan anak telinga.
Perangainya yang suka mengganggu ketenteraman jiran tetangga semakin menjadi-jadi apabila dia suka menunjuk-nunjuk kelakuannya. Sekiranya ada yang menegur kelakuannya itu, dia mengugut pula untuk melakukan sesuatu. Selalunya dia suka membawa sebilah pisau rambo yang sentiasa diasah sehingga berkilat untuk menakutkan orang yang menghalang kelakuannya itu.Pernah juga dia dinasihati ibunya, namun semua nasihat hanyalah kata-kata yang masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.Suatu hari, sewaktu melepak bersama rakan-rakannya, suatu kejadian yang mengerikan telah menimpa remaja itu. Entah macam mana, pisau rambo yang selalu dibawanya telah terkeluar dari sarungnya dan termasuk ke celah kusyen kerusi rotan yang diduduki remaja itu. Remaja ni pula tidak sedar bahawa pisaunya sudah terkeluar dari sarung dan jatuh tersepit di celah kusyen kerusi rotan itu.Semasa beralih kedudukan ke sana dan ke sini, pisau itu secara tidak sengaja telah menusuk ke dalam duburnya sehingga ke bahagian ususnya.Rakan-rakannya yang terperanjat terpaksa mengejarkan remaja itu ke hospital. Selama sebulan lebih remaja itu terpaksa menerima rawatan di hospital. Setelah pulang ke rumah pun, dia tidak dapat keluar rumah kerana kecederaan yang dihadapinya itu. Lama juga dia terpaksa berkurung di dalam rumah.
Mungkin inilah pembalasan dari Allah atas sikap kurang ajar yang telah dilakukannya selama ini.Cuba bayangkan..pisau rambo yang tajam itu merodok lubang dubur..Ya Allah... ngerinya..Pisau tu tajam..masuk..dushhh..sakitnya hanya Allah yang tahu..terus ke dalam sampai ke bahagian usus. Mujur tak mati...Sudah lah badannya bersaiz xxl..betapa deritanya.
Juga cuba bayangkan bagaimana doktor dan jururawat serta pasukan perubatan itu berhempas pulas untuk mengeluarkan pisau itu dari dubur remaja tu.. Pisau rambo ni ada gerigi tajam pada bahagian atasnya..Perittt..Sekarang remaja tu dah berubah sikapnya..Boleh la dikira sudah jadi baik jika dibandingkan dengan sikapnya yang dahulu tu. Inilah hikmah kejadian itu. Pengajarannya ialah kita perlu jadi manusia yang baik, terima nasihat yang benar dari manusia yang lain. Jangan berlagak sombong membabi buta kerana balasan Allah itu akan tiba juga. Jadi..awas laa...

No comments: