Pages - Menu

Saturday, August 29, 2009

Hilangnya amanah..

Baru-baru ni seorang kawan aku hantar barang kepada adiknya di UIA Gombak dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran cepat (kurier). Barang tu merupakan sebuah komputer (monitor dan cpu). Syarikat ni bukanlah syarikat yang terkenal sangat. Kira-kira, kategorinya dalam senarai pertengahan ler.

Setelah barang dibungkus dalam kotak, barangan tu diserahkan kepada syarikat tu. Malangnya apabila barangan ini diterima oleh adiknya, didapati bahawa kotak barangan itu mempunyai kesan telah dibuka. Ada kesan koyakan pita dan tampalan semula pada kotak tersebut.
Lebih malang lagi, ketika komputer dipasang untuk digunakan , adiknya mendapati komputer tersebut telah rosak dan tidak dapat berfungsi sepatutnya.Komputer ni sebenarnya masih lagi baru , tak sampai setahun pun. Oleh itu, komputer tu pun dihantar kepada juruteknik untuk dibaiki.
Juruteknik tu pula terkejut biawak sewaktu buka casing cpu tu. Tengok rupa casing cpu nampak macam komputer canggih dan baru tapi setelah dibuka...Rupanya beberapa peralatan dalam cpu tu telah ditukar ganti dengan peralatan yang usang, cabuk , buruk dan tak guna.. Ram diganti dengan ram rosak.Kad grafik hilang...Untuk baiki semula cpu tu, adik kawan aku hilang RM500-RM600.Rupa-rupanya ada staff syarikat penghantaran ni yang jahat..tak jujur..dan tak boleh dipercayai.Syarikat tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian itu . Untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tu akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan hati.. Jadi kawan aku mendiamkan saja kejadian tu. Kawan aku ni tak mahu guna lagi perkhidmatan syarikat ni.
Pengajarannya.. kita sebagai pengguna sepatutnya bertindak tegas terhadap syarikat seperti ini. Laporkan saja kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan supaya tindakan boleh diambil. Biar dihadapkan saja ke Tribul Tuntutan Pengguna. Selagi kita sebagai pengguna tidak bertindak tegas, maka selagi itulah pengguna akan ditindas..Pengguna perlu sedar akan hak kita sebagai seorang pengguna yang dilindungi undang-undang.

Thursday, August 27, 2009

Homestay kawanku..


Kepada sesiapa yang berkunjung ke Perlis dan memerlukan tempat untuk menginap, maka bolehlah untuk menginap di Seri Lanchang Homestay. Homestay ni kepunyaan seorang sahabat.Untuk mengetahui tentang homestay ini, sila lawati laman web berikut:


http://mansorabdullah.webs.com/


Lokasinya pun mudah untuk dicari. Terletak di antara bandar Kangar dan Arau. Tak jauh daripada UniMaps, Uitm dan Institut Perguruan Perlis. Jika nak ke Padang Besar pun tak jauh dah. Begitu juga dengan Kuala Perlis.

Mai la ke Perlis.. Mai, jangan tak mai....


Tuesday, August 25, 2009

Sambung nyawa @ sireh Cina

Ada satu jenis pokok yang daunnya setakat ini berguna kat aku. Tapi aku tak begitu pasti apa nama pokok ni. Sekiranya aku berasa begitu 'stress' ..maka aku akan cari pokok ni. Maksudnya urat tengkuk dan bahuku akan mula terasa tegang sehingga boleh menyebabkan aku mula sakit kepala. Sakit kepala ni boleh menyebabkan aku mudah marah dan tension..Mungkin darah dah mula naik kekepala atau boleh dikatakan mula nak darah tinggi kot..

Dulu aku tak tahu tentang pokok ni dan fungsinya...kalau jumpa pun aku tak perduli. Aku cuma anggap pokok ni cuma jenis tumbuhan yang menyemakkan dunia saja. Jadi kalau jumpa pun dijamin kena tebang dan tebas olehku.

Pokok ni diperkenalkan oleh golongan veteran kat aku..Kata mereka pokok ni banyak manfaatnya walau pun rupa dan gayanya taklah cantik dan hebat. Mula-mula makan daunnya...langsung tak sedap. Rasa daunnya pahit..Tapi disebabkan rasa sakit, walaupun pahit daun tu tetap aku kunyah juga. Lepas tu daun tu ditelan sedikit demi sedikit. Setelah agak lama, rasa daun tu bertukar menjadi agak manis-manis.Hilang rasa pahit , timbul pula rasa manis. Pelik betul sifat daun ni.


Sekarang pokok tu aku tanam di tepi rumah. Mudah saja nak hidup pokok ni. Potong batang dan terus cucuk ke dalam tanah. Terus saja tumbuh..Seminggu sekali aku akan makan sehelai daunnya yang sederhana besarnya. Ambil daun tu dan bersihkan lalu terus kunyah mentah-mentah. Walau pun pahit tetapi sekarang aku dah tak kisah...alah bisa tegal biasa. Sakit yang aku alami tu dah semakin berkurangan sejak aku mula memakan daun ni. Kira okey ler..tak perlu lagi panadol dan sebagainya.

Ada orang kata nama pokok tu "sambung nyawa". Saudara aku dari Melaka kata nama pokok ni kat tempatnya dipanggil "sireh Cina". Entah ler mana yang betul. Daun pokok ni digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Setakat sekarang, daun pokok ni berkesan ..Jika ikut laman web ni:
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=22


Nama Tempatan:Sambung Nyawa
Nama Saintifik:Gynura procumbens
Nama Lain:Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao
Famili:Asteraceae





keterangan:

Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana.

kegunaan:

Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.

Monday, August 24, 2009

Malwarebytes


Ni satu program yang bagus untuk diinstall dalam komputer masing-masing. Sebab apa bagus? Pertamanya , perisian ni percuma. Sekupang pun tak kena bayar. Muat turun saja dari laman webnya di alamat :
http://www.malwarebytes.org/

Kedua, perisian ini cukup berkesan untuk menangkis serangan malware. Jika komputer kita diserang oleh malware, mudah jer. Install program ni dan scan saja. Setakat yang telah digunakan, perisian ni mampu membuang semua jenis malware yang melekat dan melambatkan serta menjahanamkan komputer.

Ketiganya, perisian ni boleh dikemaskini menerusi laman webnya. Maknanya perisian ni tak lah ketinggalan berbanding jenis malware yang sentiasa berubah.Apabila dah dikemaskini, maka perisian ni cukup berkesan bagi menghadapi malware tu. Jadi, kenalah selalu dikemaskini supaya berkesan.

Jadi...muat turun ler perisian tu..free jer ..


Wednesday, August 19, 2009

Tanganku sakit...

Sudah dua hari pergelangan tangan aku secara tiba-tiba jadi sakit. Pada mulanya cuma terasa sengal-sengal saja. Tapi aku rasa sakit ni mungkin untuk tempoh sementara saja sebab selalu juga aku terasa sengal-sengal pada bahagian percelangan tanganku ini. Mungkin tanganku mengalami sedikit keradangan atas sebab keletihan..

Namun setelah masa berlalu, bukannya semakin kurang rasa sakit pada pergelangan tanganku ini...bertambah-tambah pula jadinya. Ibu jari tangan kananku ini sukar untuk digerakkan. Jika digerakkan juga maka sakitlah jadinya. Selepas tu, jari telunjukku pula jadi sakit Akhirnya seluruh tangan kananku jadi sakit...terutamanya pada bahagian pergelangan tangan.

Tanganku tak boleh digerakkan.. tangan kanan pula tu. Aku mula gelabah..macam-macam timbul di kotak fikirku. Macam mana aku nak menulis..nak pegang pen pun tak boleh ..Sakit..Aku cuba angkat bungkusan kertas soalan anak muridku. Aduh, sakit betul. Khamis dasn Jumaat ni aku ada exam pula..Tangan tak boleh menulis..Cam ne ni...

Semasa di tempat kerja, tanganku sakit berdenyut-denyut. Muka aku waktu tu memang dah jadi semacam saja. Tak boleh jadi ni..aku mesti ikhtiar. Jadi aku pun minta izin keluar kat boss. Ku gagahi tunggang motor kapcaiku. Nak cari doktor atau tukang urut ? Sampai separuh jalan, aku singgah ke rumah tukang urut sebab aku dah tak tahan dah, sakit daa....

Tukang urut ni buta matanya. Aku beritahu masalahku padanya.. "Tak apa..sakit tangan tu sikit saja. Kita urut satu badan,"katanya.Aku setuju saja. Lagi pun aku tak pernah urut satu badan. Jadi, pagi tu aku diurut satu badan. Akhir sekali, bahagian tanga yang sakit tu diurut. Aduh, mak...sakitnya..tak tahu nak cakap. Sampai nak terkencing rasanya.

Selesai urut, badanku terasa lebih ringan..segar dan lebih baik keadaan daripada semasa aku datang tadi. Sakit pada bahagian tangan tu pun dah berkurangan. Tapi masih lagi sakit...Tukang urut tu suruh aku balik rumah dan buat ikut pesanannya.

Pesanannya ialah kukur kelapa dan racik daun pandan halus-halus. Kemudian kelapa kukur dan daun pandan tu digoreng seperti menggoreng kerisik. Apabila warnanya bertukar menjadi keperangan , angkat dan letakkan pada bahagian tangan yang sakit. Balutkan bahagian tu dengan kain. Biarkan semalaman.

Malam tu selepas sembahayang Isyak, aku pun buat seperti yang disuruh oleh tukang urut tu.Isteri aku kukur dan goreng kelapa dan daun pandan tu. Lepas tu, bahan tu dibalut kat bahagian tangan kananku yang sakit tu. Balut dan ikat elok-elok tapi tak rasa apa pun.

Selepas tu aku pun tidur le..tapi dalam hati aku tak berapa yakin dengan petua tu sebab macam tak der rasa apa pun. Sedar- sedar aku terlena begitu saja. Menjelang subuh, aku terjaga. Rasanya tangan aku ringan jer.. tak ler sakit macam sebelum ni. Ibu jari dan jari telunjuk aku dah boleh digerak-gerakkan. Cuma rasa sakit sikit-sikit saja. Pergelangan tangan tu pun tak sakit sangat dah. Kiranya dah semakin sembuh ler.


Sekarang, tangan aku tu dah kira okey la. Dah boleh menulis dan menaip, cuma tak ler boleh angkat benda berat jer. Malam ni aku nak buat lagi sekali petua tu. Semoga tangan aku ni sembuh dan kembali normal semula.

Monday, August 10, 2009

Radix Chicken House 2

Radix Chicken House (RCH) ni terletak di Kangar. Lokasinya boleh dikira baik juga sebab tidak terlalu sibuk. Jadi mudah ler untuk orang yang berkeluarga berkunjung. Jika nak parking kereta tu tidaklah bermasalah.Bangunan kedainya pun boleh dikategorikan sebagai bagus sebab ada hawa dingin, lengkap dengan tandas dan bersih.

Masa untuk "order" makanan pun boleh dikira sebagai cepat. Pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan jenis makanan yang dikehendaki. Mungkin ada beberapa aspek yang perlu dibaiki. Kekadang tu, contohnya ada jus minuman yang dikehendaki pelanggan sudah habis.Jadi pelanggan terpaksa terima saja jus yang masih ada. Sepatutnya, semua jenis jus mestilah sentiasa ada supaya pelanggan mempunyai pilihan yang dikehendaki.

Malam ni aku dan anak-anak makan ayam goreng organik, nasi ayam panggang dan satay.Kami cuma minum jus yang dimasukkan dalam set nasi ayam panggang saja.

Nasi ayam ni agak banyak untuk hidangan bagi dinikmati secara bersendirian .Agak elok jika ayam dikecilkan sedikit dan nasi dikurangkan.Jadi , harganya boleh ler murah sikit.Nasi ayam ni RM8.00 sepinggan bersama segelas jus. Jika "order" sepinggan, boleh dimakan dua orang. Jika bawa pasangan tu sesuai ler..tapi jika budak memang sukar untuk dihabiskan nasi ayam tu...jika habis dimakan nasi ayam tu, maka budak tu dah tak mahu makan lagi..

Satay radix ni cukup besar...makan tiga cucuk satay radix ni dah cukup untuk memenuhkan perut yang kecil macam perut aku ni. Harganya, secucuk RM1.00. Rasa kuah satay ni agak lain sikit. Selalunya kuah satay rasanya manis. Tapi kuah satay radix ni ada rasa masam-masam sedikit..

Bagi pelanggan yang gemar makan dengan menggunakan tangan, terdapat sinki untuk basuh tangan. Letaknya agak tersembunyi sedikit tapi lokasi sebegini dikira sesuai supaya pelanggan yang sedang menikmati makanan tidak nampak aktiviti kat sinki ni..Sinki ni terletak berhampiran dengan tandas..

Beginilah keadaan hidangan nasi ayam panggang, satay dan ayam goreng tu...Selesai dikerjakan olehku dan anak-anakku. Satay dijamin habis...tapi nasi ayam tak habis juga. Anakku yang kelima tidak mampu untuk habiskan nasi tu..banyak , katanya. Ayam goreng juga tidak mampu dihabiskan walau pun cuma 4 ketul saja..Maka terpaksalah dibawa balik 2 ketul ayam goreng tu..


Okey,...dah kenyang ..Jom kita balik. Nanti jika ada kelapangan dan ada rezeki, kita mai lagi ke RCH ni..

Friday, August 7, 2009

Malam Hari di Kangar..


Inilah suasana Kangar di waktu malam..Tidaklah sesibuk bandar-bandar lain di negara ini..Keadaan ini dirakamkan kira-kira jam 9.00 malam. Tapi bagi penduduk negeri Perlis, suasana Kangar sejak akhir-akhir ni memang dah berubah ..Beberapa tahun dahulu, jam 9.00 malam sudah dikira waktu sunyi untuk bandar Kangar. Tetapi sekarang suasananya agak sibuk juga...kekadang sampai nak parking kereta pun tak boleh.

Ini pemandangan di salah satu jalan utama di tengah bandar Kangar...
Sebuah hotel kecil di bandar Kangar. Sekarang banyak hotel kecil dan homestay di sini..Jika nak cari tempat menginap , tak lah susah sangat.. Cuma kena usaha sedikit.
Gerai makan ni boleh dikira sedap ler untuk jamu selera..Terletak di tengah bandar Kangar berhampiran dengan hotel, KFC, stesen teksi, dewan UniMaps dan The Store. Masakannya best juga dan harga tak ler mahal..Cuma sebuah gerai..warung saja ..
Minum teh tarik dan kopi radix sementara makanan disediakan...
Dah sampai pun...best oii..char koey teow..sedap...ada empat ekor udang...tapi aku tak leh makan udang pula..resdung depa kata.Rugi betul.. Mana nasi goreng pataya aku ni ..tak sampai lagi..Air liur aku dah nak meleleh dah ni...
Mai la makan....mmmmm...

Saturday, August 1, 2009

Radix Chicken House

HPA telah membuka dua buah restoran Radix Chicken House di Perlis. Sebuah daripadanya terletak di sempadan Kedah/Perlis iaitu di KM 8, Jalan Arau-Kodiang, Jelempok, Arau, Perlis.Manakala sebuah lagi RCH terletak Kangar.

Di sini aku dan anak-anak boleh makan:
1. ayam golek
2. ayam panggang
3. ayam goreng RFC
4. sate organik
5. Nasi ayam
6. ais krim
7. Nasi itik
8. jagung bakar
9. Jagung cup
10. pop corn
11. Semua jenis minuman HPA dan lain-lain lagi.

Lokasinya boleh dikira sebagai baik.Orang Kedah pun boleh datang ke situ dengan mudah sebab terletak dekat dengan geng Kedah Utara. Jika tinggal di Jitra, masih boleh datang makan kat situ.Tu pun kalau nak makan makanan yang dijamin halal dan baik .

Selama ni anak-anak aku dah lama teringin nak makan KFC tapi aku tidak setuju. Jadi , anak-anak aku tak pernah boleh makan KFC dengan duit aku. Sebabnya aku ragu-ragu dengan KFC ni..Pertama jenamanya yang berbau Amerika dan pastinya ada kaitan dengan Uncle Sam. Kedua, ayam yang dihidangkan tu aku tak berani jamin halal mengikut kehendak agama aku.Orang kata KFC halal tapi aku tak pasti sebab aku pernah baca kononnya ayam tu ada yang diimport dari luar..Oleh sebab tidak pasti..jadi aku tak benarkan anak keturunan aku makan KFC tu walau pun depa teringin yang amat sangat..

Apabila HPA buka RCH, maka aku ada alternatifnya. Sekarang aku boleh bawa anak bini aku ke sini untuk menikmati ayam goreng dan lain-lain. Setelah makan di sini, aku yakin anak bini dan keturunan aku cukup suka. Best...ada standard. Kami sekeluarga yakin bahawa makanan di sini halal dan baik. Ayamnya diternak sendiri oleh HPA. Semoga keadaan ini dapat dikekalkan dan prestasinya bertambah baik.

Jadi bagi sesiapa yang berkunjung ke Perlis tu bolehlah makan-makan di RCH tu. Mai la ke Perlis ni...Perlis..Permai lagi istimewa...