Cuaca di Perlis sekarang sangat panas. Waktu siang hari, terutamanya pada waktu tengah hari dan awal petang cukup panas. Cukup menyiksakan jika tiada kipas angin atau penghawa dingin. Waktu malam juga begitu panas walaupun matahari sudah menghilangkan diri. Bahang haba yang ditinggalkan cukup untuk membuatkan badan berpeluh.
Silap sikit saja semua nak terbakar. Rumput dan lalang jadi kering. Habis kuning..tunggu nak mati. Angin pula bertiup kencang. Jika ada sesiapa yang buang puntung rokok yang masih berbara, silap haribulan api akan marak membakar apa saja yang ada. Semak belukar terbakar , begitu juga rumput dan lalang di tepi jalan.
Hujan pula dah lama tidak turun menyiram bumi. Tanah yang hitam pun dah mula bertukar warna menjadi lebih cerah malah dah mula merekah. Tiada lagi terdengar suara sang katak memanggil hujan. Mungkin sang katak pun sudah berhijrah mencari habitat baru yang lebih selesa.Kelmarin terdengar bunyi guruh jauh di atas langit. Lega hati sikit ..mungkin tak lama lagi hujan akan turun tapi hari ini suara guruh tu dah tak kedengaran lagi. Hilang begitu saja..yang tinggal bahang yang membara.Panas..panas...hangat dan hangat..
Suhu panas macam ni boleh menyebabkan macam-macam jadi panas. Badan jadi panas..Hati pun turut panas. Bila hati panas, orang mudah marah. Bila dah marah, macam-macam boleh terjadi. Bergaduh hanya kerana perkara yang remeh-temeh. Langgar lampu isyarat, langgar kereta orang kerana tak tahan berjemur panas di jalan raya.
Harap suhu panas ni tak lama lagi akan berakhir....
No comments:
Post a Comment