Hari Sabtu (26/9/2009),aku memandu bersendirian di lebuh raya PLUS berhampiran plaza tol Sg Petani Utara .Jam waktu tu sudah hampir 3.30 petang.Kelajuan keretaku pada masa itu di antara 90-100km.Ketika aku sampai di kawasan yang terletak di antara plaza tol Sg Petani dan plaza tol Gurun, tiba-tiba aku terdengar satu letupan yang kuat. Aku tidak pasti di mana bunyi letupan itu sama ada di dalam kereta aku atau pun di luar kereta.Bunyi letupan itu mengejutkan aku.
Tiba-tiba aku terlihat cermin kereta aku retak seribu...debu kaca halus beterbangan ke dalam kereta. Segera aku memberhentikan keretaku ke tepi. Panik gak..tapi aku tak boleh tunjuk akan sifat panik ni. Jadi, aku pun berlagak macam biasa saja. Bertenang, aku tarik nafas panjang-panjang.
Aku keluar dari kereta dan ku periksa cermin yang retak seribu tu. Tak ada pun bekas seperti terkena batu atau apa-apa objek yang boleh menyebabkan cermin tu pecah. Yang ada cuma kesan retak seribu sahaja. Heran gak..macam mana boleh pecah pula..Meletup dan kemudian terus pecah...
Tak sampai 5 minit pun sebuah kereta proton iswara aeroback berhenti di belakang kereta aku. Keluar seorang lelaki Cina memakai baju merah dengan nama bengkel kereta.Terus dia bertanya tentang kereta aku,"Cermin kereta pecah ke?"
Timbul keraguan di hati aku . Macamana dia boleh tahu dengan segera bahawa kereta aku cermin pecah.Aku tanya beberapa kali macamana dia boleh tahu dengan begitu cepat. Katanya, dia sedang ronda di kawasan tu.Tak puas hati aku. Ada perasaan ragu-ragu...
Lelaki Cina tu tawar diri untuk tarik kereta aku ke bengkel mereka di Sg Petani.Katanya, kereta tarik mereka ada di belakang..Aku tanya kos nak baiki cermin tu. Dia janji dalam lingkungan RM300 saja. Janji maa..betui maaa..
Kereta tarik pun sampai. Belum kata aku sempat apa-apa,pemandunya terus pasang alat untuk 'tow' kereta aku. Aku pandang ke langit..nampak gelap juga..kacau ni. Kalau hujan, aku boleh bela ikan dalam kereta.
Tiba-tiba PLUS Ronda pula sampai..Pemandu PLUS Ronda tu buat simbul 'bagus' dengan menggunakan ibu jarinya. Heran aku..takkan dia kata bagus kat aku..cermin kereta aku pecah , PLUS Ronda bagi simbol bagus pula..Aku nampak Cina tu senyum saja.
Aku segera mendekati PLUS Ronda tu..aku tanya pendapat mereka.."Boleh ke mereka ni 'tow' kereta saya ke bengkel?". Maksud aku bolehkah mereka ini dipercayai... Boleh..katanya. Oleh kerana PLUS Ronda kata macam tu, aku pun setuju le..
Kereta aku pun ditarik ke bengkel di Sg Petani.Tinggallah lelaki Cina tu dengan PLUS Ronda kat situ. Kereta aku ditarik ke Plaza Tol Gurun untuk buat U turn, pusing balik ke Sg Petani pula.Sampai di palza tol Sg Petani, aku kena bayar RM10 sbg bayaran tol.
Sampai di bengkel tu, tokey bengkel pun anggar kos untuk aku. Katanya RM400 lebih laa. Aku perlu tunggu hingga pukul 7 petang.Tak boleh cepat, takut gam tak kering dengan elok. Aku tiada pilihan...tunggu pun tunggu la. Maka duduk sekejap..bangun sekejap. Kereta aku dah dibawa ke bengkel yang satu lagi untuk dipasang cermin yang baru.
Aduh..siksaaa menunggu..Terasa jam berjalan amat lambat. Setelah lama menunggu, jam 7 petang pun menjelma. 7.10minit, kereta kau pun sampai. Bil pun diberi...tu dia...aku dikenakan bayaran sebanyak RM530.00 untuk ganti cermin depan kereta aku termasuk kos upah tarik kereta.'Tarak mahal la..ini pun sudah kira tolong laa."Maka poket aku pun semakin kosong...
1 comment:
Kesian kat Hang!!
Nampaknya ada "kautim" antara cina tu dengan plus ronda. Biasala kalau cari duit lebih!! Apa pun kena jadikan pengajaran yang berguna
Post a Comment