Pages - Menu

Thursday, December 24, 2009

Hutan Lipur Bukit Wang

Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin . Keistimewaan di sini kerana terdapat Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdiri daripada flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. ‘Permatang Seraya’ yang merupakan deretan pokok Meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi di sini. Kawasan hutan lipur ini diurus oleh Jabatan Perhutanan Kedah yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Kemudahan ada disediakan tetapi sayang...semakin lama semakin terbiar usang..pengunjung boleh nilai sendiri..

Ini tempat parking kenderaan untuk pengunjung ke Hutan Lipur Bukit Wang. Dekat situ ada gerai untuk jamu selera. Parking percuma..ini bagus untuk pengunjung.


Dari jauh jambatan dan pondok ni nampak cantik tetapi jika dilalui pengunjung akan dapati binaan ni cuma menunggu masa untuk menyembah bumi. Dah reput..lantai dah rosak..Bahaya untuk pengunjung yang kurang berhati-hati..


Air sungai mengalir lesu..air dah tak banyak sebab sekarang musim kemarau di sini..boleh la setakat bebudak nak mandi lepaskan rasa geram..


Surau pun ada disediakan di sini tetapi sedihnya surau ini tidak dijaga. Dalam surau agak kotor sebab tak dibersihkan tetapi masih boleh digunakan oleh pengunjung. Kipas dan lampu ada tetapi tiada bekalan elektrik kerana fius dekat meter dah hilang. Ni mesti ada 'mangkuk ayun' yang dah sapu..takkan fius elektrik hilang sendiri..


Kemudahan asas yang disediakan untuk berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu terdapat chalet dan gerai, padang permainan disediakan. Hutan lipur ini sesuai untuk pengunjung menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan berkelah. Kemudahan banyak tetapi sayangnya tidak diurus dengan betul..Banyak kemudahan yang rosak tidak dibaiki.Kalau tak rosak, nampak terbiar tanpa diperdulikan . Mungkin tunggu kemudahan tu rosak sendiri kot..


Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing.


Terdapat banyak chalet yang sudah rosak macam tidak dijaga. Ada yang bumbung dah rosak, bekalan elektrik tiada..cacat pemandangan dan menunjukkan ketidakupayaan pengurusan..Sayang betul..


Banyak pemandangan hutan yang cantik di sini..boleh memberi ketenangan minda tetapi biasalah di tempat sebegini pengunjung akan jumpa makhluk yang tidak senonoh menyalah gunakan kemudahan yang disediakan ..Ada pondok rehat di bahagian atas tu..perlu naik menggunakan anak tangga yang disediakan..


Di sini jadi tumpuan pengunjung..


Sinipun serupa..ramai orang ..Jika lewat susah nak lepak kat sini..


Ada pengunjung yang rajin pula ..main batu..susun batu atas batu..sementara tunggu anak cucu mandi..tok wan dengan tok atur batu pula..Bukannya kejadian aneh dan misteri..




Lokasi:

Jitra, Kedah

Terletak 12 km dari Pekan Jitra Kedah, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalanraya.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Jitra.


No comments: