Hari Guru akan diulang sambut sekali lagi pada hari Selasa ni di sekolah-sekolah bagi peringkat negeri Perlis. Tarikh sebenar sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Hal ini kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Kali ini..entah kali ke berapa sambutan Hari Guru diulang sambut..Aku tak mahu kira..Biarlah berapa kali pun disambut..Bagi aku , perkara tu tak penting. Ada perkara yang lebih penting bagi aku untuk dikaitkan dengan Hari Guru ni.
Antara perkara yang penting untuk dikaitkan dengan Hari Guru ialah sejauh mana pengiktirafan masyarakat terhadap profesion perguruan sebagai suatu kerjaya yang bermakna dalam negara Malaysia.Sejak aku mula jadi guru..dah masuk tahun ke 21..Kerja sebagai guru semakin membebankan berbanding dengan kebajikan untuk kaum guru. Ini suatu realiti...
Nak tahu kebajikan seorang guru tu terbela atau tidak..lihat saja tempat kerja cikgu-cikgu. Mula kerja dulu aku dipostingkan ke sebuah sekolah di hulu Sungai Dinding. Meja aku terpaksa kongsi dengan beberapa orang kawan. Bukan meja pejabat tetapi lebih kepada meja makan..meja kantin. Semua buku diletakkan di atas meja tu..Buku cikgu..buku rujukan..buku latihan..alatan mengajar..Kadang-kadang..alatan sukan pun ada.
Sekarang ni agak baik sedikit ..dapat meja peribadi. Meja saja dapat sorang satu tetapi meja tu bersambung-sambung dengan meja kekawan lain.Duduk rapat-rapat sebab bilik guru sempit.Bayangkan kalau sekolah aku ada dua puluh orang guru..mesti ada dua puluh meja..Penuh bilik guru tu. Bilik guru tu pula tak dak penghawa dingin. Cuma ada tiga kipas siling..Tu pun nasib baik jika kipas tu pusing..
Di bilik yang sempit dan panas inilah cikgu nak reka dan rancang pengajaran murid-murid. Di sini juga cikgu nak semak latihan murid-murid. Nak buat semua kerja yang diserahkan..Kerja perlu siap..buat la walau pun panas dan tak selesa. Mesti ada pula orang yang kata..kerja lain lagi tak selesa..
Dulu-dulu..zaman aku masih murid..aku nampak cikgu aku cuma mengajar dalam kelas dan kat padang..jadi dalam minda aku..jadi cikgu tu cuma mengajar..tak dak kerja lain lagi..Best jadi cikgu. Tetapi setelah aku jadi cikgu..Rupa-rupanya..cikgu bukan saja mengajar.. Ha..ha..padan muka aku..
Cikgu mesti mengajar..Jika tidak..itu bukan cikgu. Setelah mengajar, cikgu perlu semak kerja murid. Ini satu kewajipan. Okey..masih boleh diterima. Cikgu juga perlu buat kerja perkeranian. Isi semua borang yang diserahkan. Borang murid..borang guru..borang alatan.. Beri maklumat itu dan ini. Jadi juru wang..Kutip segala jenis yuran..Tak pa..terima sajalah..Mungkin ini pun kerja guru. Redha sajalah..
Empat lima tahun kebelakangan ni..kerja lagi banyak. Stok barangan dan alatan pun cikgu kena buat. Stok buku..stok komputer, stok pelbagai barangan...masukkan data murid..data guru..staff. Waduh..Cikgu juga kena jadi pustakawan..nasib tak baik..perlu jadi teknisyen komputer..sebab sekolah tak ada teknisyen..Kekadang jadi juru latih..juru latih sukan dan macam-macam..Tukang bawa budak ke kem-kem, sukan dan sebagainya.
Ini yang mampu aku catatkan. Ada banyak lagi kerja guru rupanya. Aku pun dah tak larat nak tulis tentang kerja cikgu ni..dah jemu..cemuih dah. Macam-macam ada..Cuma, harapan aku semoga sambutan Hari Guru pada tahun ni dan akan datang akan membawa berita yang menggembirakan. Berita yang mengurangkan bebanan tugas..yang lebih memberikan peluang kepada guru untuk fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.. supaya murid jadi lebih faham dan lebih cerdik sebagai seorang manusia.
Berilah kami guru-guru..ruang masa yang cukup untuk bekerja sebagai seorang guru secara berkesan. Masa yang terhad..kerja semakin bertambah. Bolehkan kerja dilakukan secara efisien?
Masa rasmi banyak habis untuk tugas bukan mengajar..cikgu tak boleh masuk kelas..buat itu ..buat ini yang dikehendaki dengan segera..tarikh serahan nak tamat. Murid ketinggalan dalam pelajaran..cikgu kena pula buat kelas tambahan untuk baiki prestasi murid.. Buat kelas tambahan pada hari cuti atau waktu petang dan malam ..Inilah realitinya..letih..letih..
Berilah pembantu..penjaga stor untuk buat stok..pustakawan untuk jaga perpustakaan..kerani untuk kerja perkeranian..juru teknik untuk makmal ict..juru latih sukan..kaunselor..dan macam-macam jawatan boleh diwujudkan untuk mengurangkan tekanan bebanan kerja guru di samping boleh mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Jadi.. pengangguran boleh dikurangkan..
No comments:
Post a Comment