Cikgu selalu suruh murid datang sekolah awal pagi. Tepati masa, 7.30 pagi dah sampai kat sekolah. Tapi, cikgu pula yang datang lewat. 8.00 pagi belum sampai ke sekolah lagi. Kalau murid datang lewat, cikgu denda. Jika cikgu datang lewat,cikgu tak kena denda ke??
Cikgu janji, esok ada kelas tambahan jam 3.00 petang sampai jam 4.30 petang. Jadi, murid pun cakap kat bapa supaya datang jemput jam 4.30 petang esok. Tapi esoknya, jam 1.00 tengah hari cikgu baru cakap , kelas tambahan tu tak jadi. Kensel kelas...tapi bapa dah tiada kat rumah.Ada temujanji dengan orang lain. Nak balik tak boleh..Kena tunggu juga sampai jam 4.30 petang. Maka tertunggu-tunggulah murid tu kat pintu pagar sekolah macam tunggu buah tak gugur. Cikgu tak ditepati janji lagi..
Cikgu cakap, sekolah mula jam 7.45 pagi dan tamat jam 1.05 tengah hari. Jam 12.55 tengah hari, bapa pun minta masa 20 minit kat boss untuk keluar ambil anak kat sekolah. Sampai sekolah jam 1.05 minit, murid belum keluar lagi. Tunggu lagi 5 minit, pun belum keluar lagi. Bapa turun kereta pergi ke kelas. Cikgu masih rancak mengajar. Jam sudah pukul 1.15 petang pun murid belum keluar lagi..Bapa gelisah macam kucing nak beranak. Lewat masuk kerja pula..ni mesti kena sound dengan boss. Jam 1.25 petang baru murid dilepaskan keluar. Janji dengan boss sudah tak ditepati.
Nak tepati macam mana kalau cikgu pun tak tepati janji. Cikgu selalu cakap, janji perlu ditepati tapi cikgu pula tak tepati janji. Cikgu juga cakap, masa itu emas. Tapi, masa itu mungkin emas bagi cikgu tu, bukan emas untuk ibu bapa. Mungkin bapa tak perlu kerja...cuma perlu goyang kaki saja tunggu waktu cikgu lepaskan murid keluar darjah..
Cikgu kena lah fikir. Mak bapa bukan guna daun kayu untuk biaya anak ke sekolah.Mak bapa pun macam cikgu juga yang perlu guna duit ringgit untuk sara hidup.Jadi mak bapa perlu bekerja dan mesti ada kerja yang nak diselesaikan. Bukan sekadar datang sekolah tunggu nak ambil anak yang tak dilepaskan keluar ikut masa yang dijanjikan. Jika kerbau dipegang talinya, manusia pula dipegang janjinya.
Tak gitu, cikgu?
1 comment:
oooo ye ker? abis tu nak salahkan cikgu ker?????????
Post a Comment