Setiap kali aku ingin mendapatkan perkhidmatan percuma di stesen minyak milik orang Melayu, kebanyakannya pasti akan mendapat jawapan yang mengecewakan. Tetapi yang anehnya, jika perkhidmatan percuma itu cuba diperolehi di stesen minyak milik bukan Melayu, pasti berjaya pula. Pelik bukan ?
Perkhidmatan apakah yang percuma itu? Di stesen minyak di negara kita, perkidmatan percuma yang diperolehi adalah seperti penggunaan tandas dan pam angin. Free of charge... Tapi malangnya di kebanyakan stesen minyak milik orang Melayu, perkhidmatan percuma ini kurang diberi perhatian. Jika ada, ianya hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.
Sebagai pengguna, selain daripada mengunjungi stesen untuk mengisi minyak, kita juga ingin menggunakan kemudahan seperti mengisi angin pada tayar kereta atau menggunakan tandas stesen semasa terdesak. Oleh kerana terlanjur berkunjung ke stesen tersebut, maka wajarlah kita menggunakan kemudahan yang disediakan.
Adalah tidak logik untuk pengguna datang ke stesen minyak orang Melayu untuk isi minyak sahaja tetapi apabila hendak isi angin tayar kereta atau nak menunaikan hajat besar atau kecil , maka perlu pergi ke stesen minyak orang bukan Melayu pula. Malangnya, kemudahan ini tidak diselenggarakan dengan baik oleh pengusaha stesen minyak orang melayu.
Pam angin ada tetapi tidak boleh digunakan. Kadang kala pam rosak . Jika pam tidak rosak, paip anginnya pula putus dua. Kadang-kala kepala paip pam angin tu pun tiada . Tandasnya pula entah apa-apa. Busuk dan kotor. Kalau sakit perut, masuk saja ke dalam tandas maka sakit perut itu akan hilang dengan sendirinya.
Sepatutnya, pengusaha stesen minyak orang Melayu perlu peka tentang perkara-perkara tersebut. Walaupun perkhidmatan itu percuma dan tidak mendatangkan untung secara nyata, namun perkhidmatan tersebut menjadi daya penarik untuk pengguna terus berkunjung ke stesen minyak itu.
Cuba lihat stesen minyak bukan Melayu. Kemudahan yang disediakan boleh digunakan tanpa ambil kira ianya perkhidmatan percuma atau pun berbayar. Jadi pelanggan akan terus mengunjunginya atas dasar untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan bernilai. Fikir-fikirkanlah jika ingin terus bersaing dalam dunia perniagaan moden.
1 comment:
BETUL..... aku sokong... kat area rumah aku ni pun cenggitu jugak... kedua -dua stesen miinyak Melayu dan pam angin rosak... berbulan2 dah... ada tak apa2 hak kita sebAGAI PENGGUNA untuk kita adukan masalah ni?
Post a Comment