Pages - Menu

Thursday, September 17, 2009

PENYAKIT GOUT

Gout adalah sejenis penyakit yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang, khasnya berlaku di kalangan kaum lelaki muda atau pertengahan tahun. Ia biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak ibu jari kaki.

Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan akibat daripada ketidakupayaan kimia
badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada: endogenus (disintesis dalam nukleus sel badan manusia)atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik akhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati.

Kebanyakan asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula disingkirkan melalui usus. Proses-proses tersebut mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang normal. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, badan menghasilkan terlalu banyak atau menyingkirkan terlalu sedikit asid urik dan seterusnya mengakibatkan paras asid urik yang tinggi dalam darah.

Dalam gout, hablur natrium urate termendak pada dan di sekeliling sendi serta tisu lembut dan menyebabkan kesakitan serta keradangan. Hablur-hablur ini juga boleh berkumpul dalam ginjal dan mengakibatkan batu karang urate malah kerosakan ginjal.

Penyebab - Penyebab
  1. Peningkatan penghasilan asid urik.
Ini mungkin disebabkan oleh:
    v Faktor keturunan tertentu yang mengakibatkan penghasilan purin yang lebih
    banyak

    v Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel,
    sesetengah penyakit kulit yang teruk dan sebagainya.


  • Pengurangan penyingkiran asid urik.
  • Ini mungkin disebabkan oleh:
      v Penyakit ginjal yang berterusan.
      v Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik.
      v Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit,
      contohnya tekanan darah tinggi, kebuluran.

    Tanda Dan Gejala - Gout Akut

    Satu serangan akut bermula apabila terdapatnya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah. Apabila darah diuji, asid urik dalam darah didapati melebihi 420 milimol setiap liter (7mg setiap 100ml). Satu serangan akut boleh dicetuskan oleh berbagai-bagai faktor, misalnya pengambilan purin yang tinggi dalam diet, penggunaan alkohol yang berlebihan, tekanan, jangkitan, kecederaan sendi dan sesetengah jenis rawatan.

    v Serangan adalah secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan
    yang teruk, biasanya pada tapak ibu jari kaki. Tapak jangkitan lain yang kerap dipengaruhi
    termasuklah sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari. Jika tidak
    dirawat, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu dan berhenti secara
    spontan. Serangan boleh berlaku semula secara bulanan atau tahunan.

    v Kemungkinan terjadinya loya, perut kembung dan kesakitan abdomen secara samar-
    samar.

    v Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
    v Demam yang ringan mungkin terjadi.

    Tanda Dan Gejala - Gout Kronik

    Dalam kes yang kronik, hablur mononatrium urate termendak pada sendi , di sekeliling sendi, rawan telinga serta ginjal dan menyebabkan kerosakan yang berkekalan.

    v Pemendakan pada rawan telinga boleh menyebabkan pembengkakan yang keras yang
    dikenali sebagai ‘tophi’.

    v Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan,
    kekakuan serta kecacatan sendi.

    v Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang ginjal
    dan kegagalan ginjal.

    Rawatan

    Ubat Untuk Serangan Akut
    v Ubat anti-inflamatori bukan steroid

    Ubat-ubat ini kerap digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan. (Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal).

    v Colchicine

    Ubat ini adalah berkesan untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan untuk jangka masa yang panjang diperlukan.

    v Corticosteroids

    Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek.

    Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang

    Ubat-ubat ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi.

    v Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone

    Ubat-ubat ini meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula asid urik dalam ginjal.

    v Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim

    Allopurinol ialah ubat pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik. Kedua-dua ubat tersebut tidak harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya.

    Amalan Yang Baik

    v Kurangkan pengambilan protein dalam diet, misalnya kekacang, bijiran dan daging merah.
    v Makan makanan yang kurang mengandungi purin, misalnya daging organ (hati, ginjal,
    otak, jantung, pankreas), ekstrak daging, angsa, itik, ayam belanda, telur ikan, sardin dan
    ikan hering.

    v Kurang minum bir, teh dan kopi.
    v Hadkan pengambilan lemak, khasnya golongan yang obes.
    v Minum air yang banyak (8 gelas sehari) untuk membersihkan ginjal.
    v Jangan mengamalkan diet pengurangan berat badan secara mendadak. Kekalkan berat
    badan yang sihat.

    Faktor Risiko Bagi Gout

    v Kaum lelaki- kaum lelaki merangkumi lebih daripada 90% pesakit gout.
    v Sejarah keluarga- 10-20% pesakit mempunyai sejarah keluarga gout.
    v ObesitI (kegemukan)
    v Hipertensi (tekanan darah tinggi)
    v Penggunaan alkohol
    v Prevalen adalah lebih tinggi dalam komuniti bandar berbanding dengan luar bandar.




    Dipetik daripada http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=gout-bm.htm

    No comments: