Baru-baru ni seorang kawan aku hantar barang kepada adiknya di UIA Gombak dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran cepat (kurier). Barang tu merupakan sebuah komputer (monitor dan cpu). Syarikat ni bukanlah syarikat yang terkenal sangat. Kira-kira, kategorinya dalam senarai pertengahan ler.
Setelah barang dibungkus dalam kotak, barangan tu diserahkan kepada syarikat tu. Malangnya apabila barangan ini diterima oleh adiknya, didapati bahawa kotak barangan itu mempunyai kesan telah dibuka. Ada kesan koyakan pita dan tampalan semula pada kotak tersebut.
Lebih malang lagi, ketika komputer dipasang untuk digunakan , adiknya mendapati komputer tersebut telah rosak dan tidak dapat berfungsi sepatutnya.Komputer ni sebenarnya masih lagi baru , tak sampai setahun pun. Oleh itu, komputer tu pun dihantar kepada juruteknik untuk dibaiki.
Juruteknik tu pula terkejut biawak sewaktu buka casing cpu tu. Tengok rupa casing cpu nampak macam komputer canggih dan baru tapi setelah dibuka...Rupanya beberapa peralatan dalam cpu tu telah ditukar ganti dengan peralatan yang usang, cabuk , buruk dan tak guna.. Ram diganti dengan ram rosak.Kad grafik hilang...Untuk baiki semula cpu tu, adik kawan aku hilang RM500-RM600.Rupa-rupanya ada staff syarikat penghantaran ni yang jahat..tak jujur..dan tak boleh dipercayai.Syarikat tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian itu . Untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tu akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan hati.. Jadi kawan aku mendiamkan saja kejadian tu. Kawan aku ni tak mahu guna lagi perkhidmatan syarikat ni.
Pengajarannya.. kita sebagai pengguna sepatutnya bertindak tegas terhadap syarikat seperti ini. Laporkan saja kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan supaya tindakan boleh diambil. Biar dihadapkan saja ke Tribul Tuntutan Pengguna. Selagi kita sebagai pengguna tidak bertindak tegas, maka selagi itulah pengguna akan ditindas..Pengguna perlu sedar akan hak kita sebagai seorang pengguna yang dilindungi undang-undang.
No comments:
Post a Comment