Keluhan ni merupakan rintihan ibu bapa supaya jadi perhatian kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Apakah pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran tidak nampak segala masalah yang ditanggung oleh ibu bapa ? Tak tahulah atau pihak-pihak tersebut pura-pura tak nampak.
Ada berbagai masalah yang dihadapi ibu bapa dalam usaha memberi pelajaran kepada anak-anak. Daripada kos persekolahan, yuran yang tidak diketahui duduk perkaranya sehinggalah kepada masalah waktu persekolahan anak-anak.
Jika difikirkan tentang waktu persekolahan , memang pening ibu bapa dibuatnya. Silap haribulan, ibu bapa tak boleh nak bekerja terutama bagi anak-anak yang diambil dan dihantar oleh ibu bapa sendiri. Bayangkan jika ibu bapa tersebut mempunyai lima orang anak yang bersekolah di sekolah yang berbeza.
Tiga orang anak bersekolah di sekolah rendah dan dua orang anak bersekolah di sekolah menengah yang berbeza. Jam tujuh pagi dah keluar hantar anak ke sekolah. Dari satu sekolah ke satu sekolah. Itu tak menimbulkan masalah sangat. Cuma mungkin lewat sikit untuk sampai ke tempat kerja.
Masalah yang paling besar ialah sewaktu murid mula pulang dan ada aktiviti petang. Anak tahap satu keluar sekolah rendah jam 12.30 tengah hari . Anak tahap dua sekolah rendah pula keluar jam 1.10 tengah hari. Ibu bapa masih boleh ambil anak di sekolah rendah pada masa yang sama. Cuma anak yang belajar di tahap satu perlu tunggu sekejap. Jadi, jam 1.10 tengah hari, datang ambil anak sekolah rendah.
Balik dan sampai rumah. Anak sekolah menengah rendah pulak keluar jam 1.30 petang. Pergi ambil anak tu pulak. Baru ja sampai ke rumah, anak sekolah menengah yang satu lagi telefon. Keluar kelas jam 2.40 petang. Sekali lagi pergi ambil dan bawa pulang ke rumah. Baru saja duduk, anak sekolah rendah ada pula kelas KAFA kat sekolah jam 3.00 hingga 5.00 petang. Hantar pula anak kat sekolah rendah. Selepas tu anak sekolah menengah rendah pula ada latihan sukan jam 4.30 hingga 6.00 petang. Sekali lagi hantar anak ke sekolah menengah rendah.
Jam 5.00 petang pergi ambil anak kat sekolah rendah, kelas KAFA dah tamat. Pukul 6.00 petang ke sekolah menengah rendah pula.Latihan sukan dah selesai. Bila sampai kat rumah , ibu bapa sangat letih. Aduh, teruknya jadi ibu bapa zaman moden yang agak bertanggung jawab.Mana lagi nak bekerja cari rezeki...Berat..Ditambah pula malam tu ada kelas tuisyen. Hantar dan ambil...
Jadi, rutin ini sentiasa berulang sampailah selesai persekolahan anak-anak. Siksanya, berbelas tahun lamanya. Cara mudah ialah biarkan anak ke sekolah sendiri tapi terpaksa tanggung risiko.Jika nasib baik , anak jadi manusia. Jika tidak, mungkin jadi manusia yang tak guna.
Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran sudah boleh memikirkan satu pembaharuan sesi persekolahan yang lebih efektif. Satu sesi persekolahan di mana pelajar cuma perlu ke sekolah cuma sekali pergi dan sekali pulang dalam sehari. Bukannya pergi dan pulang berulang-ulang dalam sehari.
Mungkin persekolahan sepatutnya bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 5.00 petang. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dirancang secara berterusan dalam jangka waktu tersebut. Masalah ponteng aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan atau KAFA dapat diatasi kerana pelajar belum pulang dari sekolah.
Banyak pihak yang akan untung. Keselamatan pelajar juga terjamin. Masa dapat diurus dengan efisien. Ibu bapa dapat tumpu perhatian kepada urusan mencari rezeki. Pelajar pun tidak letih berulang alik ke sekolah.
Jadi, pegawai di Kementerian Pelajaran kat Putrajaya tu cubalah fikir-fikirkan..Jangan hanya nak tidur dalam bilik berhawa dingin tapi jengah-jengahlah kepala anda ke luar tingkap alam nyata...Atasilah masalah bukannya membiarkan masalah ...
No comments:
Post a Comment