Dulu aku tak tahu tentang pokok ni dan fungsinya...kalau jumpa pun aku tak perduli. Aku cuma anggap pokok ni cuma jenis tumbuhan yang menyemakkan dunia saja. Jadi kalau jumpa pun dijamin kena tebang dan tebas olehku.
Pokok ni diperkenalkan oleh golongan veteran kat aku..Kata mereka pokok ni banyak manfaatnya walau pun rupa dan gayanya taklah cantik dan hebat. Mula-mula makan daunnya...langsung tak sedap. Rasa daunnya pahit..Tapi disebabkan rasa sakit, walaupun pahit daun tu tetap aku kunyah juga. Lepas tu daun tu ditelan sedikit demi sedikit. Setelah agak lama, rasa daun tu bertukar menjadi agak manis-manis.Hilang rasa pahit , timbul pula rasa manis. Pelik betul sifat daun ni.
Sekarang pokok tu aku tanam di tepi rumah. Mudah saja nak hidup pokok ni. Potong batang dan terus cucuk ke dalam tanah. Terus saja tumbuh..Seminggu sekali aku akan makan sehelai daunnya yang sederhana besarnya. Ambil daun tu dan bersihkan lalu terus kunyah mentah-mentah. Walau pun pahit tetapi sekarang aku dah tak kisah...alah bisa tegal biasa. Sakit yang aku alami tu dah semakin berkurangan sejak aku mula memakan daun ni. Kira okey ler..tak perlu lagi panadol dan sebagainya.
Ada orang kata nama pokok tu "sambung nyawa". Saudara aku dari Melaka kata nama pokok ni kat tempatnya dipanggil "sireh Cina". Entah ler mana yang betul. Daun pokok ni digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Setakat sekarang, daun pokok ni berkesan ..Jika ikut laman web ni:
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=22
Nama Tempatan: | Sambung Nyawa |
Nama Saintifik: | Gynura procumbens |
Nama Lain: | Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao |
Famili: | Asteraceae |
| |
keterangan: | |
Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana. | |
kegunaan: | |
Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. |
2 comments:
TQ Tuan. Spinach tu ialah Bayam. Boleh tunjuk gambar pokok Sireh Cina tu. Setahu saya, batangnya menggerutu dan menjalar macam pokok sireh juga.
saya ada tanam beberapa batang pokok ni dirumah dan diperkarangan pejabat. pokok ni berbatang dan tidak menjalar. daunnya seakan daun sireh tp tak berkilat dan lebih lembut.
Post a Comment