Mengajar manusia yang tidak mahu belajar adalah satu penyiksaan. Siksa ler..kita kena ajar sedangkan orang yang diajar , di dalam hati dan mindanya tidak langsung mahu belajar. Kita tunjuk dia tak mahu tengok. Kita baca , dia tak mahu ikut. Kita cakap dia tak mahu dengar. Jika dengar pun hanya sekadar lakonan. Hati dan jiwanya entah terbang jauh ke mana.
Diberinya latihan, langsung tidak dibuatnya. Apa yang boleh dibuat oleh orang yang mengajar. Pengajar tidak boleh marah. Apatah lagi mendenda dan memberi hukuman. Marah, denda dan hukuman adalah salah di segi peraturan yang dicipta oleh manusia. Silap haribulan, orang yang mendenda pula yang mendapat bala. Kena masuk lokap pula atau lebih teruk lagi kena mengadap para hakim .
Niat hati pengajar, marah dan denda adalah untuk mendorong pelajarnya berubah sikap. Dendaan boleh membentuk sikap yang baik dan menyedarkan pelajar tentang kesilapan diri sendiri. Dendaan bukan untuk keseronokan pengajar. Setiap kali mendenda, tekanan darah akan naik dan boleh menyebabkan serangan jantung dan darah tinggi. Risiko...
Jalan terbaik untuk elak risiko, pengajar ambil jalan mudah. Elak dari mendenda atau memaksa pelajar. Selamat....tak perlu masuk masuk lokap. Juga tak perlu hadap tuan hakim. Cuma jawab tunjuk sebab mengapa pelajar gagal dan lemah serta rosak akhlak. Jawab saja...berikan alasan, bukti dan hujah pada sang ketua yang sentiasa inginkan laporan demi laporan tentang pelajar.
Akibatnya, pelajar yang malas tadi akan terus berkekalan dalam alam kemalasan dan kejahilan tanpa ada perubahan. Biarkan saja, biar dia terus bodoh kerana itu adalah kehendak masyarakat yang mencipta perundangan sedemikian. Maka lahirlah generasi bodoh dalam masyarakat atas kehendak masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang tidak boleh ditegur, dididik dan dibimbing...
No comments:
Post a Comment