Pages - Menu

Wednesday, January 7, 2009

Hipokritnya manusia..

Celaka punya Israel..!!! Dasar penjajah tak guna. Jelas perbuatan Israel merupakan setan yang bertopengkan manusia. Kejam, zalim, ganas dan tidak bertamadun. Sudahlah menindas Palestin berpuluh-puluh tahun, dibunuhnya pula penghuni bumi Gaza.

Perbuatan Israel ni memang salah, zalim dan paling celaka dalam sejarah manusia. Tapi mengapa manusia sekeliling hanya pandai mengutuk dan mencela saja. Mana kuasa yang digahkan selama ini? Mengapa semua manusia yang ada tidak bertindak balas ke atas Israel?

Kutukan dunia sudah tidak berguna. Warga Gaza sudah bermandi darah. Rumah sudah jadi debu.Anak jadi yatim piatu.Isteri jadi janda. Suami pula jadi duda. Kalau hidup pun sengsara dan merana.

Semua ini salah siapa? Israel sajakah yang bersalah? Israel memang bersalah sepenuhnya tapi negara sekeliling Gaza pun salah juga. Tumpang semangkuk dengan negara Yahudi tu. Contohnya Mesir. Sebahagian sempadan Gaza adalah Mesir. Bila Israel buat kepungan, Mesir pun tumpang sama.

Warga Gaza tidak boleh keluar dari Semenanjung Gaza melalui sempadan Mesir. Mesir pun jadi sama macam Israel. Nak lihat warga Gaza mati kebuluran sedangkan orang Gaza tidak bermusuhan dengan Mesir. Mesir sanggup ikut perintah Yahudi, tutup sempadan dengan Semenanjung Gaza. Jadi, apa bezanya Mesir dengan Israel?

Bila orang Gaza kena bunuh, cedera dan kelaparan, maka ramai orang di Timur dan Barat pakat-pakat kumpul duit untuk didermakan kat mereka. Hantar ubatan dan makanan.Seolah-olah satu permainan pulak.Bunuh, tembak, bom kemudian hantar ubat dan makanan. Selepas tu bom pula, bunuh dan cederakan beramai-ramai. Kemudian hantar pula ubatan dan makanan.Tapi semua ini sampai bila ...???

1 comment:

Anonymous said...

Palestin bukannya perlukan makanan dan ubatan...mrk perlukan kemerdekaan dan kebebasan yang berkekalan...bebaskan Palestin!!!!Apa guna bagi ubat dan makanan tp dijajah dan dibunuh , lebih teruk dr binatang...