Pages - Menu

Thursday, December 24, 2009

Hutan Lipur Bukit Wang

Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin . Keistimewaan di sini kerana terdapat Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdiri daripada flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. ‘Permatang Seraya’ yang merupakan deretan pokok Meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi di sini. Kawasan hutan lipur ini diurus oleh Jabatan Perhutanan Kedah yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Kemudahan ada disediakan tetapi sayang...semakin lama semakin terbiar usang..pengunjung boleh nilai sendiri..

Ini tempat parking kenderaan untuk pengunjung ke Hutan Lipur Bukit Wang. Dekat situ ada gerai untuk jamu selera. Parking percuma..ini bagus untuk pengunjung.


Dari jauh jambatan dan pondok ni nampak cantik tetapi jika dilalui pengunjung akan dapati binaan ni cuma menunggu masa untuk menyembah bumi. Dah reput..lantai dah rosak..Bahaya untuk pengunjung yang kurang berhati-hati..


Air sungai mengalir lesu..air dah tak banyak sebab sekarang musim kemarau di sini..boleh la setakat bebudak nak mandi lepaskan rasa geram..


Surau pun ada disediakan di sini tetapi sedihnya surau ini tidak dijaga. Dalam surau agak kotor sebab tak dibersihkan tetapi masih boleh digunakan oleh pengunjung. Kipas dan lampu ada tetapi tiada bekalan elektrik kerana fius dekat meter dah hilang. Ni mesti ada 'mangkuk ayun' yang dah sapu..takkan fius elektrik hilang sendiri..


Kemudahan asas yang disediakan untuk berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu terdapat chalet dan gerai, padang permainan disediakan. Hutan lipur ini sesuai untuk pengunjung menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan berkelah. Kemudahan banyak tetapi sayangnya tidak diurus dengan betul..Banyak kemudahan yang rosak tidak dibaiki.Kalau tak rosak, nampak terbiar tanpa diperdulikan . Mungkin tunggu kemudahan tu rosak sendiri kot..


Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing.


Terdapat banyak chalet yang sudah rosak macam tidak dijaga. Ada yang bumbung dah rosak, bekalan elektrik tiada..cacat pemandangan dan menunjukkan ketidakupayaan pengurusan..Sayang betul..


Banyak pemandangan hutan yang cantik di sini..boleh memberi ketenangan minda tetapi biasalah di tempat sebegini pengunjung akan jumpa makhluk yang tidak senonoh menyalah gunakan kemudahan yang disediakan ..Ada pondok rehat di bahagian atas tu..perlu naik menggunakan anak tangga yang disediakan..


Di sini jadi tumpuan pengunjung..


Sinipun serupa..ramai orang ..Jika lewat susah nak lepak kat sini..


Ada pengunjung yang rajin pula ..main batu..susun batu atas batu..sementara tunggu anak cucu mandi..tok wan dengan tok atur batu pula..Bukannya kejadian aneh dan misteri..




Lokasi:

Jitra, Kedah

Terletak 12 km dari Pekan Jitra Kedah, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalanraya.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Jitra.


Wednesday, December 16, 2009

mStar Online : Isu Dakwaan Perlis Amal Wahabi: Mahfuz Bukan Pegawai JAIS

Isu Dakwaan Perlis Amal Wahabi: Mahfuz Bukan Pegawai JAIS

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mahfuz Mohamad adalah Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), bukannya pegawai JAIS .

Sehubungan itu Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi ketika menjelaskan perkara itu menegaskan, JAIS tidak wajar dikaitkan dalam isu dakwaan yang mengatakan fahaman Wahabi di Perlis sebagai sesat.

"Ingin saya perbetulkan, Ustaz Mahfuz bukanlah pegawai JAIS, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Tauliah MAIS.

"Jadi tak perlulah kaitkan JAIS dalam isu ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Mohamed Khusrin, dakwaan kononnya fahaman Wahabi sebagai sesat mungkin hanya satu salah faham.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Perlis, Jefperi Othman semalam bahawa kerajaan negeri itu sedang memperhalus kenyataan yang mengaitkan fahaman Wahabi di Perlis sebagai sesat.

Jefperi dilaporkan berkata, setakat ini Perlis belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengambil tindakan perundangan terhadap Mahfuz atau JAIS.

Sementara itu, Mohamed Khusrin menegaskan JAIS tidak pernah menyamakan fahaman Wahabi sebagai ajaran sesat.

"Walaupun Ustaz Mahfuz bukan bercakap bagi pihak JAIS, tapi kami ingin tegaskan bahawa JAIS tidak pernah mengangap Wahabi sebagai sesat.

"Wahabi adalah satu fahaman, ia tidak sesat. Sama juga dengan mazhab-mazhab yang ada dalam Islam, ini tidak bermakna jika seseorang itu mengamalkan mazhab yang berlainan dengan kita dia dianggap sesat," katanya.

Tambah Mohamed Khusrin lagi, JAIS sedia memberi penjelasan yang terperinci kepada JAIP berhubung perkara berkenaan.

"Kami sedia beri penjelasan jika Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mahukannya, tak ada masalah bagi kita untuk berbuat demikian.

"Perkara ini tak perlu diperbesarkan, kita hanya perlu berbincang... mungkin hanya salah faham," katanya.

Thursday, December 10, 2009

Denai Larian Sungai Perlis

Cuti ni aku menghabiskan masa di awal pagi dengan berjogging kat Denai Larian Sungai Perlis. Sementara menunggu anak aku habis tuisyen jam 10.30 pagi..boleh aku bersenam kat sini untuk mengempiskan perut. Best gak kat sini..kena angin Timur yang kencang tapi sejuk..best semacam..

Cuaca musim ni cukup baik..bagus untuk bersenam..lari cik kak ..tak kan nak jalan jer..

Sayang..ada peralatan di sini yang tidak diurus dengan baik oleh pihak yang dipertanggunjawabkan..rosak dah..x boleh digunakan lagi..

Pemandangan di tebing sungai sepanjang denai larian semasa air surut...


Sungai Perlis di lihat dari atas jambatan..air surut daa..


Denai larian...

Pengunjung boleh mengurut tapak kaki dengan menggunakan denai refleksologi..baik untuk kesihatan...jalan atas batu perlahan-lahan ...baru berkesan..

Ini jambatan gantung..jambatan ini baik untuk menguji rasa gayat seseorang..selepas penat berlari, elok merentasi jambatan ni..

Inilah pemandangan dari atas jambatan gantung tu...

Ni pun dari atas jambatan tu juga..

Bini aku gayat nak lintas jambatan ni..syok bila tengok orang takut..henjut sikit..jambatan tu lagi goyang..Bini aku takut jambatan tu runtuh macam di Kuala Dipang..kan naya..

Aku joging sampai ke sini..Rupanya sungai ni boleh terus ke Kuala Perlis..Patut tak jumpa hujungnya..

Sebelah denai ni ada kawasan berpaya..seram gak kalau jogging sorang diri di awal pagi di sini....Aku pernah jumpa kumpulan beruk kat sini..mujur jumpa beruk..bukan antu..

Ini merupakan kawasan hujung denai larian tu..agak sunyi di sini bagi orang yang tak biasa..

Aku jogging sampai setakat ni saja..tak larat dah..lepas tu aku pusing balik..

Friday, November 20, 2009

Nikah Kahwin

Selamat pengantin baru buat Mushairi dan isteri...Semoga berkekalan ke anak cucu. Maaf banyak-banyak sebab pakngah sekeluarga tak boleh hadir..Tak hadir pun majlis tu berlangsung juga. Tahniah...

Saturday, November 14, 2009

Jamuan @ jemuan ???

Hujung sesi persekolahan ni ada banyak jamuan.Jamuan kelas, jamuan kelab dan persatuan, jamuan pengawas dan jamuan staff.Semua nak buat jamuan...Buat jamuan tak salah tapi cara nak buat jamuan selalu membangkitkan persoalan.Nak buat jamuan perlu ada duit..Budak sekolah nak buat jamuan, mana ada duit sendiri. Jadi cekau duit ibu bapa la..

Ni nak cerita sikit tentang kisah budak aku ikut buat jamuan..jamuan pengawas. Setiap pengawas perlu bayar Rm20. Pada hari jamuan, bebudak pengawas ni dibawa dgn bas ke KFC. Pengawas tu dijamu dgn dua ketul ayam goreng KFC dan air Coke. Bebudak pun mula berbunyi...takkan ni saja yg dapat dengan RM20 tu..

Ini bukan soal duit..duit boleh dicari tetapi soalnya adalah tentang moral dan integriti diri.Sebagai org yg urus duit bebudak, sepatutnya ada kejujuran. Patutkah bebudak ni dapat nilai makanan sebanyak tu? Bebudak rasa tertipu sebab mrk tengok cikgu bawa balik makanan yg banyak tapi mereka cuma dapat 2 ketul ayam saja...

Sebagai ibu bapa, aku rasa tak puas hati..sebab aku tak pernah buat mcm tu..Aku rasa macam cikgu tu tak bertanggung jawab pula. Salah guna duit bebudak..tuan punya duit dpt sikit , org yang urus dpt banyak..bawa balik pula tu..

Bukan semua ibu bapa org senang..apatah lagi org kampung. Kerja cuma jadi buruh..kuli buta saja atau menoreh getah atau petani di tanah sekangkang kera..Dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang..berapalah sangat pendapatan ibu bapa ni..

Oleh sebab anak minta duit utk jamuan pengawas...RM20..Walau tak dak duit, sediakan juga utk anak-anak. Bayangkan RM20 utk org kampung yg susah. Boleh beli ayam seekor dan ikan kembung dua kilo..cukup untuk makan 5-6 orang sehari.Semua anak bini boleh makan ramai-ramai..

Bagi RM20 kat anak, ingatkan dapat makanan setimpal dgn bayarannya..tapi begini pula jadinya...Hanya jadi alat utk org yg tak bertanggungjawab..parasit. So, org tu patut lah rasa malu sikit kat diri dan masyarakat.Sampai macam tu punya kebulur.Duit bebudak pun disapunya..tak tahu malu ni..

Sepatutnya...jamuan pengawas ni diberikan percuma oleh pihak sekolah untuk menghargai sumbangan bebudak yg jadi pengawas tu. Tak perlu jamuan hebat. Cukup lah jamuan seadanya sebagai tanda penghargaan. Jadi pengawas menyebabkan murid-murid tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran sebab terpaksa bertugas.Murid lain sedang belajar.Pengawas perlu bertugas pula..jaga kelas laa, jaga pintu pagar..jaga kat kantin dsbnya..inilah sumbangan pengawas untuk kelicinan pengurusan sekolah.

Sumbangan ini sepatutnya dihargai pihak sekolah. Bukannya dgn minta duit RM20 dari pengawas untuk buat jamuan. Selepas tu jamu pula dua ketul ayam KFC..Berbaloi kaa?

Saturday, October 31, 2009

MPSAH @ ipsah..


Hari ni aku menjejakkan kakiku semula ke MPSAH setelah 20 tahun aku meninggalkannya. Dulu..di sini aku pernah belajar dan menimba ilmu bersama-sama kumpulan rakanku. Hari ini pun aku datang semula untuk belajar di sini..Tapi hanya untuk dua jam saja...Sebab ada kuliah kat Dewan Bukhari..Kelas En. Z..

Sekarang MPSAH dikenali sebagai IPSAH..dah naik taraf dah. Sudah banyak yang dah berubah..Bangunan pun dah banyak..
Dulu-dulu..Belakang sekali tu bangunan asrama lelaki..

Ini blok pentadbiran..Banyak kenangan aku dan kwn-kwn di blok ni. Kenangan suka dan duka....

Sekarang sudah ada menara jam..tapi ada satu identiti MPSAH yang sudah hilang. Tiada lagi taman Hindi..Dulu-dulu..kalau sebut taman Hindi..semua pelajar tahu. Nak jumpa mak we & pak we pun kat taman Hindi..namanya saja sudah sinonim dengan nostalgia yang indah-indah..Tapi aku tak der ler nostalgia yang ada kaitan dgn taman tu..heh..heh..

Sunday, October 18, 2009

Selamat Pengantin Baru

Jumaat 16 Oktober 2009
Bertempat di Pasir Mas, Kelantan
Pengantin lelaki dah ready ni..cepat sikit tok kadi..jangan lama-lama, sat gi lupa pula nak jawab macam mana...

Selesai dah akad nikah tu..legaa no.

Selamat pengantin baru buat Wan & Jue...Semoga berkekalan ke anak cucu...

Sesungguhnya untuk berkahwin itu mudah tetapi untuk mengekalkan perkahwinan itu agak payah sekiranya persefahaman dan tanggungjawab itu tiada jauh di sudut hati.

Saturday, October 17, 2009

Kursus ,Kuala Perlis dan Langkawi

Aku terima faks KPM yang minta aku dan 4 rakan sekerja hadir kursus pada petang Rabu di sebuah hotel di Langkawi. Kursus bermula pada sebelah malam tu..jadi petang kami semua kena lapor diri. Peserta kursus adalah cikgu-cikgu dari Kedah,Perlis dan Perak.

Jam 3.45 petang aku sampai di Kuala Perlis. Kereta aku sampai kat simpang 4 lampu isyarat .Ada sebuah motor kejar kereta aku. Tangannya tergawang-gawang, tunjuk-tunjuk . Aku angguk kepala saja bila tengok macam dia tanya sesuatu. Angguk ler walau tak faham pun. Sampai kat jeti mat motor tu ikut lagi. Dia tanya nak cari tempat parking kereta ke? Ooooh tidak la..kereta saya balik rumah, saya nak pi Langkawi.

Bertolak ke Langkawi naik bot. Tiket beli sendiri tapi boleh buat tuntutan perjalanan.. Bot besar , bersih dan kemas tapi tak laju ...slow...hampir dua jam baru sampai ke Langkawi..Besar tapi lambat.
Malam tu mula dengar ceramah dan bengkel. Best gak tapi boring pun ada la juga..Lepas tu kena buat bengkel pula...

Khamis ada ceramah, bengkel dan pembentangan. Duduk dan dengar. Buat apa yang patut. Sampai waktu makan aku pi makan. Hari Jumaat, kursus ni selesai. Sepantas yang boleh, aku cuba bergerak cepat.Aku capai beg laptop dan pakaian, cari teksi dan segera ke jeti.Aku nak balik .

Mujur ada tiket pada waktu tu.Ada beberapa minit lagi bot nak bertolak. Kiranya waktu itu masa aku cukup berharga. Masa aku guna sepenuhnya.Naikbot..bot kecil dan dah kira agak buruk..Aku nampak kat bot tu ditulis tarikh dibina.Bot ni dibina di Sibu ,Sarawak.Penumpang tak ramai..Lapang...
Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Perlis ,aku sempat ambil gambar pulau-pulau di situ...Rasanya pulau -pulau tu tak ada penghuni. Mungkin tempat singgah nelayan kot.


Haa..Bot ni laju..Aku kira satu jam lebih sikit saja dah nampak jeti Kuala Perlis..Dah nak sampai dah. ..Lega ..Nun kelihatan macam rangka masjid yang sedang dibina kat Kuala Perlis..Dekat dengan jeti.Senang la pengunjung dan pelancong nak solat.Tak susah nak cari masjid Kuala Perlis.