Sudah dua hari pergelangan tangan aku secara tiba-tiba jadi sakit. Pada mulanya cuma terasa sengal-sengal saja. Tapi aku rasa sakit ni mungkin untuk tempoh sementara saja sebab selalu juga aku terasa sengal-sengal pada bahagian percelangan tanganku ini. Mungkin tanganku mengalami sedikit keradangan atas sebab keletihan..
Namun setelah masa berlalu, bukannya semakin kurang rasa sakit pada pergelangan tanganku ini...bertambah-tambah pula jadinya. Ibu jari tangan kananku ini sukar untuk digerakkan. Jika digerakkan juga maka sakitlah jadinya. Selepas tu, jari telunjukku pula jadi sakit Akhirnya seluruh tangan kananku jadi sakit...terutamanya pada bahagian pergelangan tangan.
Tanganku tak boleh digerakkan.. tangan kanan pula tu. Aku mula gelabah..macam-macam timbul di kotak fikirku. Macam mana aku nak menulis..nak pegang pen pun tak boleh ..Sakit..Aku cuba angkat bungkusan kertas soalan anak muridku. Aduh, sakit betul. Khamis dasn Jumaat ni aku ada exam pula..Tangan tak boleh menulis..Cam ne ni...
Semasa di tempat kerja, tanganku sakit berdenyut-denyut. Muka aku waktu tu memang dah jadi semacam saja. Tak boleh jadi ni..aku mesti ikhtiar. Jadi aku pun minta izin keluar kat boss. Ku gagahi tunggang motor kapcaiku. Nak cari doktor atau tukang urut ? Sampai separuh jalan, aku singgah ke rumah tukang urut sebab aku dah tak tahan dah, sakit daa....
Tukang urut ni buta matanya. Aku beritahu masalahku padanya.. "Tak apa..sakit tangan tu sikit saja. Kita urut satu badan,"katanya.Aku setuju saja. Lagi pun aku tak pernah urut satu badan. Jadi, pagi tu aku diurut satu badan. Akhir sekali, bahagian tanga yang sakit tu diurut. Aduh, mak...sakitnya..tak tahu nak cakap. Sampai nak terkencing rasanya.
Selesai urut, badanku terasa lebih ringan..segar dan lebih baik keadaan daripada semasa aku datang tadi. Sakit pada bahagian tangan tu pun dah berkurangan. Tapi masih lagi sakit...Tukang urut tu suruh aku balik rumah dan buat ikut pesanannya.
Pesanannya ialah kukur kelapa dan racik daun pandan halus-halus. Kemudian kelapa kukur dan daun pandan tu digoreng seperti menggoreng kerisik. Apabila warnanya bertukar menjadi keperangan , angkat dan letakkan pada bahagian tangan yang sakit. Balutkan bahagian tu dengan kain. Biarkan semalaman.
Malam tu selepas sembahayang Isyak, aku pun buat seperti yang disuruh oleh tukang urut tu.Isteri aku kukur dan goreng kelapa dan daun pandan tu. Lepas tu, bahan tu dibalut kat bahagian tangan kananku yang sakit tu. Balut dan ikat elok-elok tapi tak rasa apa pun.
Selepas tu aku pun tidur le..tapi dalam hati aku tak berapa yakin dengan petua tu sebab macam tak der rasa apa pun. Sedar- sedar aku terlena begitu saja. Menjelang subuh, aku terjaga. Rasanya tangan aku ringan jer.. tak ler sakit macam sebelum ni. Ibu jari dan jari telunjuk aku dah boleh digerak-gerakkan. Cuma rasa sakit sikit-sikit saja. Pergelangan tangan tu pun tak sakit sangat dah. Kiranya dah semakin sembuh ler.
Sekarang, tangan aku tu dah kira okey la. Dah boleh menulis dan menaip, cuma tak ler boleh angkat benda berat jer. Malam ni aku nak buat lagi sekali petua tu. Semoga tangan aku ni sembuh dan kembali normal semula.
No comments:
Post a Comment