Kawan-kawan aku cadangkan supaya kami bawa keluarga pergi jalan-jalan semasa cuti hari Wesak dan cuti hujung minggu. Bas percuma..ada sponsor. Makan tengahari pun ada sponsor. Cuma perlu sediakan wang belanja dan duit hotel saja..Jadi..perbelanjaan program jalan-jalan bersama keluarga ni tak banyak kosnya..
Jadi..setelah bincang-bincang dan buat perkiraan..aku pun setuju.Aku bawa isteri dan dua orang anak. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah bandar Nilai di Negeri Sembilan. Haa..Nilai ..bandar borong-borong. Macam-macam ada.. Segala jenis kain baju ada..kononnya dijual pada harga yang cukup murah..
Yang seronok ialah orang perempuan..sebab depa ni memang diciptakan sebagai makhluk yang suka membeli-belah. Aku tak suka dengan aktiviti ni..Tak larat nak jalan..pegang..pilih..tawar-menawar..sekejap suka dan sekejap tak suka..Macam nak putus kaki aku..Bagi aku..membeli-belah di Nilai ni tak best..sebab terlalu jauh..semasa sampai..kami semua dah letih..
No comments:
Post a Comment