Perjalanan usia yang jauh menjadikan kita semakin memahami erti kehidupan sebenar lalu menghargainya sebagai suatu kenangan dan pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.
Thursday, November 27, 2008
Streamyx yang mengecewakan
Ahad 23 Nov 2008 - Bangun pagi setelah selesai solat, aku pun pasang komputer untuk layari internet. Malangnya, lampu ADSL router dah mula berkelip-kelip menandakan sambungan internet tak berjaya. Setelah diperiksa berulang kali, nyatalah pada aku bahawa kerosakan telah terjadi sama ada pada ibu sawat Telekom ataupun pada kabelnya.
Biarlah untuk sementara waktu...lagi pun hari ni hari minggu.Setelah hari menjelang petang, aku mendail nombor 100 untuk memaklumkan kerosakan. Disuruhnya aku untuk buat itu dan ini untuk memastikan bahawa yang rosak itu adalah bukan tanggungjawab Tmnet tetapi ternyata yang rosak itu adalah tanggungjawab tmnet. Pihak 100 berjanji uuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 48 jam.
Isnin 24 Nov 2008- Seharian aku menunggu pihak tmnet untuk memulihkan sambungan internetku. Sampai ke petang, lampu adsl kat router masih berkelip-kelip menandakan kerosakan masih berterusan. Sabar, sabar..mungkin ada masalah besar...
Selasa 25 Nov 2008 - Masih belum ada tindakan daripada pihak tmnet. Hanya ada panggilan dari teknisyen yang bertugas yang menyatakan bahawa beliau akan berusaha untuk memulihkan talian tersebut.. akan berusaha tapi belum lagi buat tindakan ...tunggu ler sampai ke petang tapi talian masih belum berfungsi seperti sepatutnya.. Kesabaranku semakin menipis...tak boleh jadi nii..
Ini dah lebih 48 jam.. tak tepati janji ..Korporat besar tapi janji palsu yang diberi..aku telefon sekali lagi nombor 100. Aku beri nombor report hari Ahad yang lalu.. Tmnet berjanji untuk segera baiki masalah tersebut..janji lagi..tak per..aku tunggu lagi..
Rabu 26 Nov 2008 - Dah pukul 10 pagi tapi belum ada perubahan gak..Aah..ini dah melampau. Segera aku ke Tm Point. Ku hamburkan ketidakpuasan hatiku kepada kakitangan yang bertugas.Segera aku minta untuk berjumpa dengan pegawai yang menguruskan streamyx negeri. Pantas lak mamat ni beri no hp pegawai tu , siap dengan nama sekali serta lokasinya. Mamat sorang ni pun macam nak lepaskan diri jer.
Segera aku hubungi pegawai tu. Dia berjanji untuk segera selesaikan masalah yang tak selesai tu.Aku lak cepat-cepat minta janji tu ditunaikan...bukan sekadar janji. Ok ..tak apa.. akan aku tunggu lagi petang ni..
Petang tu..jam lebih kurang 3.30, teknisyen tm ni pun datang.. datang gak dengan penuh gaya..gaya seorang teknisyen ler, datang dengan kereta kancil tm tu... Dia pun segera periksa sambungan itu dan ini..periksa kabel dan port..uji sambungan talian kat tiang..semua kira ok..katanya..Lepas tu , dia kata," Encik tunggu kejap ..saya nak ke ibusawat untuk buat konfigurasi semula..." Ok, saya tunggu...
Setelah beberapa minit, teknisyen tu telefon beritahu line ok dan minta saya mencuba sambungan internet.. Hampeh.. masih lagi tak boleh. Si teknisyen tu pun terus cuba baiki apa yang patut kat ibu sawat tu tapi akhirnya di menyerah kalah..Ada bahagian yang dia tak boleh akses, katanya. Bahagian ni hanya dibuat oleh team yang lain ..bahagian sambungan fiber. Hanya team ni yang buat sambungan dan tukar kad streamyx. Jadi kena tunggu lak esok sebab hari dah nak malam..
Khamis 27 Nov 2008 - Pagi tu aku ada peperiksaan..jadi aku tak boleh tunggu geng streamyx tu..lantak ler..dah tau tanggung jawab, jalankan ler tugas tu.Aku perlu hadir peperiksaan yang amat penting ni..nanti kantoi pulak. Petang , kira-kira 5.30 aku sampai kat rumah. Tanya kat orang di rumah. Streamyx macam mana, dah pulih ke? Jawapannya sungguh menyakitkan hati..tak dak apa perubahan pun ..
6.45 petang - Nombor 100 tu aku dail sekali lagi.. beri nombor report tu lagi... Aku segera meluahkan ketidak puasan hatiku tentang kegagalan tm untuk pulihkan talian tersebut.Orang yang jawab telefon tu memaklumkan bahawa pihak mereka diberitahu oleh teknisyen yang bertugas semuanya sudah selesai. Wah...nampaknya teknisyen ni dah auta dia punya majikan..termasuk aku dah kena auta..kerja tak buat..cakap dah selesai..
Ini sudah lebih ni..aku pun cerita semuanya ..apa dah jadi ..pot pet pot pet...."Pihak tm minta maaf banyak-banyak ", kata orang yang menyambut panggilan aku tu. "Kami janji esok kami akan selesaikan segera..." Janji lagi..
Jumaat 28 Nov 2008 - Bangun pagi, aku cuba lagi..ceh, masih janji palsu tmnet ni..menyumpah aku kat tmnet. Dalam hati aku berazam untuk pergi jumpa pegawai streamyx jam 9.30 nanti. Biar bersemuka, baru padan muka. Apa, ingat duit aku tak laku ka? Jam 9.00 pagi, aku cuba lagi..lampu adsl tu berkeli-kelip..boleh la...boleh la..aku dah cemuih dok berkelahi dengan puak tm ni..tiba-tiba boleh dah..okey..terus menguji..ya..memang dah boleh..
Tiba-tiba telefon berdering-dering..
"Saya dari tm..macam mana sambungan internet encik..dah boleh ker? "
"Ya, dah boleh..Baru saja boleh..,"kata saya.
"Aaah, orang kami dah baiki petang kelmarin tu..," balas suara tu lagi.
"Mana lak kelmarin..semalam x leh pun.. subuh tadi pun tak boleh ...ni mesti baru baiki kejap tadi ni...,"pantas saya sanggah kata pemanggil tu.
"Kalau gitu terima kasih lah encik," kata pemanggil dan cepat-cepat lak letak telefon.
Gitu lah kisah nyer tentang streamyx ni.. Heboh dan gah ke seluruh negara tentang kehebatan streamyx..hebat, cepat, pantas, cekap,web tv ler...multimedia dan macam-macam boleh buat..Ini baru seorang pelanggan..Ambil masa 5-6 hari untuk selesaikan masalah yang kecik..Macam mana gamaknya dengan seluruh pelanggan yang ada..
Akhirnya... pelanggan jugalah orang yang sentiasa kerugian kerana tiada alternatif disediakan....Berikan kami alternatif, maka kami akan memilih yang terbaik dan Tm boleh tahu siapakah yang terburuk itu...
Sunday, November 23, 2008
Periksa Pulak
Subjek ni gabung tiga dalam satu....rekacipta + lukisan teknik + autocad... tiga dalam satu...belajar dalam masa tiga bulan jer..buat asignmen, hadir 5 tutorial, terus jer exam. Dengar citer kekawan yang belajar kat U lain, satu paper ni mau ambik satu semester...bukannya gabung 3 dalam satu.
Agak tension juga aku...belajar sesuatu yang baru...istilah entah ker aper-aper. Tapi bagi aku, kamikaze jer lah. Aku dah berusaha sedaya upaya ku...Ya Allah, aku bertawakkal kepadaMu setelah aku berhempas pulas untuk memahami ilmu yang disampaikan ini...
Moga esok , aku boleh jawab soalan ni dengan tenang dan betul...ameen
Friday, November 21, 2008
Mimpi Ular
Dah beberapa kali aku bermimpi tentang ular dalam tidurku. Ular ni jenis tedung..cantik tapi tak bahaya..jenis jinak-jinak merpati ...selalu datang dekat aku dalam mimpi tapi tak boleh hendak didekati..jika didekati , ular nia akan menjauhkan diri..aneh mimpi ni..
Sekali tu aku mimpi tentang ular ni juga.. kali ni aku bertemu dua ekor ular jenis ini...cantik juga..akhirnya aku berjaya juga menangkap seekor daripadanya..Dalam mimpi ni aku sukar untuk dipisahkan daripadanya...
Malam kelmarin aku mimpi lagi tentang ular yang sama...kali ni ular tu macam sengaja tayang- dirinya kat aku...aku cuba mengejarnya namun aku tak dapat mendekatinya sehinggalah dia menghilangkan diri...pelik betul..apalah alamat mimpi macam ni..
Tuesday, November 18, 2008
Kaduk
Famili: Piperraceae
Pengenalan
Herba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas.Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.
Khasiat dan kegunaan
Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja.
Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti.
Dedalu
Pokok Dedalu adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Salix tetrasperma Roxb.
Walau pun pokok dedalu dikatakan jenis pokok parasit yang boleh menyebabkan pokok yang ditumpanginya mati, namun dalam perubatan tradisional Melayu pokok ini mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri.
Pokok dedalu berguna untuk dijadikan ubat untuk merawat penyakit kanser payu dara terutamanya di peringkat permulaan. Hanya gunakan pokok dedalu yang menumpang pada pokok mempelam untuk rawatan itu. Bahagian berbonggol yang mencengkam kuat pada dahan yang ditumpangi diambil untuk rawatan ini.
Asah bahagian kulit bonggol tersebut bersama air didihan rebusan nasi dan kemudian disapu pada bahagian payu dara . Kesannya akan dapat dilihat setelah diamalkan penggunaanya.Dengan izin Allah , penyakit tersebut akan dapat dirawat.
Saturday, November 15, 2008
Kebanyakan kami pelajar baru ditempatkan di Asrama Jati yang terletak di luar kampus ITM.Bersebelahan dgn dengan KPP. Jika melalui KPP bersendirian , pasti kami akan jadi mangsa usikan gadis-gadis KPP . Mcm-mcm yang dikata mereka. Tak terlawan akan usikan mereka tu.Diam saja ler...blah cepat-cepat..jgn tunggu lagi
Jarak asrama Jati dengan bangunan Seni Lukis dan Seni Reka ni agak jauh juga...rasanya lebih dari satu km...panjat bukit pulak untuk sampai ke situ..untuk ke sana , selalunya kami berjalan beramai-ramai dalam satu kumpulan...bersaing..kata bebudak dari Johor.
Bila sampai ke dewan makan tu, kami makan kenyang-kenyang..Setelah selesai makan, kami perlu berjalan utk balik ke asrama...jalan dan jalan ...merentasi kampus yang luas itu...sampai di asrama perut akan berkerut kembali..lapar daa..bekalan yang dimakan dah habis di tengah perjalanan tadi...
Semua tu kini jadi kenangan...Itm oh itm.....
Tuesday, November 11, 2008
Kacang Kelisa
Pengelasan saintifik
Alam: | Tumbuhan |
Divisi: | Magnoliophyta |
Kelas: | Magnoliopsida |
Order: | Fabales |
Famili: | Fabaceae |
Genus: | Psophocarpus |
Spesies: | P. tetragonolobus |
Pokok Kacang Kelisa (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggil kacang botol, kacang botor, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.
Pokok Kacang Kelisa merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa. Pokok Kacang Kelisa ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim.
Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya. Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda. Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat. Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.
Pokok Kacang Kelisa merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja.
Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Kelisa amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.
Kegunaan
Pokok Kacang Kelisatelah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:
- Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
- Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.
- Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
- Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.
- Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.
- Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.
Setiap bahagian Pokok Kacang Kelisa boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok Kacang Kelisa boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.
Monday, November 10, 2008
Ulam Raja
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Alam: | Tumbuhan |
Divisi: | Spermatophyta |
Subdivisi: | Magnoliophyta |
Kelas: | Magnoliopsida |
Order: | Asterales |
Famili: | Asteraceae |
Genus: | Cosmos |
Spesies: | C. caudatus |
Herba ubat
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.Kesimpulan
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.
Saturday, November 8, 2008
Pegaga
Pegaga merupakan sejenis tanaman yang baik untuk dijadikan makanan. Hal ini kerana pegaga mudah ditanam, mudah dijaga dan tidak memerlukan racun . Jadi kita akan dapat makanan yang bersih dan selamat dari racun. Lagi pula, kos sara hidup dapat dijimatkan.Mudah saja..
Pengelasan saintifik
Alam: | Tumbuhan |
Divisi: | Magnoliophyta |
Kelas: | Magnoliopsida |
Order: | Apiales |
Famili: | Mackinlayaceae |
Genus: | Centella |
Spesies: | C. asiatica |
Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
- Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
- Pokok Pegaga Daun Lebar,
- Pokok Pegaga Kelantan,
- Pokok Pegaga Renek
- Pokok Pegaga Salad
- Pokok Pegaga Gajah
- Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[1]
Antara khasiat lain pegaga adalah:
- penawar alahan
- anti kanser
- melawaskan air kencing
- penawar batu karang
- penawar kencing berdarah
- penawar ulser
- merangsang peredaran darah
- merawat cirit birit
- menurunkan tekanan darah