Pages - Menu

Thursday, February 5, 2009

Janji oh janji..

Pada hari minggu yang lalu, aku pergi ke Pusat Kokurikulum Perlis.Tujuan aku adalah untuk ambil anak aku yang dihantar oleh pihak sekolahnya untuk Perkhemahan Pendidikan Luar sekolah rendah. Pusat Kokurikulum ini terletak di Batu 12, Jalan Kaki Bukit. Jauh la juga jaraknya dari rumah aku. Kalau berkereta berkelajuan 80-90km sejam, kira-kira 30 minit juga untuk sampai ke situ.

Jarak:

22 Km dari Kangar

5 Km dari Kaki Bukit

18 Km dari Padang Besar

15 Km dari Sempadan Wang Kelian

0.5 Km dari Empangan Timah Tasoh

Aku sampai di sana kira-kira jam 1.15 minit petang. Ingatkan aku dah terlewat sebab pada hari pendaftaran, aku dimaklumkan oleh pihak Pusat Kokurikulum bahawa murid boleh pulang jam 1.00 petang. Rasa bersalah pula kerana lambat sampai . Risau juga biarkan anak menunggu lama-lama. Rupa-rupanya semua murid belum dibenarkan pulang lagi.

Ramai ibu bapa yang sedang menunggu anak masing-masing. Tengokkan wajah mereka semua tu, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.Macam orang sakit hati saja.Selepas parking kereta, aku terus masuk ke Pusat Kokurikulum tu. Tanya cikgu yang bertugas di situ.

"Macam mana, dah boleh balik ke bebudak ni?", tanya aku. "Maaf la..bebudak ni balik lewat sikit. Kira-kira jam 3.30 petang baru boleh balik. Ada perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah ,"kata cikgu tu. "Laa , pulak dah. Hari tu semasa pendaftaran , cikgu kata boleh balik jam 1.00 tengah hari,"protes aku.

"Nak buat macam mana..Timbalan Pengarah nak datang pula,"katanya. Lalu aku segera memberi alasan untuk mengambil juga anak aku. Cikgu tu jawab,"Kalau anak encik saya benarkan pulang, anak orang lain pun ikut juga. Jadi, sekejap lagi tiada orang pula sewaktu Timbalan Pengarah sampai nanti."

Dalam hati, aku rasa kurang senang dengan sikap orang yang tidak menepati janji. Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku bawa pulang begitu saja anak aku tu..tak perlu minta izin lagi. Pusat Kokurikulum sepatutnya merancang jadual waktu yang betul. Bukannya sekejap begitu, sekejap begini. Berdolak-dalik. Langsung tidak menggambarkan kualiti dan profesional yang dicanangkan.

Bagi pihak Pusat Kokurikulum, perkara itu mudah sahaja tetapi bagi ibu bapa, ketepatan masa adalah perkara penting. Sewaktu berbual dengan ibu bapa yang lain, semuanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap tidak menepati janji ini. Sebabnya, kelewatan masa itu terlalu lama. Bukannya 15 minit tapi 2 jam 30 minit. Jika 15 minit masih boleh ditunggu tapi ini...naya le aku.

Bayangkan..ada ibu bapa yang datang dari sempadan Perlis/Kedah untuk ambil anak di sini pada waktu yang dijanjikan. Bila dah sampai, kena tunggu 2 jam 30 minit lagi. Apa yang nak dibuat dalam tempoh masa tu? Buang masa saja jawabnya. Apatah lagi, ada yang tinggalkan kerja seketika untuk urusan ini tetapi apabila sampai begini pula jadinya.

Bagi aku, masa perjalanan selama 30 minit dibuang begitu saja. Takkan aku nak berpatah balik semula ke rumah dan datang sekali lagi jam 3 petang nanti. Dah la minyak mahal. Ibu bapa bukannya dapat minyak free .Sedih betul.. Apakah mereka fikir, ibu bapa ni tiada kerja yang perlu dibuat? Cuma tunggu ambil anak saja..Apakah mereka fikir ibu bapa cuma perlu goyang kaki tunggu wang ringgit jatuh dari langit untuk sara anak bini ? Mungkin mereka ni tak pernah fikir tentang masalah ibu bapa yang terpaksa berhempas pulas untuk menyara anak bini dan mendidik anak-anak.

Sepatutnya, jadual perlu dirancang dengan elok. Jika ada masalah , beritahu ibu bapa. Sedangkan pada hari pendaftaran, nombor telefon ibu bapa telah pun diambil. Kononnya, jika ada masalah senang untuk diberitahu. Tapi, itu cuma janji saja . Cakap tak serupa bikin. Dah ubah jadual pun tak boleh telefon. Ada teknologi tapi tak guna teknologi yang ada.

Jadi, aku kena tukar rancangan ler. Cari masjid dan sembahayang Zohor. Perut dah berbunyi...lapar da ..tapi hati sakit.Hilang selera makan. Selesai sembahayang, aku cari tempat teduh. Parking kereta bawah pokok dekat kem PLKN. Tunggu jam 3.30 petang...Bazirkan masa. Tunggu dan tunggu dengan hati yang membengkak dan bernanah melihat golongan jurulatih dan guru yang melatih murid-murid supaya tepati janji, tepati masa tetapi jurulatih dan guru tak pula menepati janji dan menepati masa.

Semua ini seperti ketam mengajar anak supaya berjalan betul...atau seperti guru kencing berdiri , maka murid kencing berlari. Jadi budaya tidak menepati masa akan diwarisi zaman-berzaman lagi..

No comments: