Pages - Menu

Friday, December 5, 2008

Gigi oh Gigi


Gigi geraham ku mula rasa semacam jer..Bila aku tengok dalam cermin, baru nampak macam dah berlubang. Patutlah selama ini aku rasa kurang selesa apabila makan. Gigi tu jadi macam sensitif jika makanan yang agak keras dimasukkan ke dalam mulut. Apatah lagi kalau makanan yang manis..esshh..essshh...

Inilah kali pertama dalam hidupku gigiku menghadapi masalah. Selama ni aku tak pernah merasa macam mana sakit gigi. Gigi berlubang pun tak pernah rasa. Bila kena, gini rupanya rasa sakit gigi berlubang.

Berlubang juga gigi ni walaupun aku dah jaga dengan rapi. Aku sentiasa jaga jenis makanan yang aku makan. Setiap kali selepas makan , seberapa yang boleh aku akan cuba bersihkan gigi. Paling koman pun aku akan berkumur atau kalau susah sangat aku tak makan. Berus gigi tu sudah semestinya le..

Mungkin sakit gigi ni ada kaitan dengan hayatnya. Apabila sampai hayatnya, dia akan mula bermasalah. Macam lain-lain anggota tubuh manusia. Sampai ajal, kita pun akan mati.
Apa pun, esok pagi aku nak pergi mengadap doktor gigi..Doktor Tan. Harap gigi ni masih boleh diselamatkan lagi. Mungkin boleh ditampal dan tidak perlu dicabut. Janggal rasanya kalau tak ada gigi geraham ni. Macam mana aku nak lumatkan makanan..

1 comment:

Anonymous said...

saya cuma nak bagi pendapat saya, saya bukanlah doktor, cuma dental assistant. so tau lah serba sedikit. gigi kita ni diperbuat dari kalsium. makanan tak jadi masalah. gosok aje tak cukup. kite kene floss jugak celah gigi yang tak dapat dicapai , lagi la gigi geraham belakang. kadang2 kite tak perasan ade sisa masih tertinggal atas permukaan gigi geraham kite. makanan akan bertukar jadi acid dan sikit demi sedikit dia menghakis permukaan gigi kite. gigi kite ni boleh berlobang dalam masa tempoh 3 bulan. jadi sebelum terlambat baik pergi periksa doktor. tapi kalau awk betul2 nak jage gigi. kene pergilah c/up every 6 month. even xde ape pun. tapi untuk kesihatan gigi kite jugak.. ;)