Pages - Menu

Monday, May 17, 2010

Bandar baru Arau...

Petang ni aku pergi ke Cmart..mercu tanda baru bagi bandar Arau. Satu lagi pembangunan terbaru di pekan Arau setelah sekian lama agak tandus dengan pembangunan. Terletak bersebelahan dengan tapak pasar malam dan market Arau.


Cmart menjadi pemangkin kepada perkembangan bandar baru ni..rasanya kalau tak ada Cmart ni..pekan Arau masih macam dulu juga ler..Slow saja setiap hari. Tapi bagus juga keadaan slow ni.. parkir tiada masalah. Tak sesak dan tak kalut..Suasana yang cukup aku suka..

Kedai di sekitarnya masih lagi belum berfungsi.. Cuma Cmart saja yang dibuka..

Hari ni merupakan hari cuti di Perlis sempena Keputeraan Raja Perlis..Jadi..hari ni ramai ler orang kat sini..

Semoga..Arau akan terus berkembang dan memberikan kemudahan yang sewajarnya untuk penduduk. Arau dah ada Uitm, politeknik, Unimaps..Stesen keretapi pun ada..Dah tu bandar Diraja pula..Masjid negeri pun di sini..Dihubungkan pula dengan lebuhraya utara -selatan..jadi eloklah bandar ni terus berkembang sepatutnya selaras dengan cara hidup masyarakat setempat..


1 comment:

Koje said...

salam....wlupn sy bru menetap selama setahun di arau sebagai pelajar uitm....sy pn turut berbangga dgn pembukaan cmart disini....