Kebanyakan manusia ni memang jenis yang cukup tidak mengenang budi. Kenyataan ni bukan bermakna kita menuntut supaya budi baik kita dikenang orang tetapi cukuplah sekadar menghormati kita sebagai manusia..menghargai diri kita…menyedari bahawa kita juga manusia yang punya hak seperti orang lain juga..Bukan hanya hak mereka saja yang ada dan perlu dihargai dan dihormati.
Kebanyakan manusia ni..sewaktu nak minta bantuan dan pertolongan…lembut gigi daripada lidah. Cakap begitu baik sekali. Tetapi setelah pertolongan dan bantuan telah diberi dan masalah pula dah selesai..Jangan harap nak menoleh kat kita lagi. Itu belum lagi kita nak minta pertolongan mereka.
Sering kali..manusia yang tak mengenang budi ni dari jenis yang tak tahu malu.Bantuan orang cukup sangat diperlukan. Terhegeh-hegeh nakkan pertolongan.Kalau orang tak tolong, macam-macam yang dikata. Begitu dan begini tetapi jika dilihat terhadap dirinya..haram tak pernah tolong orang apa pun. Cakap cukup pandai..kerja sendiri tak reti nak buat. Cuma harap pertolongan orang saja.
Mungkin …sebab tu..tuk nenek orang Melayu telah berpesan… “Buat b aik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..” Jadi..berpandukan kata tok nenek yang tak masuk universiti tu mungkin ada kewajarannya sewaktu nak beri bantuan dan pertolongan supaya dibuat penilaian yang sepatutnya. Jika dari jenis yang tak kenang budi ni..dari jenis berpura-pura..tak payah lah..Manusia jenis ni..hanya seperti “melepaskan anjing tersepit”.
No comments:
Post a Comment