Pages - Menu

Thursday, September 17, 2009

Gout

Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam
sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu
kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan
kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk
reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan
dan jari.

Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah
untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika
digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia
boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh
diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak
boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,
penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah
mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
�� Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan
badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan .
�� Mengelakkan minuman keras.
�� Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin
yang tinggi.
�� Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi
purin yang tinggi.

Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paruparu,
ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti
Marmite) dan kiub rebusan
daging
• Makanan bercengkerang seperti
ketam, udang dan kerang
• Asparagus, bunga kobis,
cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and
peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin

Pencegahan
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang
berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan
pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?
• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
• Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah
satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang
baik, ianya boleh dikawal.
• Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits
Foundation Malaysia di www.afm.org.my

Dipetik daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.pdf

No comments: