Petang kelmarin , kira-kira jam 5.40 , aku dengar berita dari mulut emakku tentang kematian anak rakannya. Katanya,"Tadi mak dan ayah pergi mengunjung anak Cikgu Sidik.Min dah tak da. Dah meninggal dunia hari Isnin tapi mak baru tahu. Mak bapa dia terkejut sampai lupa nak bagi tau. Cuma beritahu kat orang-orang yang teringat pada masa tu saja."
Min meninggal dunia tanpa mengidap sebarang penyakit . Dia masih muda, mungkin baru nak masuk umur 40an. Anak pun masih kecil. Ikut cerita ibunya, waktu tu dia sedang bermain-main dengan anaknya. Lepas tu berceloteh dengan isterinya sambil berbaring di atas riba. Cuma, secara tiba-tiba dia senyap. Rupa-rupanya, dia sudah pergi mengadap Illahi.
Si mati ni semasa hidupnya dulu selalu juga datang ke rumah mak bapa aku terutama di musim raya korban.Dia dan keluarganya selalu mengadakan korban di rumah kami. Satu hal yang aku respek dengan si mati ni adalah tentang keberaniannya menyembelih binatang korban.
Masa tu dia masih muda lagi, agak-agak umur 19 - 20 tahun kot. Bapanya beri pisau dan suruh dia sembelih kambing korban yang besar tu. Tanpa banyak cakap, dia terus sembelih kambing tu dengan bimbingan bapanya. Alhamdulillah, sembelihan tu berjaya walaupun inilah kali pertama dia menyembelih.
Bagi aku , dia tu kira-kiranya seorang yang berani juga la. Aku sampai sekarang masih tak berani nak sembelih kambing. Apatah lagi lembu yang besar tu. Aku gerun tengok darah menyembur keluar dari leher binatang tu. Lagi satu, aku mudah kasihan kat binatang tu. Bila tengok biji matanya...Cuma setakat tolong pegang kaki saja. Tu pun kalau orang ajak juga-juga. Dah tak boleh nak elak, buat juga la.
Tapi, Min ni bukan setakat berani sembelih binatang korban. Dia juga pernah ikut PBSM ke Aceh untuk beri bantuan semasa bencana tsunami dulu. Jadi, dia ni kiranya ada keberanian dan ketabahan juga la. Bukan senang nak hadapi suasana di Aceh pada masa tu sebab kejadian tu amat menyentuh hati.
Apa pun, setiap yang hidup pasti mati. Cuma, kita tidak tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan mati. Mati secara mudah ke, payah ke atau mati sengsara dan merana. Buat keluarga Cikgu Sidik, takziah di atas kematian Min. Semoga Min dimasukkan ke dalam golongan yang dirahmati Allah hendaknya.
No comments:
Post a Comment