Pages - Menu

Saturday, November 8, 2008

Pegaga


Pegaga merupakan sejenis tanaman yang baik untuk dijadikan makanan. Hal ini kerana pegaga mudah ditanam, mudah dijaga dan tidak memerlukan racun . Jadi kita akan dapat makanan yang bersih dan selamat dari racun. Lagi pula, kos sara hidup dapat dijimatkan.Mudah saja..

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Apiales
Famili: Mackinlayaceae
Genus: Centella
Spesies: C. asiatica



Pokok Pegaga
atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:

  1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pokok Pegaga Kelantan,
  4. Pokok Pegaga Renek
  5. Pokok Pegaga Salad
  6. Pokok Pegaga Gajah
  7. Pokok Pegaga Brunei

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.





Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[1]

Antara khasiat lain pegaga adalah:

  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah



No comments: